Monday, October 19, 2015

A Day With Sham Kamikaze

Assalamualaikum..

Kesinambungan dari entry lepas.

Thank you Abang Sham Kamikaze sebab tolong kitorang last minute hari semalam. Thank you jugak pada Abang Taufik and Huda as a person behind everything. Kalau tak dengan bantuan Abang Taufik and Huda, semua ni takkan jadik kenyataan. Gitu. Macam nak masuk ujibakat AF pulak. Kahkahkah. Tapi memang best giler la experience dapat nyanyi sambil Abang Sham petik gitar, lepas tu pergi pulak studio dekat rumah dia untuk dia buat balik lagu minus one, Dia Kekasih Allah by Hijjaz yang sesuai dengan tone suara kitorang. Seriously it’s a great experience yang tak mungkin kitorang dapat sampai bila-bila sebab well, suara kitorang bukan sedap pon kan? Skali Sham Kamikaze tolong ajar. Perrrrgggghhh!! (Lagipon dia handsome kbye). LOL


Dyba, Fiza, Abang Sham Kamikaze, Siti Nurhaliza and Izzah lepas settle semua kerja. Sebelum balik ambik gambar dulu. Kemain Abang Sham tangan macam bersanding. Tu sebelah ada 4 orang, cukup quorum. Haha.


Izzah pon sporting je, selamba nyanyi kuat-kuat dalam Fikcles. Abang Sham pulak dengar sekali jer lagu lepas tu terus amek guitar and main. Talented and gifted giler. Memang one of a kind la. Semalam pon dia buat lagu kitorang tu sangat la detail. Habes semua masukkan gendang la apa la. Midi la, Mixing la, Rander la sapu hapah I tak paham tapi memang jaw drop la bila tengok dia buat kerja macam mana. Menyesal tak jadik pemuzik dulu (tetiba). Kata Abang Sham, walaupon I ada duit juta-juta dalam tangan pon, memang mustahil untuk buat balik lagu and siap dalam masa 3 jam. Untuk kitorang Abang Sham buatkan. Thank you so much Abang Sham. I up gaji you.


Time ni la Izzah nyanyi dekat Fikcles, sebelum gerak pergi Studio Abang Sham dekat rumah dia. Perrrghhh dia punya cara mengajar macam Izzah student AF.


Abang Sham tengah mixing lagu time ni. Sementara waktu, kitorang berangan la konon macam nak masuk audition. Tak lepas tapi nak masuk jugak sebab suara kelaut. 'Bang, please bagi saya peluang sekali je lagi. Saya datang dari jauh bang nak audition ni'. Hahahaha.


Abang Sham panggil Izzah 'Ustazah'


Dalam studio ni semua jenis charger phone ada. Cable ada 18, charger ada 26. Pilih la nak guna yang mana satu. Samsung ada, iPhone ada. Mak Bapak je yang takde.

Studio Abang Sham yang kitorang pergi ni dekat rumah dia. Memang complete semua ada dekat sana. Kata dia, dia ada studio lagi satu dekat Puchong tapi dia jarang la pergi. Memang kerja dari rumah je. So sesambil dia buat lagu, kitorang nyanyi ikut music asal tapi ada part yang memasing tak reti nak buat, Abang Sham ubah ikut tempo kitorang. Kata dia, kalau dalam industry music, dosa besar woo main ubah-ubah lagu orang tapi kitorang kira macam special case la. Hahaha.

Sebelum balik, Abang Sham pesan nanti masa nak perform, pakai baju longgar-longgar. Lepas tu pakai tudung elok-elok and labuhkan bawah dada. Peerrghhhh sentap I terus ngundur ngundur ngundur kebelakang. Hahahaha. Kata dia, kalau takot, just imagine dekat depan takde orang. Hayati lagu and bayangkan macam mana kasihnya kite pada Nabi Muhammad saw macam dia masih hidup. InsyaAllah boleh buat dengan baik. Baiklah Abang Sham! Kitorang akan pastikan tak dapat number last. Tu jer la yang boleh janji. Yang lain kiter tengok esok macam mana. OK?

Perrrghhh tetiba nervous pulak nak nyanyi esok ni. Walaupon tukang buat ‘aaaaaa’ jer tetap nak nervous jugak. Doakan kitorang tak dapat number last ok? Kata Abang Sham, kalau kitorang dapat number 1, boleh tukar pakai kereta Audi A4 dia sehari. Woo Hoo!!!

-eNd-

5 comments:

Norma NML said...

wahh..utgnya :)

Za Za said...

kak su.. ni klu x menang ni.. x tau laa nk kate ape hihihihi :P
anyway.. good luck kak su n friends.. :)

Hani said...

Omg memang hensem sham ni ye
patutlah berebut2 hehehehee

Zarina Taharim said...

Bagus abg sham bg nasihat...gelak besor aku bila su kata terus ngundur ke belakang....hahaha....

Chooyaya! said...

Norma NML : (^_^)

Za Za : Tu laaaaa. Tq awak :)

Hani : Dah la hensem, baik pulak tu.. Haaaa

Zarina Tahrim : Tu la kenyataannya... Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...