Friday, October 2, 2015

Apple Picking at Pyeonggwang-dong Apple Village

Assalamualaikum..

Kata Wan and Fiza, now dekat Seoul sunny and windy je. Tak la sejuk mana. Now musim luruh (Autumn) dekat Korea. Dorang baru je balik dari sana. I ni berangan je la nak pakai ala-ala winter sonata sebab dalam website cakap suhu malam 6. Lol. Tapi memandangkan cuaca siang around 25-29 je poooon so pakai ajer la sweatshirt dah cukup. Takyah nak ber coat-coat bagai. (Kecewa). Gitu la eh orang duduk iklim khatulistiwa. Dapat chance sekali sekala sejuk, menggelupur happy. Original People sangat perangai. Haha. I hope one day, I dapat pergi visit negara 4 musim waktu winter. Mampos la walaupon sebenarnya musim yang sesuai untuk holiday ialah autumn or spring tapi I insist nak jugak pergi time winter.

Kata Sazli, sejuk winter ni I maybe boleh ilang mood dalam masa 30 minutes. Happy 5 minutes je lepas tu dah I LOVE MALAYSIA semula dah. Itu la yang I rasa masa dekat Europe dulu. Padahal masa dekat Pompeii suhu baru la 8 tapi I dah tak sabar nak balik hotel and syukur sebab Malaysia panas sepanjang tahun. So, apa yang I nak sebenarnya dalam hidup I, I also dunno. I kenot decide. Well, perempuan memang biasa complicated macam ni. So deal with it jer la.

My Korea Trip is just around the corner. Kurang seminggu je lagi. Packing = Zero, Itinerary satu hapah tak buat lagi. Lulz. Boleh eh? Cuma tempat tinggal jer la yang dah ada. Senarai tempat yang nak kena pergi dah ada cuma nak susun tu I fening sikit. Kitorang pergi dalam 8 hari je pooooon. So I plan, nak pergi mana yang sesuai and best je. Sehari pergi 2 tempat cukup. Taknak rushing sangat. Since cuaca tak boleh nak predict now, if sejuk benor and memerlukan baju tebal, beli ajer la dekat sana. Tempat kitorang tinggal pon walking distance je dengan Shopping Mall. Carik pasal betul.

Ni antara tempat yang ada dalam list yang kitorang akan pergi.

1. Gyeongbokgung Palace
2. Changdeokgung Palace
3. Bongeunsa Temple
4. Myeongdong
5. Insadong - oh se gae hyang vege rest.
6. Bukchon
7. N Seoul Tower / Building 63
8. Cheonggyecheon Stream
9. Gwangjang Market
10. Ewha Woman University Fashion Street 
11. Seoul Central Masjid
12.Naksan Public Art
13. Choong Ang High School  -Winter Sonata location 
14. Itaewon
15. Murree Muslim Food 
      140-7 Itaewon-Dong, Yongsan-gu
      Seoul 140-858
16. Yang Good BBQ - Yeoksam
      Gangnam-gu, Nonhyeon-ro, 95 gil, 15
17. Namiok-Gyeonggi-do (near Nami Island) 786-2 Eupnae-ri,Gapyeong-gun, Gyeonggi-do 15 minute drive from Nami Island


Korang mesti baca skip-skip macam I kan? Lulz. Apa menda Korea ni banyak kejang konjang jang jang macam spesis nama sawan je?? Tapi dalam banyak-banyak tuuuuuuuuuu, I paling nak pergi ialah Pyeonggwang-dong Apple Village untuk Apple Picking. Woo hooo!!! Hope tercapai la impian nak petik Apple or Pear or Orange. Tak kisah la janji buah yang tadek dekat Jengka. Kang cakap tadek kat Malaysia, korang suruh pergi Bakelalan Sabah pulak petik Apple. Hahahaha



(^_^) Bestnyaaaaaaaaaaa



Pyeonggwang-dong Apple Village. Warna apple ni macam jambu keling je ni?


Kenal tak ni sapa? Ni ialah Song Joong-Ki (Korean Actor). All photo taken from here

IF korang ada nak suggest tempat-tempat lain or nak suggest apapa yang I patut pergi, please comment secara specific. Kasik la any link, alamat or any other info ok? Tenkiu Si cantik Dalila Zam email kaksu Itinerary yang dia buat sendiri masa visit Korea last time.

-eNd-

4 comments:

Unknown said...

Just 1 tip from me... make sure you all makan kenyang2 sebelum pi ke masjid seoul. sbb nak sampai situ kena meqabat (mendaki) jalan yg agak steep. keta pun tak byk lalu situ sbb sempit. ;-)

Nazima said...

untuk shein, kak su pergilah Lotte world theme park..
http://www.lotteworld.com/gate.asp

Chooyaya! said...

Haniza Abdul Halim : I rasa taknak pergi la situ. Sebab mcm susah nak bawak Shein.

Nazima : Itu mmg masukkan balik dalam itinerary

Unknown said...

Wehoo sama2 kak su. semoga selamat pegy dan balik ok. enjoy your korea trip =)