Tuesday, October 27, 2015

Shein and Taekwondo

Assalamualaikum..

Shein dah dapat dia punya taekwondo suit. Haritu dapat je, Sazli dah rendam dalam sabun sampai pudar tulisan. Hahaha. Punya taknak Shein gatal bila pakai. Baju tu size dia besar dari Shein punya umur sebab size paling kecik ialah 5-6 tahun tapi bila Shein pakai, molek je. Cuma labuh sikit dekat lengan and seluar tapi apa ada hal? Pakai seluar lipat la baru imej Abang Kawasan. Kan? Shein pakai jer baju tu, terus la dia hiyaaaarhhhhhhk lawan I. Hahaha. I rasa Shein sorang je kot yang tak dengar arahan coach. Dia kira macam berlatih syok  sendiri la. Baju taknak kalah. Siap ada nama. Mama dulu masa sekolah belajar kompang je. Takde der nak kelas taekwondo ke apa.


Ececece. Macam paham je ko kan Shein? Pakai je baju ni samadengan lawaaaaaan



Suka dia memanjat dekat palang-palang ni

Aktiviti yang sekolah Shein sediakan untuk dia ni I suka. At least tadek la belajar all the time. Dorang ada macam kelas kraf, ada taekwondo, ada celebration special day macam Teacher’s Day, Mother’s Day etc. So best la macam tu. Macam kelas Taekwondo ni ada every Friday so dari rumah Sazli dah siap-siap la pakaikan Shein Taekwondo Suit. Later I kirimkan skali baju sekolah dia (collar shirt dengan long pants) and Teacher Ainu akan tolong salinkan lepas kelas habes. Kira macam kiter sekolah dulu, waktu PJ la. Kan? Pakai baju dekat dalam lepas tu pakai seluar dalam kain. If ada yang pakai kain nampak seluar I yang menyirap. Sebab nampak selekeh. Haha.

I baru paham yang sekolah Shein, Building Blocks International (BBI) ialah ‘Sekolah’ and bukan ‘nursery’ yang register under KPM (Kementerian Pendidikan) and bukan under JPM (Jabatan Kebajikan). That’s why Shein datang sekolah dah kena siap and tak boleh hantar waktu masam-masam and tak mandi. Waktu jerebu bebaru ni pon if KPM bagi arahan suruh tutup, so BBI kena tutup or if not nanti dorang kena compound. Soooo I heard. Sebab I tengok, ada sesetengah Nursery under JKM sebok nak tutup jugak sampai menyusahkan Mak Bapak terpaksa ambik cuti lama-lama sebab nak jaga anak.


Taekwondo Malaysia (WTF) Suit for Sheindong Kedondong

Disebabkan jerebu ni habes menyusahkan semua orang. Tapi tak baik la korang menunding jari pada cikgu-cikgu sebab kononnya mereka ambik kesempatan cuti waktu macam ni. Siap ada yang kata ‘No wonder la cikgu ni setakat jadik cikgu je. Tak jadik doktor, engineer, architect’. Amboi bahasa. Semua bijak pandai yang ada sekarang ni lahir-lahir terus pandai ke? Tak payah cikgu ajar? Nak cakap main cakap jer. Kiter kena la paham, walaupon semua ni ganggu kiter punya routine tapi tak baiklah sampai nak mengata cikgu-cikgu. Dorang tu cikgu yang mengajar dekat sekolah, bukan nanny anak korang.

Dalam kes I, I just bengang dengan nursery yang sah-sah tertutup and pasang aircond tapi still nak tutup. Nak take things for granted kenapa? Bukan bebudak tu ada outdoor activity pon. Yang ni pulak, pemilik nursery kena la bertimbang-rasa sikit. Hari ni kalau kiter tolong orang, esok lusa Allah pulak tolong kite dalam keadaan yang kiter tak jangka. Kan?

Eh, tadi padahal nak cakap Taekwondo kan? Tetiba emos. Haha. Ok sambung. Esok lusa kalau Shein dah paham arahan and dah boleh cakap macam orang lain, I nak hantar dia pergi kelas Taekwondo yang dekat Kidz Sports and Gym dekat GE Mall tu. Kat situ kelas ballet pon ada. Yang tu kiter reserve untuk Adik Shein (berangan)

-eNd-

3 comments:

MsBabble said...

amboiii shein.. lepas ni siap la mama kena gasak

Chooyaya! said...

mummy ayu : sekarang pon dah jenuh kena gasak

genuine1224 said...

kemainnnn dia. nmpk abang2 sangat.. hehe