Monday, October 26, 2015

Assemoga Kaksu and Intan (Part II)

Assalamualaikum

Kesinambungan dari entry ini pasal birthday I and Intan (Tetiba Intan sekali. Sebok je) yang kitorang makan sama-sama on Friday last week dekat TGi Fridays. Nak mendapat persetujuan makan dekat sini pon sangat la hazabedah maimunah ok? Si Intan tak habes-habes peeetzaaaaah. Of coz mendapat bangkangan sebulan suara dari Ahli Bersekutu. Dyba nak ajak makan dekat Chili’s tapi biasala Chili’s lunch hour Jumaat memang beratur la kan? Tak kena gaya sejam baru dapat turn. I nak makan Dolly Dimsum tapi Izzah tekak ongkampong segala Chinese, Japanese Food dia mana nak makan. E! Lepas tu sipi-sipi I dengar ada orang cakap Mc Donald jer laaaa.

Carik pasal kan? Memang nak terkeluar biji mata I jeling. Hahahahaha.

Oooo time korang punya birthday photo shot nak kat studio je, lepas tu siap amek gambar dekat KLCC Park, minum dekat Coffee House hutel, makan dekat Pavilion. Time birthday Kaksu nak makan Mc Donald je??? Banyak punya cantik? Dah tadek. Jom la makan dekat TGi Fridays Pavilion. Kata Izzah dia ada RM20.00 je, ok takper. Order paling murah lepas tu air share. Tak payah order. Hahahahha. Tapi biasa la memasing sembang nak kencang jer, skali bila order memasing mana entah yang bajet RM20.00 aku pon taktau. Memasing dah bersandar makan siap tapau bawak balik sebab kekenyangan. Memula taknak habeskan, lepas tu I bisik dekat telinga memasing.

‘Ingat tak Abang Isman Hijjaz pesan? Nak tengok orang tu jenis bersyukur atau tak, tengok pada makanan dia. Kalau dia jenis makan tak habes, maknanya dia jenis tak bersyukur. Kalau dia jenis tak bersyukur, Allah pon berat dah nak tolong apapa’. Tu yang memasing gigih habeskan makanan sampai berair la air mata kekenyangan. Haaaaaa. Tau takot. Bebudak ni semua memang ada perangai naïve kekadang. Padahal memasing bulu dah boleh buat tocang. Hahahaha.


Yang ni I punya. Cajun Pasta. Set dia dapat 1 appetizer and kalo nak tambah air, kena RM5.90 kot? 




I ambik Chicken Skewer. Semua ni RM39.90 harga dia. Seeeedap! I punya habes. So maksudnya I jenis orang bersyukur. Haaaaa.


Yang ni pulak  Izzah punya. Cajun Salad. Ngek Izzah ni. Dah tau bukan jenis pemakan tumbuh-tumbuhan yang order salad kenapa? Kata dia sebab Kak Sarah yang suruh order. Lepas tu dia letak tabasco banyak-banyak dalam ni sampai kepedasan. Confident tu cakap macam ni, ‘Izzah dah buat salad ni jadik sedap. Makanla’ Haha. Tapi habessssssssss kitorang makan semua. Macam kambeng makan sayur. Haha.


Ni Izzah punya appetizer. Loaded Mash nama dia. Set ni harga dia RM29.90



Intan order Fish and Chips. RM29.90 jugak harga. Besar la portion makanan dekat sini. Becinta sangat nak habeskan.


Intan and Sarah punya side dish, dorang amek buffalo wing ni. Seeedap! I suka celery deep dalam honey mustard. Siap mintak extra lagi honey mustard. Izzah tak suka. Tak suka sudah nama ko bedah… *sila sambung


Dyba and Sarahanon ambik Chicken BLT. Yang ni sampai paling lambat. So tapau bawak balik sebab dah kekenyangan. Harga with 1 appetizer is RM29.90. If korang jenis tank perut kecik, yang ni boleh share 2 orang.


Dyba amek Soup of the day as plus 1 appetizer. Wild Mushroom Soup.



Kek pulak kitorang amek Red Velvet Bundt. Harga dia RM18.90. Hoi! Apa kek size cup A pon sampai dekat semilan belas ringgit ni? Naseb la ko sedap.



Tengok la Intan dah meleleh la sisa-sisa makanan dekat mulut. Izzah sikit lagi nak bapush. Hhahahaha. Yang terror Si Sarah sorang la. Siap tanya, ‘Ok, nak kena habeskan makanan mana lagi ni?’ Si Dyba pulak sekarang tak boleh nak dibawak bincang. Apapa nanti dia menjawab, ‘Dyba kan mengandung???’ Terkeluar la suara jantan dia time tu. Hahaha

Cakap pasal mengandung, teringat dulu masa I pregnant, I cakap pada Intan. Time tu I tengah makan nasik berlauk dekat meja. ‘Intan, ambikkan kicap dekat pantry. Kaksu nak’. Intan dah menghentak-hentak kaki. I cakap kat dia, ‘Kan Kaksu mengandung???’ Hahahaha. Lepas tu dia kena pulak hantar balik ke pantry. Dalam tak ikhlas Intan buat kerja. Hahahahaha. Kata dia, nanti kalau dia pregnant, kiter semua kena ikut cakap dia. Kalau naik kereta, dia nak duduk depan and dia boleh order semua dengan kitorang. I cakap I nak resign. Bebudak ni pon sama. Dia pregnant je zaaaaap memasing tender resign letter. Hahahaha.


Anyway happy birthday to you Intan. Kira in advance la ni. Yang keberapa Intan? (Lantas Intan jawab dengan linangan air mata) Hahaha. Dia sensitive sekarang kalau tanya bab umur.




Happy birthday to Kaksu. Assemoga. (Tahun ni memang tadek makan-makan kat hotel ke apa Papa?) Huwaaaaaaaaa. Kata Bapak, hang dah celebrate dekat Korea dah la. Bapak pon dah kasik duit awal-awal buat enjoy. Hahaha.


Dyba mengusung monopod ni dah macam Azwan Ali dah. Beria la amek gambar dalam Tgi ni. Last-last sekeping je ke yang ko masukkan Suraya? Hahahahaha.

Total bill kitorang dapat off 30% sebab e-birthday voucher. I tengok waktu staff TGI ni nyanyi birthday macam nak taknak jer. Macam tak ikhlas ok? Muka pon menyampah je nak nyanyi. Menci! Yang bersungguh pon sorang jer. Tak baik tau macam tu? Nak kerja kena la ikhlas. Tapi takper la. Maybe memasig tengah period agaknya. Imbalance hormones. Hahaha. Anyway, Kaksu and Intan (memandai-mandai bagi pihak Intan) nak ucapkan terima kasih pada korang sebab celebrate birthday kitorang sama-sama. Dah la kena share dengan Intan. Menyirap je. Oh lupaaaa. Last week kiter ada tengok movie sama-sama cerita Goosebumps sempena birthday Kaksu. Kata Dyba goosebumps ni sejenis itik. Hahaha. Ngek!

Goosebumps = berdiri bulu roma.

Bukan sejenis itik ok? Hahahaha. Habes dah birthday untuk tahun ni. Jumpa lagi tahun depan bulan April untuk birthday Si Sarah…. Lambat lagi tuuuuu nak tunggu April. Perrghhhh!! Dyba pon time tu dah 7 bulan pregnant. InsyaAllah ada rezeki kita teruskan semua ni ok? Kaksu happy sangat to have korang dengan Kaksu. Buat semangat nak datang office. Ikutkan takyah kerja pon takpe (sembang macam kaya raya sangat) Hahaha. Kasik chance la!

-eNd-

2 comments:

dyba said...

kikiki..thn depan photoshoot la same2, ganti thn ni pyer

Chooyaya! said...

dyba : ok. time dyba nak dekat2 bersalin nanti.
ok?