Wednesday, October 7, 2015

Tauhu Anora Yang Sedap Giler

 Assalamualaikum..

3 minggu lepas, I ada dapat call dari someone bagitau yang dia dari Tauhu Anora, nak datang office untuk delivery Tauhu. Katanya ada orang nak buat surprise. Tapi surprise la sangat kat Normala Othman? Hahahah. Sebab nak dijadikan cerita haritu I MC. So, sudahnya I pergi pick-up sendiri Tauhu ni dekat Wangsa Maju. Gewaaaaammmm jer. Tapi bila dapat je tauhu ni I terus makan sebab tak tahan tengok rupa dia yang sangat menggoda. Dah la panas-panas lagi. Masuk jer dalam mulut, first bite, menung I. Kunyah sambil menanges sebab SEDAPNYA NAK MAMPOS! Hahahaha. Mood swing sebab badan rasa tak berapa setel, terus ok bila makan Tauhu Anora ni.

Bila I share dalam IG ramai la yang sama naik meroyan. Termasuk la Peej. Menyumpah la dia sebab I upload dah malam. Dia memang tengah lapar. So terus rasa macam nak tendang laptop. Hahahaha. Ramai yang tau pasal Tauhu Anora ni sebab dorang also ada jual kat Pasar Malam (kat mana tak sure). Ramai yang admit Tauhu Anora ni memang sedap. Sazli pon suka giler makan. Dia tanya amenda yang sedap sangat ni???

Korang tengok la gambar ni woi. Dengan fresh cili padi dia potong macam tu, bila terigigit rasa macam meletop dalam mulut. Inti dia kentang lenyek and ada carrot also bawang goreng, tauhunya rangup lain macam and rasa dia macam tauhu ni dibalut dengan batter ke apa entah. Nak describe pon I tak pandai and yang paling special ialah kuah dia. Masam+manis+pedas cukup sesedap rasa and simply delicious. Sedap sangat sangat sangat sangat! Korang kalau tak rasa memang menyesal la. Padan muke.

Keratan rentas Tauhu Anora. Amacam? Tak terliur memang rosak otak. Haha



Seketul ni harga dia RM2.50. Makan seketul pon dah kenyang sebab tauhu ni mampat


Atas dia tabur dengan cili padi and bawang goreng

Yang ni la si Mala surprise kan I. Ada 10 ketul rasanya. Kata dia makan ramai-ramai dengan Intan, Dyba, Sarabanon and Kaklong.

Thank you Mala surprise kan Kaksu dengan makanan macam ni. Mala ni readers jer. Tak pernah jumpa tapi baik hati dia kirim tauhu ni pada I. Dia tak dapat la rasa sebab tak duduk dekat KL so dia kirimkan tekak I sebagai pengganti diri. Lainkali kalau nak surprise hantar 10 kotak terus. Paham? Hahahah. Kekadang stranger macam ni buat I terharu jer. Thank you sebab buat baik dengan Kaksu. Semoga Mala sekeluarga dimurahkan rezeki oleh Allah selalu ok? Budak-budak ni pon semua suka Tauhu Anora. Ni memang kena repeat order lagi ni. Tak boleh jadik.

Korang kalau nak order boleh. Delivery KL City area. Minimum order is 20 pcs and delivery charge is RM10.00 or self-pickup dekat Putrajaya-Presint 5 pukul 9.30am - 12.30pm atau dekat Wangsa Maju dari pukul 9.00am - 5.00pm. No minimum order if self-pickup tapi jangan la beli seketul je pulak, melampau namanya. Harga seketul RM2.50 ok? Packaging cantik dalam kotak untuk 2 pcs, 4 pcs & 10 pcs.

Call / Whatsapp 012-6944433 or 013-2629297 

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...