Wednesday, October 7, 2015

Aerobic Dance (Video pon ada)

Assalamualaikum

Sekarang ni every Wednesday, I join kelas Aerobic Dance by Group Woman’s Club company. Actually ada dua jenis kelas. Aerobic Dance and Body Combat. Intan, Dyba, I and Izzah join Aerobic Dance. Sarabanon sorang je yang join Body Combat. Kaklong meleleh je la ailio tengok kitorang dari jauh sebab dia takde dekat Menara so tak boleh la nak join. Kitorang perempuan sejati memang suka la kelas joget-joget Hindustan and Somtam (Samba sebenarnya, tapi Si budak paling kompiden Dyba sebut Somtam). Hahaha. Bangang.

Si Sarah kan dia Alien? So dia suka la yang ganas and extreme peluh lencun macam Body Combat ni. Dia pergi dengan Fiza 2 orang sebab bab exercise dorang geng. Padahal dedua tu kurus keding, tapi gym extreme. Dorang memang jenis exercise yang serious. Siap beli treadmill dekat rumah lepas tu sign up gym siap ada gym instructor lagi. Padahal dah kurus. Aku pon tak paham konsep orang kurus beria nak pergi gym, yang debab-debab macam I and Intan suka kelas joget-joget je. Acane? Hahahaha.



Sebelum masuk kelas, berangan dulu. Kitorang dekat Gym Tingkat 12. Wellness Club ni pernah sponsor AF 2014 tak silap I. Besar Gym ni. Ada tempat exercise and ada tempat lapang untuk joget-joget jugak.


Masa first class I tak join. Time tu la Dyba kata ‘Dyba suka la join kelas aerobic ni. Boleh joget Somtam’. I pon kebil-kebil la. Bukan somtam tu sejenis makanan ke? Kan ke tu Kerabu Betik Thailand? Pastu Intan cakap, ‘Samba la Dyba!’ HAHAHAHAHA. Dyba memang tau? Semua menda dia nak tukar nama jadik makanan. Girdle jadik Bergedil, Samba jadik Somtam. Kompiden jerrrrrr!! Kata dorang, kelas pertama dulu best sebab ada battle siap. Orang ramai. Tapi kelas kedua ni tak berapa ramai sangat macam first time. 


Tengok kaki si Dyba

Ni harini kitorang tak join. Memasing ada hal. Lagi la kurang orang. I macam biasa, mana boleh nak serious. Ketawa je. Ketawakan orang paling banyak. Macamkan pandai joget sangat. INTAN LAIN LA. DIA PANDAI JOGET. Dia saje je buat-buat tak pandai. Nanti nampak je camera amek video zaaaaapppp keluar terus aksi dia. Hahahaha. Actually kalau korang tengok video, Dyba yang pandai lenggok badan sebenarnya. Tapi dia macam segan-segan sikit. Mengada tau Dyba ni nak malu-malu. Padahal dia punya cita-cita nak joget Lagu Lajja Lajja ni time Intan kawen nanti. Dah jom tengok video kitorang haritu.


Tengok tu, kemain Intan joget. Dia kan kaki berangan?

Kelas ni FREE untuk 2 bulan tak silap I. Lepas tu baru la kena bayar. Syarat dia, tak boleh tak pergi kelas 2 kali berturut-turut. If tak pergi, nanti disqualified gitu. Every class different joget dia. Masa yang first class dorang buat Samba, second class dorang buat Hindustan, so harini taktau apa jenis joget pulak. Ni yang I masukkan ni, kitorang belajar dalam tempoh lebih kurang sejam je. Tak lama sangat tapi boleh la nak peluh-peluh manja. Lebih kurang macam kelas menari je. Looking forward nak pergi kelas ni minggu depan depan. Kalau ada Kaklong join, I agak mesti kitorang terkencing dalam seluar. Haha.

-eNd-

3 comments:

Dyba Dbuh said...

hahaha..kaksu mggu depan pun xda jugak kelas sbb cooti awal muhamaram..2 mggu la xg klass..perut baru nk surut dh buncc balik sbb xg klas..kikiki

Marziah Zakaria said...

ye. dyba pandai menari. intan tak pandai. koh koh

Dyba Dbuh said...

marziah: yeeekeeee ni??? haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...