Tuesday, October 20, 2015

Yay, Semua Dah Selesai!

Assalamualaikum..

Azab kitorang dah selesai. Ada la terkucil sikit here and there. Tapi we did it! Juara InsyaAllah tak, tapi Top 5 dalam tangan. Gitu. Hahahahaha. Confident kena tinggi. Sebab kiter semua dah bagi 100% cuma biasa la ada gugup sikit sampai tone kelaut masa first verse. Tapi bukan kitorang jer, team lain pon sama. Sebab kiter bukan professional singer pon. Ni semua stock masuk audition AF, ‘Ok dik, terima kasih. Cuba lagi tahun depan yer?’ Tapi yang terpaling puas hati ialah suara kitorang memang kuat. InsyaAllah semua orang boleh dengar kecuali kalau ada penyakit pekak. Haha.

Compare dengan masa full rehearsal, yang ni kira 80% bagus dari waktu tu.


Sebelum naik stage.



Ini jer yang I mampu tolong team Nasyid Office I dengan very limited time sebab I kan takde masa dorang practice sepanjang-panjang minggu lepas? Dengan bantuan Izzah and kerjasama dari semua peserta termasuk kakak-kakak senior yang neglect goyang badan sikit-sikit at first tapi finally semua sporting nak buat. I pon guna saikologi, selalu puji dorang up-up punya. Cakap dorang cepat tangkap, cakap suara sedap semua. Saja nak bagi dorang syok. If tanya puas hati tak dengan persembahan tadi well of coz rasa macam boleh buat dengan lebih baik.

Semalam kitorang practice pagi petang. I gigih giler sampai lepas lunch tu, boss I suruh prepare surat dia nak pergi Thailand. Lepas tu I cakap, ‘Nanti Boss, Su nak practice nyanyi ni. Kalau boss nak, esok pagi la’. Boss I pon gelakkan ajer secretary dia ni. Dia pon sporting, langsung tak kacau semalam and harini masa I busy dengan Nasyid. Thank you boss sebab paham misi menyelamatkan dunia I. Haha.

Dah siap latihan semalam. I send video dekat Abang Sham, kata dia tangan tak sama and suruh ubah gaya sikit-sikit. So yang kitorang buat harini itulah hasilnya. Abang Sham bagi tips, kata dia jangan takot, buat macam nyanyi dekat rumah jer. Jangan fikir orang dekat depan. Kalau nak lagi feel, imagine Nabi Muhammad saw masih hidup and kiter bercakap dengan dia. Sebelum naik pentas seeru 'ala barakatillah. Semoga Allah permudahkan urusan. Amin….

Tapi I agak Abang Sham pon saspen sebab sebelum nyanyi lagi dia dah tanya I, ‘Dapat number berapa?’ LOL. Nyanyi pon tak lagi masa tu sebab turn kitorang 2 yang terakhir. Pada yang tanya result, kitorang cuma akan tau pada hari Khamis ni. Selepas Petugas Lelaki punya persembahan masa Majlis Penutupan. Perrrghhhhh ni la 48 hours yang paling seksa! Anyway, kepada semua peminat-peminat Khurun ‘Ain (amboi) terimalah video persembahan kitorang tadi. Tapi tak boleh bagi full version sebab kitorang kan exclusive? Bagi sikit-sikit je dah la. Kang bagi full, tak tido malam pulak.


Dia Kekasih Allah by Khurun'Ain. Solo by Izzah. Tengok la Si Sarah, sebok je nak kehulu-kehilir depan Along masa rakam video ni. Mementang la manager. Korang dengar tak yang last sekali, ‘Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warah matullah… Salam Maal Hijrah’. Kata Dyba, patutnya lepas sebut tu Izzah kena cakap ‘Takbir!’ Lepas tu Kitorang sambut ‘Allahuakbar’. Baru semangat. Memain eh Dyba?

Kata Dyba lagi, patutnya tadi Izzah kena cakap macam ni, ‘Kami Akan Menyanyikan Lagu Dia Kekasih Allah dari Kumpulan Hijjaz. Terimalah… Semoga Terhibur.’ HAHAHAHAHHA. Dia ingat kitorang nak buat concert? Budak-budak ni semua sewel. Nak buat tarian la apa la. Skali dah atas pentas semua gugup padahal penonton dengan peserta, peserta lagi ramai. Hahahaha.


Kumpulan kitorang peserta paling ramai. 15 orang. Saja bagi nampak meriah atas pentas. Heeeee




Kak Milah tak menyempat nak tukar tudung. Time ni lepas semua dah habes and Izzah nak bagi duit allowance.



Sarah tak masuk. Dia biasa la, manager kitorang. Netball pon dia manager, Nasyid pon dia manager. Hahaha. Tapi baju kena sama la. Baru semangat.



Kitorang dengan bebudak Palm. Adik-adik kesayangan serta pengorder tegar Kek Huda. Ila, Ira and Ida. Semua kena tunjal dengan I tadi sebab semua sewel. Imagine kalau bebudak ni satu opis dengan kitorang, memang hari-hari takyah buat kerja. Merapu je la. Dorang pakai tudung Ariani. Belagak giler. Bajet pakai tudung mahal boleh menang la? Hahaha

I nak ucapkan terima kasih firstly pada Abang Taufik, (bakal manager Khurun‘Ain Hahahaha). Dia yang berjaya mendapatkan Abang Sham Kamikaze untuk tolong I and team. Thanks dekat Huda jugak sebab selalu pinjamkan telinga untuk I cerita pasal menda-menda lawak disebalik semua ni. Pada Abang Isman Hijjaz yang bagi Idea untuk buat balik minus one lagu ni supaya sesuai dengan suara kami. Tapi I memang tak puas hati dengan dia sebab sebenarnya dia one of the judges ok? Naseb untuk team lelaki, bukan team perempuan. Dia tak bagitau I pon. Masa I cakap pasal Sambutan Maal Hijrah office ni, dia buat bodo je.

Last but not least A big thanks to Abang Sham Kamikaze untuk masa yang dia dah spend and sokongan dia pada I and Khurun ‘Ain, pada emak dan saudara-mara di kampung… Peminat-peminat semua tak kira dimana sahaja anda berada, Anugerah ini ialah hadiah kepada anda semua. Hahahahha. Sesambil jer berangan.

Kata Intan, lagu untuk tahun depan dah kena cari ni. Kiter target tahun depan Juara and dapat hadiah Persembahan Terbaik. Giler semangat! HAHAHAHAHA



-eNd-

8 comments:

Dyba Dbuh said...

hahahah...harap dpt top 5..dpt mkn pavlova kakhuda..free kan ??haha

Chooyaya! said...

Dyba Dbuh : Haaaaaaaa. Kalau Dyba takbir tadi dah confirm dapat Top 5

CeRiTeRaKu said...

ngeklaa kaksu...saya bc tahap gelak terbahak2 smp kluar angin...adoiii
thanks kpd kaksu sbb bjaya menceriakan hari saya yg suram..coz harini saya down sbb kena bash dgn boss time meeting. boss dtg bulan kot benda kexik pun nk kecoo..*boss saya lelaki he2.
anw saya silent reader tp ur no1 fan. hari2 mesti bukk belog kaksu klotidak saya kemurungan. kipidap kaksu. kaksu mmg penglawak. smg menang ye kamis ni. caiyookkkk!!

Nur Aishah said...

TQVM su sbb entry ni boleh buat i tersenyum setelah ribut taufan melanda pagi2 ni(now 7.46am).. tqvm. kdg2 kecil bagi kita, but besar impact bagi org. tq for the entry...rasa nak hug someone.. *sedih sgt*

Zie Azi said...

lama dah kot nak nyanyi nasyid gini.
#nur aishah patut office kita ada mcm ni, mengeratkan ukuwah sesama kita..hahah. setuju, forward tahun depan

Chooyaya! said...

ceriteraku : sempat lagi kalau nak doakan kaksu menang khamis ni. haha

Nur Aishah : alhamdulillah.... boleh jugak su buat orang happy by reading this (^_^)

Zie Azi : tahun depan suggest company korang buat

schazaza said...

syioknyee kak su nasyid-nasyid...
dah mcm pertandingan nasyid kebangsaan gayanye...
baju lawoooooooo la...

kan best kalau office kt pn cmni
malangnye office jepun.
non hado..
BON ODORI jela

eda said...

dup dap nk tggu khamis nak tau result ..
power r team korg dpt pertolongan org org power hehehhehe ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...