Wednesday, October 21, 2015

Dadih Hirup, Coconut Jelly, Baby Macaroons and Makanan Sunnah

Assalamualaikum..

Dekat Hall B2 opis I sekarang ada Majlis Sambutan Maal Hijrah. Macam-macam program dorang buat termasuk la pertandingan Nasyid yang I masuk semalam, ceramah and many more. Sepanjang-panjang 3 hari ni, ada banyak la booth yang jual memacam menda dari Buah Rock Melon 3 biji RM10.00 (kalau dekat MBG 3 slice nipis RM2.50), Nenas Madu manis giler RM2.50 sekilo, ada Dadih Hirup, Pavlova, Makanan macam-macam ada termasuklah Package Umrah, Wakaf Tunai Booth and many more.


Dadih Hirup and Coconut Jelly terbaik dari  IG @Cravea Kitchen
Dadih Hirup RM5.00 sebotol, Coconut Jelly RM3.50 sebotol. I dah rasa and memang superbly delicious especially Coconut Jelly.



Baby Pavlova (RM1.00) and Baby Macaroons (RM10.00 sebotol) dari Aini Delight (012-3865755). Sesuai ni kalau letak dalam goodies bag untuk Akikah or Wedding.

Dalam banyak-banyak booth tu, harini I nak citer pasal Adik yang jual Kurma, Kismis and makanan-makanan sunnah yang kitorang singgah.

Dyba, Izzah and Sarah dekat belah sana. Tengah beli kismis dengan Abang yang dah tua sikit. Pastu Intan dengan I sebok menyakat adik tu sebab dia muka memang nervous giler. Masa dia tengah explen, I cakap macam ni. ‘Orang jual kismis memang semua muka suci je kan?’ Hahaha. Lepas tu Adik tu dah gelabah. Sekejap nak bagi tester, sekejap tak jadik. Intan pulak soalan macam-macam. ‘Dik, kalau kismis untuk minda mana?’ Lepas tu budak tu pon bagi la dia rasa kismis, and lepas tu Intan tanya pulak, ‘Dik, kismis untuk cantik ada?’

Hahahaha bangang Intan.

I time tu duduk sebelah dia, tengok je dia explen pada Intan berdepan. Dia dah gelabah dah. Saja je I nak menyakat. Si Intan selenga pulak saja nak test lagi, ‘What is the different between this and this’. Dan dan la cakap omputih. Lepas tuuuuuuuuuuuuuuu budak tu jawab, ‘Especially this…..’ tak sempat dia nak cakap I pon kata, ‘Wei, dia melawan la cakap Intan’. Hahahahahahahhahah. Sian adik tu. Gigih nak explen cakap English. Intan pon sama. Sebok nak menyakat. Sudahnya beli 100 gram (RM10.00) je poooooon. Kecoh giler tanya macam-macam.



Booth adik ni jual makanan sunnah.


Ni la adik tu. Muka suci je. Tapi bila dengan Intan, gelabah habes. Cakap pon dah tunggang langgang dah sampai I cakap, 'Dik, biar akak je la jadik tukang jual'. Haha.


Intan, beli ke tu? Bukan pegang je ke? Haha. Ni kitorang dekat Aini Delight.

Sorry Adik Kismis sebab kitorang menyakat. Saja je. I memang macam tu kalau beli dekat booth. Suka la menyakat penjual. Lagi melawan, lagi la kitorang suka.. Tapi beli jugak pon. Tadek la sakat kosong. Saja nak bagi depan syok sikit. Kan?

Korang kalau baca blog I pasal Dalan D’Olive dalam entry ni, mesti korang tau pasal kebaikan product ni. I sampai sekarang guna lotion dia. Memang best giler sebab waaaangi. If korang nak beli boleh la datang Menara Felda esok or call Kak Ruhaidah Darham (013-3637901) or check out dekat IG @butikhijrah or FB @hijrah.muslimin.9 ok?

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...