Wednesday, November 4, 2015

Dolly Dim Sum With Wana (Lepas tu Apai, Apis and Shanom jeles)

Assalamualaikum..

Kesinambungan daripada komen-komen dalam IG bila Wana cakap ‘Jom la makan sempena birthday ko’ maka zaaaaapppppppppp terus I bagi persetujuan. Sebab ajak makan kan? Mana nak boleh tolak. Hahahaha. I Nak makan Dolly Dimsum! Si Wana pon bebel-bebel la cakap malas masuk KL la apa la. Dia kata NU Central pon ada Dolly Dimsum. So? Nak suruh I pergi sana? Kirim salam. Hahaha. Tapi sebab Wana sayang I lebih so dia datang ambik dekat office lepas tu bawak makan Dimsum lepas tu belanja package eskrem siap sampai Apai, Apis dengan Shanom dah berbulu je dekat I.

Kitorang makan berdua je tapi bila share dalam WhatsApp Group Cookies (Yang I dengan Sazli by invitation tu) tetiba jadik macam makan ramai-ramai. I dah keras-keras perut ketawa sampai nanges-nanges sebab Apai, Apis, Shanom gila kuasa main remove-remove orang dalam Group tu. Kata Si Apai, ‘Wana, Maksu amek package insurance apa yang ko belanja dia makan dimsum. Aku pon nak amek package tu jugak la’. Bangang Apai, lepas tuuuuuuuuuuuuu Si Apis bakar-bakar line cakap Shanom sama debab dengan Ema and lepas tu Shanom remove Apis dari group. I baru je nak cakap kat Wana, ‘Aku nak remove Shanom la’ tetiba zapppppp I dah kena remove oleh Shanom. Hahahahaha.

Bangang Shanom. Dia tu padahal dengki I sebab makan Egg Custard Bun. Ada 1 time tu, Noru letak semua sebagai Admin so semua orang boleh remove ahli. Bebudak ni memang kurang kerja. Lepas 5 minute si Shanom add I balik sebab lepas tu dia cakap ‘Jadikan pengajaran ye Maksu?’ Hahahaa. Wajaq Shanom. Tapi naseb dia tak lama sebab Apai main kasar, dia meses Sazli suruh Saz buat dia jadik Admin lantas dia pulak remove Shanom. Ema skali. Walaupon Ema tadek salah apapa. Hahaha. Ema memang selalu kena buli la. Dia kekadang menyampuk sikit je terus kena remove. Bangang la memasing

Apai dan collaborate dengan Apis and dorang remove semua perempuan. Termasuk la Hajar yang tak salah apapa. Skali la dengan Marsya. Marsya diam tak menyampuk pon kena remove, lepas tu lupa nak invite balik pulak tu. Hahahhaha. Kata Yashie, ‘Korang ni semua memang takde kerja ke semua? SEMUA. Memang takyah kerja ke? Termasuk la Shanom. Muka je lawa tapi kesian cacat otak. Sesia jadik lawa. HAHAHAHAHAHAHA’ I memang krem perut haritu melayan bebudak ni dalam Whatsapp. Si Pau ada menyampuk cakap macam ni, ‘Apai, aku peratikan ajer perangai ko ni’, tak sampai 2 menet Pau pon kena remove.

Korang bangang. Tu je Maksu nak cakap. Dah jom sambung cerita pasal Dimsum. Kepada Shanom, mintak maaf Maksu still have to do this. Sila la menanges lepas tengok gambar ni. Kbye



I share gambar ni dalam IG lepas tu tag Shanom. Shanom komen, ‘ba alip….’ Hahahaha. Shanom nak menyumpah guna cara paling halus. Ba alip ba ya! Hahahahaha.



Si Wana suka giler Egg Custard Bun ni. Kite amek 2 bekas ada 6 kan? Dia makan empat. Dah masuk mulut baru tanya, ‘Nayang aku makan ye?’ Hahahahahaha. Korang kena try ni sebab sedap. Harga beliau ialah RM7.50 untuk 3 ketul.


Yang ni pulak Steam Beef Ball. RM8.00 kalau tak silap harga dia.  Pon sedap sebab dia rasa macam ada daun limau purut.


Must order setiap kali datang. Siew Mai. RM9.50 untuk 3 ketul. Wana makan 2. Kuat makan budak ni. (Yang Wana makan 2 sebut, yang I makan 2 senyap. Haha)


Steamed Chicken Wings. Ni baru first time order. Pooon sedap! Ko apa yang tak sedap kan? Hahahaha. Si Wana makan terpelanting la ayam ni dekat meja. Kata dia sebab ayam tu hidup lagi.


Yang ni pulak ialah Prawn Chong Fun. Harga dia RM11.80. I suka sambal dia sebab rasa udang kering.


Wana order air pomegranate and I order air mango. Tapi this time kurang kick, maybe buah tak ripe lagi.



Sampai-sampai je terus order. Wana kasik I kuasa 100% untuk I pilih nak makan apa. Dia ikut ajer. Kitorang terror la this time sebab takde pembaziran. I agak sebab tak makan nasik and mee kot? Tapi puas!


Thank you Nayang belanja makan. Tak sesia amek insurance dengan Wana. Kebajikan I dia memang jaga. Kebajikan perut la. Hahahahaha.


Ha tengok, nak keluar duit pon happy. Dah la purse pink. I pon pelik Wana now suka pink, purple semua. Perempuan sangat. Sebab Wana ni dia sebenarnya Daud. Dia lelaki yang terperangkap dalam badan pempuan. Sebab tu kaler pink tak boleh match dengan Wana. Haha.

Kata Wana, nanti bagitau dalam blog, sapa yang kerja Airlines sila ngorat dia sebab dia kata dia memang nak carik suami kerja Airlines jer. Nak dapat tiket murah so senang la nak jalan-jalan. Hahahaha. Si Wana tahun ni ajer dah 2 kali pergi Jepun. Bulan 4 and bulan 10. I tanya dia kenapa sampai 2 kali pergi, dia jawab ‘Sapa suruh tiket murah?’ Boleh??? Hahahahahaha. Anyway thank you Nayang belanja makan. Kepada Apai, Apis and Shanom. Jangan jeles. Lain kali ambik insurance RM400 sebulan baru la Wana belanja macam ni. Ni amek RM150.00 sebulan lagi banyak bunyik. Hahahaha



Hi Shanom yang cantik! Malam ni ajak Ajan makan Dolly Dimsum ok? Jangan sedih-sedih. Lagipon Shanom kan 1st runner up Badminton? Terrorrrrr tu. Unbelievable!


Dolly Dim Sum
G-9 & G-9A Ground Floor, Avenue K, 
156, Jalan Ampang, 
50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 03-2181 3830
Hours: 11:00 am – 10:00 pm

-End-

4 comments:

juelee said...

alahai sedapnya kak su.. my feveret dimsum ni.. selalu p yg kat sime darby convec tu....tak tau lak ada dolly dimsum ni

INNANIE ARIFFIN said...

awatlah menggoda sangat semuanya!!!

Sofie Adie said...

sedapnya...lagi sedap orang belanja kan?
best moment ever tu...
:p

AinKhaliq said...

Baaa aliiippp (tone batu belah) hahaha..cuba tanya wana insurance sape paling mahal!!! ni nk marah ni. ktorg 1k++ kot! baaa alippppp....hahahah