Wednesday, November 18, 2015

Fouziah Gous Baby Shower

Assalamualaikum..

Sabtu lepas, I pergi Fouziah Gous (Poja) punya Majlis Baby Shower. Dia dah 37 weeks dah minggu ni. Tak lama bersalin la. InsyaAllah kalau ok semua, kata Poja dia bersalin normal. Majlis start pukul 2.00pm – 5.00pm. Pagi tu dorang buat kenduri doa selamat dulu. Lepas doa selamat baru la Baby Shower. I sampai dalam pukul 2.30pm macam tu dekat rumah Poja. Actually Poja duduk sekali dengan family husband dia (Zhafran). Dorang punya rumah dekat Bukit Jelutong. Dari Ampang lebih kurang dalam sejam la nak sampai. Tema ialah White Sakura. Dah la I memang ‘banyak’ sangat baju kaler putih. Memang tak la kan? Sebab warna putih buat I nampak mengandung. Nyampah.

Sazli memang banyak baju putih sebab dia memang suka kaler putih. Kalo baju Polo, ada yang sekor kuda, 3 ekor kuda, kuda kecik, emak kuda bapak kuda semua ada. Tapi semua pon putih. Kemeja and baju ala-ala kurta Sazli also only buy yang kaler putih. So takde masalah untuk Sazli. Shein pon ada banyak baju kaler putih. End up, I pakai baju pergi opis sebab baju putih I ada 2 je. Satu yang pakai ni, satu lagi baju corporate office. Takkan la nak pakai baju tu pulak? Hahahaha. Bangang.

I agak anak Poja pempuan la sebab tema White Sakura kan? Takkan lelaki pakai white sakura, buang tebiat nama dia. Dia memang rahsia jantina anak dia. Kata dia biar surprise tapi I kuat rasa anak dia pempuan. Nak bet?

I datang makan, lepak kejap lepas tu balik. Kata Poja, ‘Susah la orang ada anak ni, nak ajak main game pon tak boleh’. Amboi sesedap je bahasa dia nak cakap, dia tau tak nanti hidup dia akan 360 darjah twist bila dah ada anak? Time tu baru la dia tau macam mana. Hahaha. Poja bebel I tak join game, yer laaaaa. Dah Shein ni tunggu I lepa je, memang terjun la dalam kolam ikan si Zhaf tu. Dia pon dah senyum-senyum menggoda pandang I sambil kaki sipi-sipi nak celup dalam air. Saja nak try la tu. Nak test. If I tak cakap ‘cannot’, memang dia dah terjun. Bukan boleh caya pon Shein ni. Dia memang favorite kot kolam ikan. Macam kat rumah Bapak tu, mana boleh lepa. Lepa je dah dia ambik segala penyapu letak dalam kolam.


Masuk-masuk je kawasan rumah ada ni. Comel kan?



Ni Khemah kat depan untuk Orang Masjid. Menu simple je. Tak heavy tapi kenyang.


Dalam rumah ada Candy Booth


Ada cupcakes, macaroons, cookies, chocolate and cake


Cake ni sweet sangat. #zhafoujr


Cookies


Customize chocolate Kit Kat


Drinking Water


Si Sheindong bergembira main balloon dalam rumah. kidnap dari kerusi.


Huru hara giler Shein. Tak terkawal. Susah betul nak tangkap.


Hello Hensem (^_^)


Exspresso Lab Asia also ada bukak booth


Game is about to start


Piccabooth


Please jangan terjun Shein


Hahahah. Shein geram je dengan ikan koi. Dah la gemok-gemok ikan ni.


Hehe. Hi Papa. Tengok apa tu?


Main table. Poja and Zhaf


Poja cantik je tak gemok, yang sebelah tu kemain melawan badan macamkan dia yang mengandung. Kbye.

Host haritu Syira Ijoi. Bising pot pet mulut dia. Artis lain yang ada is Eja, dia datang dengan anak dia. Kata dia Shein dah besar. Dia geram dengan rambut kenteng Shein. Wak Doyok pon ada, dia datang dengan Azrinaz Mazhar Hakim. Yang lain-lain I tak perasan. Probably ada la kot cuma I banyak duduk dalam rumah and melayan Shein makan coklat Kit Kat. Lepas tu gerak awal sebab Sazli ada bola pulak. Tengah dorang game, I balik. Tak bagi tau pon Poja kang nanti dia meroyan I balik awal. Dia memang kalau I datang, hukum dia balik sampai khemah bukak. Hahaha.

Kitorang pon banyak communicate dengan whatsApp je. Boleh? ‘Woi, ko kat mana? Meh la makan dengan aku’, ‘Woi, naik la wei, duduk dalam rumah. Panas tu kat luar’. Ni padahal dia dengan I jarak 10 langkah je. I pon taknak kacau Poja sebab I know dia tengah bizi. I tengok Poja kurus je. Lasak dia. Turun naik  tangga selamba je. Sazli yang seriau. Lepas tu pipi apa semua elok je. Macam tak mengandung. Cuma dalam gambar nampak la dia berisi sikit. Kalau tengok depan-depan dia ok jer.

Untuk Poja, aku doakan ko selamat melahirkan anak and selamat berpantang. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk nko ok bebeh? Aku memang tak puas hati sebab ko tak gemok. Kbye.

@fouziahgous baby shower
Photographed and live-update by@muhammadzameer 
Hosted by : @thehappikiddo 
Canopy :@sanicanopy
Caterer and event planner :@bigdaddylittlechefs
Decoration :@sweetalmiraz
Macaroons tower: @thetinytemptress
Sugar cookies: @ilaniyaacob
Baked donut: @myownkitchen
Tarts and cream puff :@zarasophea07
Photobooth: @piccaboothofficial
Coffee booth: @expressolabasia
Emcee :@shieraijoy
Dress by : @putraaziz_cosry


-eNd-

4 comments:

Zie Azi said...

cantik Fauziah gaous@poja, pgnent pun still cun

Chooyaya! said...

Zie Azi : Dia memang cantik pon :)

misz sheyla said...

tgok dlm nona kemain nmpk berisi sikit... tpi still cun la

Chooyaya! said...

misz sheyla : biasa dalam tv mmg akan nampak kite 10 pounds heavier.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...