Thursday, November 19, 2015

Sarah dan Kambeng La Bodega

Assalamualaikum..

So si Sarah nak makan kambeng lagi. Kata dia, dah sampai kat tekak dah ni. Padahal baru je kan makan? I ajak dia makan dekat Menate but dia cakap dia nak only at La Bodega sebab dia sangat suka Lamb dekat situ. Specifically La Bodega. I dah makan agak heavy pagi semalam. I makan Mee Goreng dengan tulur and sambal so memandangkan I jenis kalau makan pagi heavy nanti malam pukul 10.00pm baru lapar Soooo I plan nak makan yang not too heavy (kononnya). Maybe Soup je la kot? Dalam kepala I nak makan Seafood Soup. Tengok menu ada. Yayyyy! 

So I expect la yang Seafood soup dekat sini macam dekat Carlos tapi lain. Seafood = Salmon je 2 ketul HAHAHAHA. Naseb baik la sedap. Memang rasa yang I tak familiar langsung. Soup dia tu susah nak describe macam mana rasa. Tapi I suka rasa after taste sebab macam ada manis-manis macam tu. First time I tak boleh nak agak apa ingredient yang ada dalam soup ni. Yang I tau is salmon itself, croutons ada 4 ketul and yang kaler kuning tu is a butter. Tapi very light macam dia campur white eggs. Entah. Dia sangat light and cair dalam mulut. Manis tapi savory. Acane tu? 


Nama Salmon Soup ni is Bullabesa. Harga RM35.85


Close up skek. Salmon tu dia masak perfect. Tak over cooked. I tak suka Salmon yang terlebih masak nanti dia keras. Ni macam appetizer je ni. Mana nak kenyang. (Padahal tadi kata nak makan light je. Podah!)



Forever Main Chuletas Cord for Sarah. RM75.47 makan sehingga ketitisan terakhir. Memang sangat sedap!


Sebab tak kenyang. So I order Churros. Yang ni harga dia RM17.82. Share sorang 3 ketul dengan Sarah. Puas hati kali ni makan. Dip chocolate dia sedap!


S E D A P


Happy budak Sarah dapat makan kambeng.

Nanti bebila I nak makan la dekat Carlos. Nak makan Seafood Soup dia. Tu baru seafood soup sebab ada ketam, ikan, clamp segala tok nenek. Ni salmon je 2 ketul macam mana nak kenyang? Hahahahaha. Tapi sebab rasa soup tu something new untuk I punya tekak so I maafkan lah... Lagipon dapat makan Churros tu yang paling puas hati. Korang kena try churros dekat sini sebab sedap. OK? Lagi satu, if korang nak order Martini, Mojito semua tu makesure bagitau nak yang virgin. Sebab kalau tak, dalam tu ada liquor. Kang nanti tetiba je mabok tak pasal-pasal. Hahaha. Also sebelum order, bagitau yang korang nak semua makanan yang korang order jangan ada wine etc. Sebab usually Spanish, Mexican or Western punya restaurant, dorang punya masakan sometimes letak wine. But if korang bagitau taknak ada wine, dorang boleh buat. Takde masalah. OK?


La Bodega Pavillion KL
Lot C3.06.00 Level 3, Pavilion Kuala Lumpur,
168 Jalan Bukit Bintang
55100 Jalan Bukit Bintang,

Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603 2148 8018
Monday - Friday 9am till 2am
Sat & Sun 8am - 2am

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...