Monday, November 16, 2015

Makan Dekat La Bodega

Assalamualaikum..

Duluuuu masa zaman I dating dengan Si Sazli , I selalu la lepak minum dekat La Bodega Pavilion. Kitorang boleh lepak minum berejam dekat situ. I dengan Sazli sama-sama jenis suka perati gelagat orang. Yerla, kurang kerja kan? Sekarang tak sempat dah nak lepak buat kerja perati perangai orang dekat restaurant ni sebab si Kedondong tu kan ada? Instead of perati perangai orang, orang pulak dok perati drama kitorang anak beranak. Shein kan sekarang ni kaki drama dekat kedai makan? Hahaha. Dah kasik duduk dalam baby chair, nak duduk dekat kerusi biasa. Nak suapkan taknak, dia nak suap sendiri. Lepas tu start la experiment masukkan air dalam foods lepas tu Sazli start la jeling sebab dia jenis tak boleh tolerate ‘perangai’ yang macam tu.

I if datang sini I suka makan Churos. Sebab Churros sini paling sedap I pernah rasa. Cuma churros sekejap ada sekejap tadek. Kekadang dah berkorbar nak makan, tetiba tadek pulak. Ni padahal dah dekat tekak. Bila dah duduk, dengan mata bergenang order la nak churros sekali takderrrr. Mari I hadiahkan pantun 2 kerat.

Datang La Bodega Nak Makan Churros
Churros Habesssssss! Hahahaha

Rasa nak terbalikkan ajer meja. One more thing, I ada suka satu air ni dekat sini. Dia soda sparkling, dalam dia ada lime potong kecik-kecik lepas tu ada mint leaf. Letak dalam gelas air teh tarik yang tinggi tu. I pon tak tau apa nama dia. Haritu confident order Virgin Margarita sekali salah daaaaaaaa. Lepas tu satu perangai I, masa dekat rumah nak order Pate De Pollo - Chicken Foie Gras (aka hati ayam blender – Kira boleh je explen kat korang kan? Haha) tapi bila sampai teroder menda lain and janji next time nak order pulak tapi again tetap order lain. Repeat. Bangang kan? Dah bila yang boleh makan Chicken Foie Gras?

The other day I datang sini dengan Sarabanon kitorang order je banyak-banyak lepas tu makan share sorang sikit so that masing-masing boleh rasa foods masing-masing. Boleh tahan banyak tapi al-hamdulillah tadek pembaziran. Orang badan kecik ni, tank makan dia besar. Dia boleh habeskan tapi kena ambik masa sikit la. InsyaAllah habes. Lepas tu perut flat je, mana entah dia simpan semua makanan. 



Yang ni nama dia Main Chuletas Cord. Nama kemain. Padahal grilled lamb je. Side dish dia baked potato dengan ratatouille. Harga ikut berat. Yang ni RM75.47. Dalam menu dia akan letak lebih kurang RM84.80



FYI Ratatouille ni bukan makanan tikus ok? Dulu kan ada cerita Ratatouille dalam TV yang tikus masak? Haha. Actually ratatouille ni ialah makanan yang berasal dari Greek yang dihidang sebagai side dish. Key ingredient ialah tomato yang dimasak bersama terung purple, zucchini, bell peppers, marjoram, fennel and basil. Nah baca sini dari Wikipedia. I memang suka makan terung panjang purple ni so I suka ratatouille as well. Cuma I lebih suka kalau terung dimasak dengan cara Timur Tengah. Makan as a deep bersama roti arab. Sedap nak mampos! Tapi kalau Mediterranean style, dia letak daun bay kering tu so ada la rasa iras-iras kuah Bolognese.




Yang ni pulak ialah Spanish Burger. Harga dia RM44.50 tapi jangan order sebab tak sedap. Patty dia rasa macam peti ais busuk. Dalam dia ada cili jeruk yang sebijik macam cili akar tu dengan beef strip, tomato and salad. Nothing fancy. Harap ada cili jeruk je. Dah la tak sedap. Tapi habes dalam pada tak sedap. Okbye.




Cambiaso I suka order Tapas. Yang konon nak makan Chicken Foie Gras but end up I order ni. Nama dia Yakitori Pico De Gallo. Harga dia RM16.98. Rasa dia biasa-biasa jer. Macam sambal ayam tapi masak dengan tomato.




Yang ni pulak Sambal Terung. HAHAHAHAHA. Tak la. Tipu. Yang ni Tapas jugak. Makan dengan roti. Nama dia ialah Barenjenas. Harga dia RM16.98 jugak.  Terung masak dengan sos tomato and parsley.



Air silap order. Yang ni Virgin Margharita. RM18.00

Actually makanan lain maybe sedap-sedap tapi sebab kiter bukan terror order Tapas or Spanish Foods ni so jadiknya merapu la skek makanan yang sampai like ‘amenda ni ko order sambal terung makan dengan roti?’ Hahahaha. If korang tahap amateur nak makan Spanish Foods macam I, click sini untuk check out menu dekat La Bodega punya website. So ada gambar sekali. Tak la tebangang-bangang nanti nak order. If tak confident nak sebut, Tunjuk je dekat menu. Sebab Spanish ni kekadang penipu. Tulis Foie Gras. Grasssssss. Tapi sebut fuagra. So dari silap sebut muka kompiden pakai henbeg Gucci elok-elok, baik tunjuk je nak makan apa dekat Menu. Pahe dok? Hahahaha.

Actually La Bodega ada banyak branch. Dekat Bangsar je ada 3 branch tak silap I. Lepas tu Pavilion ada 1, dekat Empire Subang ada 1, dekat Melaka ada satu. If nak ubah selera untuk Abang-abang sado, boleh la datang sini lepak sapkok berangan macam urban sesambil ngorat Minah Saleh (tu pon kalau dorang nak layan) Haha. Sediakan ajer duhet banyak-banyak sebab Ice Lemon Tea pon dah seploh hengget dekat sini. OK?

La Bodega Pavillion KL
Lot C3.06.00 Level 3, Pavilion Kuala Lumpur,
168 Jalan Bukit Bintang
55100 Jalan Bukit Bintang,
Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603 2148 8018
Monday - Friday 9am till 2am
Sat & Sun 8am - 2am

-eNd-

5 comments:

Miss Moon said...

blog nko kan Su kalau bab makanan nih mmg berhantu tau. Akak masuk je akak berkenan n terliur canner tuh. Hari tuh terliur Fickles ni benda lain plak nko share. Nasib tak ngandung

Chooyaya! said...

Miss Moon : Ko memang kaki terliur pon. HAHAHAHAHHA

a z m i r said...

mungkin air tu tajuk dia Mojito kot kak su?

Chooyaya! said...

a z m i r : Haaaaaa Mojito! BETUL

Rin Yorke said...

i pegi makan kat la bodega empire..order apa ntah tak ingat.nasib baik waitress tu cakap makanan yg i nak order tu ada alcohol.in fact there are a few makanan yg ada alcohol.so since then i pegi la bodega order menu breakfast je :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...