Monday, November 16, 2015

Shein and Abah

Assalamualaikum

Sazli and Shein ni memang best friend sangat. Best friend kan biasa gaduh, merajuk lepas tu kawan balik kan? Ha.. Sama la macam Shein and Sazli. Kekadang menyampah jugak tengok bergaduh pasal Lego or Tobot.  Yerla, sometimes I nak ketenangan sidai kain, kemas rumah kang dah dengar Shein jerit nanges. serabut kepala. Rupanya Sazli tak bagi dia Lego. Member sorok or tak layan. Haha. Abah Shein pon saaaaaatu. I kekadang pesan macam ni, ‘Main la sama-sama, jangan gaduh’. Boleh? Macam ada 2 orang anak kecik. Hahaha. Tapi sebenarnya menda-menda macam ni bila fikir balik, rasa macam comel pulak.

Tapi walau gaduh macam mana pon, nanti Shein mesti akan meleset dekat Abah dia. Buat buai kat kain pelikat Sazli. Meleset la dua beranak tu macam bercinta sebab tu I yakin memang Shein dah besar nanti akan jadik best-friend dengan Sazli. Jenis boleh keluar lepak sama minum dekat Mamak sama macam Sazli dengan Bapak sekarang ni.

Shein pon I tengok minat dia banyak macam Sazli. Toys dia suka Lego, cars, robot. Dia tak suka macam animal or cartoons sangat. If tengok Youtube pon Shein memang more on toys yang robot, cars. Bukan cartoons. Lepas tu Shein ni memang athlete. Masa Sabtu lepas, waktu I tengok Sazli main bola dekat Subang, Shein boleh lari pusing padang 2 pusingan relax je. Ada la 800 meters. Sikit lagi nak 1 km. Tu pon dia lari, I kejar sebab kalau I lari Shein kejar, I geli bontot. If I lari depan mana boleh berenti, sebab kalau berenti Shein dapat la tangkap I. So biar dia depan, if I tak larat I can stop. Hehe. Tu pakkal la hujan, kalau tak I rasa Shein memang boleh lari lagi tu. Shein pon memang suka lari, sama macam Sazli. Main bola also ada skill, siap sepak kebelakang and sepak sambil lari. Kekadang sepak tak pandang bola. Tu yang kekadang tak kena tu. Hahaha.


BFF - Shein and Abah



I Love My Boys

I always found yang Man yang main bola ni dia sexy and macho. Hehehe. Kalau dah laki sendiri semua la nak macho kan? Tapi I memang suka Sazli pon. Sebab dia tinggi, dia pandai main bola, dia pandai baca quran, dia punya ketiak tak busuk walaupon tak pakai deodorant, dia hormatkan orang tua and down to earth orangnya. But manusia mana la perfect kan? Cuma kite kena learn how to appreciate each other and terima kelemahan masing-masing. Sazli banyak la nasihat I jangan nak poyo tak tentu hala. Tu kekadang menda yang nak share dalam blog pon tapis. Apa yang boleh share, apa yang tak boleh. Kekadang bagi I tadek apa tapi bagi Sazli dia pandang kedepan. Kata dia, boleh ke I handle haters or orang yang tak boleh nak stop perli memerli ni? If boleh handle, go on. If tak boleh handle ikut nasihat dia. So banyak la nasihat dia yang I rasa kekadang menyirap nak ikut tapi at the end of the day itu la yang bagus.

Satu lagi, Sazli ni memang tak lekang dari mulut dengan perkataan ‘Maaf’. Dia merajuk dia maaf, I merajuk dia maaf jugak. Lepas tu dia suka sit and talk. Bagitau mana yang tak ok. Lepas tu salam and mintak maaf cium tangan. Ego dia, memang dia buang tepi. Yang keras hati tak lain tak bukan siapa lagi kalau bukan Suraya. Hahaha. Sazli selalu ajar I, learn how to forgive and forget. I pulak jenis dendam. Selagi tak puas hati memang I tarik muka, if dah tak suka ko boleh blah. Malas I nak layan dah. But Sazli lain, dia suka main psychology. Kata dia takper kalau orang layan buruk, kite buat je baik. Allah tu ada, biar nanti orang tu segan sendiri.

So I hope, Shein nanti bila dah besar ikutlah banyak perangai Abah yang selalu bahagiakan Ibu Bapa dia. InsyaAllah if Shein ikut perangai Sazli, I lah Ibu yang paling bahagia dalam dunia. I paling ingat tu apa yang Sazli pernah cakap pada I dulu.  Waktu tu Shein pon takde lagi dalam dunia. Biar Shein jadik lelaki yang ‘man’, lelaki sejati yang tak kena control dengan bini, yang tak jadik mangsa Queen Control and yang bahagiakan Ibu dan Bapa but at the same time, Isteri dan keluarga sendiri terpelihara. Kena bertolak ansur and Ego tak tinggi. InsyaAllah Allah reward dengan kebahgiaan.

Dalam dunia ni, takkan ada manusia yang perfect. Mesti ada yang tak ok. Cuma kita kena tau macam mana cara nak handle. If pasangan ada buat 1 kesilapan, jangan judge dia macam dia tak pernah buat langsung kebaikan. Sebelum bercakap atau keluarkan perkataan, fikir dulu baik buruk. Tarik nafas and jangan main cakap je. Sebab nanti menyesal. Macam I la. Jenis kalau nak marah, main lepas je. Lepas tu menyesal. Tapi now seiring dengan peningkatan usia, I belajar untuk berubah and baiki mana yang tak elok. Silap mesti akan ada buat, confirm. But kena check balik and baiki. Niat nak berubah kearah kebaikan pon Allah dah bagi markah. Kalau buat, lagi lah berganda-ganda pahala. Kan?

So ni entry ni nak citer pasal apa sebenarnya?Kbye.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...