Wednesday, November 11, 2015

Menate Lagi. Sapa Kata Steak Dekat Sini Mahal? Mana Ada!

Assalamualaikum..

Hari Ahad bebaru ni, Si Intan datang Ampang sebab nak visit anak boss dia dekat Ampang Puteri. Dah alang-alang datang Ampang Puteri yang jaraknya sekentut monyet dari rumah I, takkan la tak jumpa pulak kan? Intan semenjak dah jadik Orang Gombak ni kemain susah nak lepak rumah I. Dulu masa duduk dekat Wangsa Maju, sebok nak tolong Mama dia jual perfume dekat Danau Kota, now dia further study pulak. Dahhhh bizi lagi. Boring je Intan ni. I kalau tengok Intan menyentan-nyentan buat assignment, I lantakkan ajer. Malas nak layan. Sekarang ni dia sebok belajar bahasa Cina. Haritu masa kitorang pergi Pavilion, ada la 2 orang Chinese ni tengah borak, lepas tu Intan cakap, ‘Intan paham tu dia cakap apa, nak menyampuk la’.  Hahahaha bongok Intan. Tu baru paham sikit, kalau boleh cakap fasih macam Sarah entah macam mana belagak dia.

Anyway, lepas balik dari visit anak boss Intan dekat Ampang Puteri, Intan ajak la I makan dekat Menate Steak Hub sebab dah dekat dengan rumah I. Tapi malang naseb seorang Intan sebab Menate branch Ampang tutup for renovation. I suggest pergi Victoria Station je, tapi Intan dah nak meleleh air mata. Kata dia nak Menate jugak jugak jugak so demi untuk tidak mahu mengecewakan Intan, I pon bawak la dia pergi yang branch Wangsa Maju dekat belakang Wangsa Walk tu. Naseb baik bukak. 

Menerpa Intan pilih daging. I cakap kat Intan ‘Intan, amek yang murah je’. Hahahahaha. Sebab kat sini ada steak yang harga sampai RM300 over untuk 1 portion. Tapi korang jangan risau, pergi je peti ais and tengok sendiri daging mana yang korang nak. Ada harga siap-siap tulis atas daging, just be careful ada yang RM50.00/100 gram. Kang kalo sekeping 400 gram kira sendiri la dah berapa. Taktau tanya. Jangan main amek je ok?


Yang ni I punya. Grain Strip-loin. RM58.00 je. This time I mintak medium. Also sedap! Still juicy and tender. Besar ni memang just nice untuk I. 



Intan punya sama macam I. Grain Strip-loin jugak. RM50.00. Intan mintak medium rare.


Takot tak kenyang (biasa la tamak) Kitorang amek Sausage with Curly Fries. Kids menu ni. RM9.00 sahaja.

Bagi I, steak dekat Menate ni macam cepat sejuk. Kena makan cepat-cepat. Masa memula datang pepanas tu perrrrghhh sedap giler. Seriously steak dia macam melt dalam mulut. Rasa sedap la dia season steak ni. Susah nak explen macam mana sedap dia. I taip ni pon kecur air liur. Tapi tu la, bila dah sejuk rasa macam kureng skek. Tapi kalau makan macam I dengan Intan haritu, waiter jauh lagi fork and knife dah standby, sampai je zzzaaaapppp terus makan. Diam je memasing menikmati steak. Memula rasa macam besar,  confirm tak habes ni. Sekali habes pulak tetiba. Hahahaha. Puas la kalau besar macam ni.


Suka je Intan dapat makan dekat Menate. Kata dia, dia memang puas hati. Intan kaaaan, habes semua lemak-lemak tu dia makan. Gemok taktau Intan. Nanti kalau dah gemok kena la kawen dengan Al-Hafiz. Haha.


Tu I punya sebesar pelempang buaya. Ponn habes kata ko. Tu nampak sos dia tu. Ada black-pepper and BBQ. I suka BBQ sauce dia. Setel semua. MUAHAHAHAHA. Sepet benau mata kalau tak pakai eye-liner.

Lepas makan, kitorang lepak sekejap minum hot chocolate sebab hujan lebat pulak dekat luar. Mana boleh nak pergi ke kereta. Air macam ice lemon tea, ice peach team cappuccino, hot chocolate segala free flow. So minum la sampai lebam takyah bayar pon. Selagi hujan tak berenti. Hahaha. Bila ada 1 family dalam 10 orang sampai baru kitorang gerak sebab sian dorang dok cari-cari meja. 

Pada korang yang rasa tak berani nak makan dekat sini sebab takot mahal, don’t worry. Datang je. InsyaAllah mampu. Ok? Pilih sendiri korang nak daging mana. Double check dengan waiter yang korang amek tu RM50.00 untuk 1 steak or RM50.00/100 gram. Check price betul-betul. Air pulak free flow so tadek hal. Kalau makan sorang tu tak habes RM60.00 pon.

Sazli nampak je I masukkan dalam group, balik tu terus ajak makan dekat Menate lagi. Hahaha. Dia memang menyirap dengan Menate ni. Lagi-lagi Lamb sebab Lamb dekat Menate paling sedap dalam dunia. Tak caya tanya Intan. Dia dah makan dekat Menate, so dia tau macam mana kesedapan dia. Kan Intan???? (Sebok orang tulis entry ni sebok duduk dekat belakang sebab nak baca. E!)

Menate Steak Hub
Wangsa Maju Branch. 
25 Jalan Delima 12, (Belakang Wangsa Walk)
Wangsa Link, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.
T: 03-42513460.

-eNd-

3 comments:

yayang laling said...

menitik2 air liur kite tau...

Mommy Cici said...

waaa dapnya kak su. walaupun kita ni bukan pemakan daging, tapi macam tempting sangat, hehehe.

Chooyaya! said...

yayang laling : sabau sabau

Mommy cici : memang sedaaaap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...