Monday, November 9, 2015

Resepi Banana-Nutella Toast With Marshmallow

Assalamualaikum..

Kesinambungan dari entry ni yang ada orang pum pam nak buat sendiri Banana-Nutella Toast dengan Marshmallow tu, maka dipersembahkan… Jeng jeng jeng! My very own way and look of Banana-Nutella Toast. Senang Mak Enon nak buat. Goyang tetep dah siap. Walaupon equipment ala kadar, rupa buruk ya ampun tapi InsyaAllah rasa sedap. Boleh sangat dah nak impressed suami and Mak Martua tapi amaran, kalau nak huluq pon ghoti ni, tak kisah la excited macam mana, kena la kasik warning, ‘Pisang dengan marshmallow tu panas lagi. Elok-elok takot melecur lidah’. Konon nak dapat 100 % markah penuh tak pasal kena potong sebab yang makan melecur lidah kena pisang panas. Wahahahaha. Aku ler tu! Mintak maaf Mak. Su dah excited nak bagi Mak makan sampai lupa nak habaq pisang tu panaih lagi. Haha.



Banana-Nutella Toast With Marshmallow. Wow. Nama taknak kalah.

Bahan-Bahan
  1. 2 keping roti
  2. Sebiji pisang masak
  3. 10 ketul marshmallow (ikut size la, mana yang muat masuk roti)
  4. Nutella
  5. Margerin/butter

2 keping roti. Tetiba ni 3 keping pulak. Belasah!


Nutella


Pisang masak and marshmallow


Marjerin/Butter

Cara Membuatnya 
  • Memula panaskan kuali, letak 1 sudu margerin/butter and masukkan pisang yang dipotong tu. Masak sampai la pisang macam caramelize skek so nanti rasa dia yummeh. Ada orang suka letak pisang masak raw macam tu jer tapi I found out kalau masak macam ni lagi sedap nyummmmmmmmmmmm. Angkat dan ketepikan.
  • Lepas tu sapu 1 side of roti dengan Nutella yang lembut. Macam I haritu Nutella keras sebab rumah I ni kekadang macam iglu, so Nutella jadik keras sebab sejuk. Lepas tuuuu Sazli pulak tak repair lagi microwave so yeah. Letak Nutella pon spread tak rata sebab Nutella keras. Wahahahaha. Letak atas kuali yang disapu butter. Side yang takde Nutella ok? Lepas tu angkat. Side yang dah ada Nutella tu takyah buat apapa. Buat Bodoh je, ok?
  • Ambik 1 keping roti lagi and bakar atas kuali jugak 1 side. Angkat and letakkan marshmallow sampai penuh. Kalau merajin, masukkan dalam oven and tengok sampai marshmallow cair then baru keluarkan, kalau pemalas macam I, selamba je telangkup marshmallow tadi atas kuali dengan sedikit butter/margerin. Cair jugak pon. Cuma kalau kena tangan memang panas. Terlepas la babi sekandang haritu. Blardihel panas macam kena plastic cair tahu tak???
  • Lepas tu letak caramelize pisang ditengah-tengah. Kapit and ngap. Siapppppp!!!

Letak la gambar dua kali, baru annoying. Haha.

Rasa dia memang la sangat sedap. Dengan marshmallow yang dah cair tu kalau tarik macam cheese oi! Kenyang and sedap. Shein pon menganga je suruh suap. Memang dia suka sangat roti macam ni. Korang pulak, I nasihatkan walaupon excited konon kalau sapu Nutella lagi banyak kononnya lagi sedap, JANGAN. Sebab kalau manis sangat, nanti tak boleh nak makan sebab pisang tu pon dah manis. Ok? Letak Nutella tu ala kadar pon dah sedap. Serious.

Jangan lupa cuba resepi I ni ok? Tak cuba siap korang. Dah la I tangan melecur kena marshmallow cair tu kepedihan masih ada rasa sampai sekarang. Memang cari pasal sungguh. Tapi sebab Shein, Sazli and Mak happy so I tak kisah tangan melecur. Sobs. Batu belaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhh **tetiba

-eNd- 

3 comments:

adda syuhada said...

Wah memang layan buat minum petang.

Sheila Adziz said...

simple n menyelerakan sis... anak2 mmg suka kan sis

Chooyaya! said...

adda syuhada : memang. lawan dengan air teh o nipis. perggggh

sheila adziz : memang suka la bebudak sebab ada coklat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...