Thursday, November 5, 2015

Restoran Masakan Kelantan di Kampung Baru

Assalamualaikum

Dari Selasa lagi Si Dyba yang mengandung teringin nak makan ikan singgang Kelantan yang kitorang biasa makan dekat depan International Hotel (Hotel Koperasi Polis) dekat Kampung Baru yang sempadan dengan Chow Kit tu. Rasanya dah lama giler tak datang sana. Masakan Kelantan dekat sini bapaklah sedapnya and tak mahal. I pon suka singgang dekat sini. I suka budu as well cuma I bila dengan budu mulalah nak menghirup lepas tu demam. Malam tadi pon pening kepala sampai macam nak terkeluar bijik mata penangan budu tapi alhamdulillah tak demam la. Sebab semalam cicah sikit-sikit je.

Probably maybe sebab budu tu masin kot? Tu yang bila makan banyak I kalah. Yerlaaaaa but budu is sedaaaap! I punya suka budu + limau + lada kecik + tempoyak melebihkan orang Kelantan itself. Hahahah. Si Intan tak makan budu sebab kata dia masin. Yerla Ongkolumpo mana nak makan budu. Tapi dia suka lemak labu or any lemak buah-buahan yang kaler putih tu. Tu favorite Intan. Kalau dapat kat dia memang siap hirup. Ongtue sangat. Semalam masa kitorang makan, memasing diam je. Tetiba je nasik dah gone. Hahahha. Punya la sedap!


Masak lemak labu + petola + bayam and dalam dia ada isi ikan. Sedapnya lahai!



Ikan Aya Singgang Kelantan dengan Bendi and Lada Kecik sebutir-sebutir. Who's your daddy???


Ikan Kembong Bakar


Ulam pon sedap! Terung bakar, petola dengan kacang botol rebus


HERO of the day. Budu + tempoyak + lada kecik + limau. Perrrrghhhh!!! I love Kelantan! (Tetiba)


The original Kelantanese, Dyba. Senyum Dyba lepas makan. Hahaha. Izzah pulak asal nasik dia makan je. Kelantan ke, Kedah ke, Johor ke semua tibai. Tau-tau nasi dia dah abes. Ni lagi sorang kuat makan tapi tak gemok. Dunia memang tak adil.


Sarah also enjoy makan semalam siap tambah and kena paksa habeskan nasik. Setel semua. Sarah ni bela jin kot? Makan nasik sehari 3 kali berat 43. Huwaaaaaaaaa.

Total bil semua ni campur nasik tambah sepinggan dengan air 5 gelas is RM48.00 so tak la mahal sangat. Dorang ada banyak lagi lauk lain macam ketam masak lemak kuning, gulai kawah, ayam percik putih and many more. Masakan Kelantan ni special tau especially I suka ialah singgang ikan. Dorang letak budu, gula gerek and lengkuas dalam tu. I hirup je. I suka la masakan Kelantan. Taknak dah la Ayam Penyet. Semalam masa otw datang sini Intan nampak ayam penyet lepas tu dia bagitau I, I cakap Noooo. Today nak makan Kelantan! HAHAHA.

Dekat depan kedai ni ada jual Kuih Muih Kelantan as well macam Kuih Akok, Badan Berendam, Puteri Mandi and many more. Kuih Akok dekat sini TERPALING SEDAP DALAM DUNIA sebab korang takkan dapat selembut dan cair dimulut macam dekat sini. Sumpah! Masak sedap sangat ni letak sependa ke apa? Hahaha. Lepas tu semalam kite makan kuih sagu bulat-bulat sebesar telur Shein dalam kuah lemak kelapa yang rasa roasted. Taktau apa nama dia but dia punya sedap. Perrrghhhh

Eh dah la. Malas la nak citer banyak. Kang ada yang harini makan kat sini lagi. Hahahha. So pada korang yang cari authentic masakan Kelantan boleh datang sini ok? Dulu panas sebab dinding dia zink, now dah upgrade and lawa sikit dari dulu. Tak la basah ketiak sangat dah. Alamat dia depan International Hotel (Hotel Koperasi Polis) Kampung Baru sempada. Chow Kit sana tu tu. Pahe dok? Dok pahe sudoh! Nate me!

-eNd-

3 comments:

Illya Farhana said...

Terus lapar...
Nasib baik tengah hari ni makan Nasi Kerabu... Makanan Kelantan jugok ni... Ommm noommmm nommmm....

Atie said...

kak sue...kuih sagu yang makan ngan kuah lemak kelapa tue namanya asam gumpal...tapi kelantan sebut ase gupal....mmg sedap...atie pun suka.....

!EFIL said...

Ala gambar kuih sagu bulat2 sebesar telur shein tadek? Uwaaaaaa hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...