Assalamualaikum..
I dah ada dekat KL. Semalam sampai. Mak punya platelet
now dah 100 over so ada la rasa lega. Doktor cakap dia memang expect platelet
akan turun sebab denggi memang macam tu. Nanti slowly dia akan naik InsyaAllah
as dia punya antibody akan kuat balik. Kata Kaklong malam tadi Mak jaga sekali
je. Unlike 2 hari lepas malam dia memang tak tido langsung. Dengan tak makan,
tak tido so dia macam a bit restless. Demam pulak on and off. Kekadang temp
naik sampai 40. Kata Mak, dia nampak semua kuning je. Maybe sebab badan dah
terlampau panas. Kaklong cakap kalau nampak kuning atau merah tak pe Mak.
Jangan hijau. Sebab kalau hijau, ‘jalan’.
Bodoh la Kaklong. Hahaha. Mak gelak je.
Kitorang take turn dengan Kaklong and De untuk jaga
Mak. Masa first night De jaga Mak. Malam tu memang Mak demam teruk la. Bila dia
dah demam kuat mula la pesan nanti kalau dia mati, mandikan dekat hospital je.
Upah namratus tu ambik dekat xxxx lepas tu semayang jenazah nanti mintak
bebudak Tahfiz solatkan kasik ramai. Lepas tu rantai, gelang, duhet amek dekat
xxxx. De tau kat mana Mak letak. Hoih! Amenda la sejenis percakapan merapu
macam ni. Itu yang buat kasik saspen. Tapi masa hari Selasa I sampai dari KL tengok
Mak weak rasa macam luluh hati tak tau nak cakap macam mana. Sebab dia kan
mulut macam Pembaca Berita pok pek je. Bila dia diam I risau. Tingat pulak masa
dulu kami jaga arwah ayah. Rasa macam tak sanggup nak face sekali lagi routine
macam ni.
Ni masa semalam sebelum I balik KL. Kata Kaklong, masa Ahmad Nisfu ke sapa eh meninggal alam cerita P Ramlee dia senyum, 'Mati dalam imaan daaaa'. Haha. Kaklong memang suka bergurau. Saja taknak bagi nampak stressed and nak bagi Mak happy.
Kaklong la banyak cuti and jaga Mak. Thank you Kak. Nanti aku bagi uweeet. Sazli kebetulan kaki dia bengkak sebab injured masa main bola. So pergerakan dia terbatas. Sian pulak dia nak handle Shein alone.
Abang Long and Aiman. Anak sulong De.
Kata De, Isnin malam tu Mak nak pergi toilet every hour and memang De tak tido langsung. Tu masa petang Selasa I sampai rumah, tengok De tengah tido. I kejut pakai kaki pon De tak jaga. Haha. Letih betul nampaknya. Selasa malam Rabu I jaga Mak pulak. Kata Mak, dia tak confident la dengan ‘Misi’ ni sebab menurut pengalaman kan I kuat tido? Kang sapa jaga sapa pulak ni kang. Hahaha. Takper Mak, we give a try dulu macam mana ok? Mak memang nampak tak confident dengan I. Wajaq. Masa dia nak pergi toilet, I pegang la air drip dia tu. Lepas dia kencing, Mak cakap. ‘Kalau Kaklong, dia naikkan sekali seluar Mak’. BAIK. Tadek hal. Yang tu Abang boleh buat. Tadek hal. Menda boleh setel.
Malam Mak start demam. Temp naik, and nampak dia lemah. Allah… Kesiannya Mak. Pukul 11.00pm dia dah menggelisah. I ambik kain basah, letak atas kepala Mak. Consistently I buat setiap setengah jam sampai la temp dia turun. Memang tak tido langsung. Mata pon macam tak mengantuk la berjaga semalaman. Kata Sazli, berkat jaga emak Allah bagi badan sihat. Lepas tu asal Mak gerak je I tanya Mak, ‘Mak nak apa Mak? Nak air? Nak kencing? Nak urut?’. Pantang Mak beralih badan. Mak gelak je. Haaaa baru dia tau prestasi Misi ni macam mana. Orang katil depan tu pulak meloya. Sepanjang malam uweeek uweeeek mana la I dapat nak tido lepas tu sebelah katil Mak ni ada Bilik Pengasingan untuk penyakit berjangkit LEPAS TUUUU Mak cakap, ‘Tu bilik untuk orang mati. Sementara nak masukkan dalam bilik mayat, letak la kat situ’.
Puak-puak ni kalau bab menakutkan orang nombol satu. Kaklong siap cakap, ‘Kochep, ko tido tu kaki bawak naik atas. Kot ada orang raba dari bawah katil’. Babi la. Memang malam tu I tido menelungkup kat Mak, kaki bawak naik atas kerusi sebab tingat apa Kaklong cakap. Kepala masuk dalam kelambu Mak, badan dekat luar. Haha. Katil depan sana pulak kosong lepas tu dia balut skali dengan bantal dah nampak macam mayat je. Pantek la. Hospistal Kerajaan memang macam ni. Katil dekat-dekat. Toilet share and nak tido dia bagi kerusi plastic kenduri tu je. Pepandai la korang nak tido macam mana.
Pagi pukul 6.30am nurse dah bukak semua tingkap. Nampak la dekat luar. Sejuk je angin pagi masuk dalam ward. Mak kata dia nak kencing and I cakap mandi terus la Mak. I mandikan Mak, tengok kaki dia kurus sebak taktau nak cakap macam mana. Cepat sangat berat badan dia turun. Lepas tu lap badan Mak, pakaikan seluar and baju. Rasa sedih. Tak tau nak cakap sedih macam mana tapi hati kena kental. Sampai katil, perangai OCD tak boleh nak elak. Mak pon cakap dia nak duduk sekejap. So I kibas and kemas katil siap lap lantai pakai tissue. Mak marah la. Kata dia takyah rajin sangat. Nanti ada orang akan buatkan. I cakap ‘Mak borak je la dengan Makcik depan tu’. Hahahaha. I pakaikan Mak bedak, kata Mak jangan pakai capok-capok macam Mak selalu pakaikan ko dulu. Hehehe. Ingat baru nak balas dendam. Sebab Bapak kalau pakaikan Tokcak bedah, mesti comot-comot nanti nampak comel. Ada la bedak jatuh dekat seluar Mak, I ambik towel lepas tu libas kasik hilang. Mak ketawa je. Kata dia I buat kerja kasar. Hehe.
Pagi Mak ok la. Dah tadek demam. Mak memang macam tu. Malam je badan dia rasa lemah, kepala pening. Time tu la wasiat macam-macam keluar. Macam Mak, wasiat dia tak la extreme sangat. Kalau dulu arwah ayah wasiat dia macam ni, ‘Tu ayam Ayah nama ‘bodoh’ jangan lupa bagi makan. Kucing ayah tu ko bagi dia makan jugak…… Lepas tu nanti ayam …..’ Ha. Concern dia dekat haiwan peliharaan membawak kemati. Ayah tu memang. Ayam naik atas badan dia ok? Siap ronda naik motor. Tu yang Mak bising. Tak kira lagi ayam peliharaan tak boleh sembelih sebab dia sayang. Sabar ajer la.
Ni masa Selasa malam, senyum je Mak. Nampak sihat tapi pukul 11.00pm start demam and weak balik. Denggi ni memang so random. Sekejap ok, sekejap tak. Senak perut I masa Mak tak sihat. Sedih.
Tq Cik Mah Engku and anak menantu datang melawat Mak.
Ni Cik Nab Mahyuddin drop by dengan anak menantu as well. Ada ramai lagi visit Mak. Ada Pakcik Tabang and Family, kawan-kawan Kaklong semua. Terima kasih :) Belakang tu la Bilik Pengasingan yang Mak takotkan I tu. Cerah je kan? Tu buat I takot.
Masa Mak call Kaklong, kata Mak ‘Misi’ ni buat kerja ok tapi kasar sikit
la. Libas-libas Mak dekat kaki. Hahaha. Kata Kaklong, ‘Misi Mak tu asal kerja kat rumah Mayat. Lepas tu perangai kasar dia
kena tukar la kat Wad Pempuan’. Hahahaha. Wajaq Kaklong. Malam tadi turn
Kaklong pulak jaga Mak. Kata Kaklong, Mak ok malam tadi. Jaga pon sekali. So
dia dapat la tido dekat katil sebelah sejam. I dengan De jawab, ‘Untunglaaaaaaaaaaaaaaaa’.
Kata Doktor, if Mak tak demam and reading platelet
naik, Mak dah boleh discharge la. Lepas tu Abang Long suruh Mak rehat dekat KL.
Sebab kalau dia duduk kat Jengka nanti dia asyik nak mengemas. Denggi ni badan
akan rasa lemah makan minggu jugak. So Mak kena cukup rehat. Nanti weekend, I
sewakan la Mak hotel. Kami rehat dekat hotel. Maybe carik service apartment
sebab nak sumbat seisi keluarga. Saja je. Kasik mak relax sikit. Dia pon macam
seronok je tu bila I cerita.
I pon dah kena Denggi 2 kali. Sekali Denggi Berdarah, platelet turun sampai 50
back in 2003. Lepas tu 2006 kena lagi sekali Denggi biasa. Kata Doktor, sekali
lagi Denggi I goal la. Hahaha. Masa yang first time kena tu I kena admitted 8
hari dekat PUSRAWI Jalan Ipoh. Rasa badan memang tak larat sangat sampai I
cakap, kalau nak mati pon I ok. Tak larat sangat-sangat. Time tu anak buah I
Along pon denggi jugak. Tapi dia masuk lambat dari I, keluar lagi awal. I
bengang terus minum 100 plus sampai nak termuntah. Ada la 5 tahun I tak boleh
tengok 100 plus sebab phobia.
Kitorang dah bagi Mak 100 plus, sup ketam, juice
pucuk betik dengan juice kiwi+kurma. Itu semua mengikut nasihat and pengalaman.
Ada yang cakap bagi air zam-zam as well dengan air jambu batu. Denggi ni memang
takde ubat. Just kena rehat banyak and minum banyak air. Tido kena cukup.
Paling teruk pon kena buat blood transfusion. Tapi tanak la sampai macam tu kan?
Sebab ada je kes Denggi yang membawak ke mati. Nauzubillah mintak dijauhkan
dari keluarga kami dan korang semua yang baca entry ni.
I nak mintak tolong doakan Mak I cepat sembuh ye?
InsyaAllah esok (Jumaat) I balik la Jengka semula if Mak still tak discharge.
Pada yang komen dekat IG/FB and personal message terima kasih banyak-banyak
sebab concern. Terima kasih sebab selalu buat baik pada I sekeluarga.
Alhamdulillah… Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan korang. I really really
really appreciate it. InsyaAllah Mak akan ok. Dia kena ok sebab Mak je yang I
ada. Dia la semangat kitorang. So dia kena sihat. Dia kena sihat sampai Shein
kawen nanti. Kalau nak mati pon, biar I yang mati dulu. So dia kena sihat.
Untuk Mak, get well soon. Kalau cakap melayu, semoga cepat sembuh. Hehe.
-eNd-
6 comments:
Get well soon mak! <3 hihi
sue lepas sihat minta mak gf rehat byk2 tau...jangan buat keje berat sementara nak recovery
kak su.
selama ni i jarang komen . tapi hari2 buka blog kak su.
kali ni entry kak su sangat sedih. dapat rasa perasaan kak su.
emak kan. sape tak sedih? kak su be stay strong okay. kak su baik hati. i doakan Allah balas balik semua kebaikan kak su dengan perkara2 yang menggembirakan kak su, esepcially mak kaksu.
i doa untuk kak su sekeluarga. jangan sedih2 okay. kak su la blogger paling baik hati i rasa. ikhlas tau.
okay kak su. stay strong! kem salam mak kak su yang comel tu.
orang baik hati macam kak su ni, Allah akan gandakan lagi beribu kebaikan untuk kak su.
TAKE CARE !
Salam kaksu..dulu ayah sy pun pernah kena denggi..sampai masuk icu..selain makan ubat doktor..ayah makan buah tembikai merah byk2..sbb ayah ada gout jd sup ketam x boleh..bila mkn jus pucuk betik tu platelet ayah jd makin menurun..
Mak kaksu admitted hospital mne? Kenape bg kerusi plastik tu? Sy kalo kena masuk ward dekat hospital ppum org yg stay night dapat kerusi malas lipat tu..
Harap mak kaksu cepat sembuh..
semoga mak cepat sihat...sy pon baru sihat sepenuhnya denggi bulan 8 aritu...sakit ujung bulan 6....huhu
lg satu nak share, sy ambik ubat homopati...dan air zam-zam amalkan hari2..alhamdulillah...cepat sihat kak su...
air zam2 boleh beli kat tabung haji...kalau nk leh kt tanya ada stok x
semoga cepat sihat
aqilah azmi : tq :) nak uweeet
Mimy hamid : ha a. memang dah pesan. sebab tu ajak dia duduk kl ni. kata abg long sebulan. tepu la otak mak aku kt sini. hahahaha
fishah : ha, komen jugak finally. tq ye fishah. malu je kaksu fishah cakap mcm tu. malu dengan Allah sebab dia tau kaksu also kadang2 bukan berapa nak betul tp orang puji2 pulak mcm ni.. hehe
cikel : mak kaksu admit kat hospital jengka. mcm gitu la keadaan dia. but dont worry, kaksu ok jer. asalkan mak depan mata (^_^)
emy tak kecik : air zam2 ada dekat rumah. mmg mak kaksu simpan. nanti mintak dia minum la air zam2. insyaAllah dengan izinNya mak akan cepat la fit balik
Post a Comment