Thursday, December 10, 2015

CASA RESIDENCY WEEKEND GATEWAY - PART II

Assalamualaikum…

Kesinambungan dari entry Part I. So, lepas je dah penat mandi kolam, semua orang naik mandi. Actually tak berapa semua sangat la sebab I, Kaklong and De tak mandi. Tapi insyaAllah ketiak tak la busuk. Tunggu lepas masak la baru semua mandi. Tu yang sampai kering baju dekat badan. Hahaha. Busuk giler perangai. Masak pon pakai towel. Kata kat rumah kan? Toilet la sapa suruh ada 2 je. Masa I tengah semangat nak mandi, toilet full. Bila semua dah siap mandi, I tengah masak dah. So kalau berenti, memang berenti masak terus la sebab dah wangi, nanti bau bawang acane? Taknak la. (Alasan).

Macam I cakap last time, kitorang kat sini memang tadek makan dekat luar at all. Semua masak sendiri siap petang tu boleh buat karipap kentang dengan karipap telur lagi. Dengan limited tools, jadik pulak tu semua. Makan Karipap panas-panas perrrrrghhh.. Sebelum tu jom check out keadaan rumah kitorang macam mana. Sini ada 2 bilik. Each bilik ada toilet sendiri. Tapi takde la bathtub. Ada TV, Ada Hypp Tv and internet Unifi. Bagus. So takde la masalah untuk kanak-kanak dan remaja ni walaupon tak keluar jalan mana, tapi ada internet laju maka semua mengadap la henpon termasuklah Si Shein. Dry and wet kitchen ada, washing machine also ada. Pendek kata, complete la sini. Boleh la hidup InsyaAllah.


Bilik I, Sazli and Shein. Lepas kemas pagi tu, jangan sesiap nak latam-latam tilam ni. Tapi dalam pukul 3.30pm macam tu, Shein membongkang la dengan Abah dia. Dengan hujan dekat luar, layan je tido. I pulak tak boleh nak tido sebab stressed dah janji nak buat karipap dengan Kaklong.



GF nampaknya happy dekat sini. InsyaAllah Mak, kalau Mak suka nanti kita buat macam ni lagi. Anything for you. Nak uweeeeet!!


Kakyang banyak handle bab bebudak. Rajin dia melayan kanak-kanak dekat sini. Bagus. I up gaji you.


Si Shein tengah lawan mata tu sebab ngantuk lepas swimming. Lepas makan nasik lauk Ikan Masak Kicap yang Abah dia suap 3 kali tambah, tak lama lepas tu selamat sampai ke Hong Kong.


Tidak la lawa sangat interior rumah ni, tapi selesa la.


Meja makan jadik tempat sidai towel and shawl. I sakit mata, tapi sebab sidai elok-elok and meja takde cap jari so kira ok la.


Si Kaseh and Aiman melantak-lantak la surf internet. Segala mala parody, dubmash dorang bukak sampai last-last tengok dekat Youtube macam mana nak buat kek. Hahahha.

Ni gambar masa nak masak untuk lunch. Menu lunch tu ialah Ikan Masak Kicap Berempah, sayur bak choy campur cendawan and ayam masak sos tiram and telur dadar. Selera la masing-masing makan. Kelakar la masak dekat sini sebab dengan tools tak cukup lepas tu sempit, so berlaga-laga la bontot. Si Kaklong ketua tukang masak. Bagi arahan je la. I tukang potong-potong je tapi I masak sayur. De bengang je sebab dia beria tumbuk rempah sekali Mak asyik cakap ‘Sayur ni sedapnya’. Mak pulak tak beragak cakap sampai 800 juta kali. Tau la sayang I lebih. Kata De, dia pepenat tumbuk rempah masak ikan tu Mak tak cakap apa pon. Untunglaaaaa. Hahahahaha.


Pisau ada 1 je bawak. Tu yang masak jadik lambat sikit tapi sebab kiter 3 orang chef dekat dapur, so semua smooth la.


Pakai towel pon boleh.


De takyah nak berlakon sangat la. Padahal tadi dia tengah tumbuk rempah. Cakap je nak amek gambar masuk dalam blog, tetiba dah ada dekat sebelah. Haha.


Kakyang amek gambar, lepas tu Kakyang cakap, 'Mana, pandang la camera', Lepas tu Kaklong cakap, 'Kata candid? Mana boleh pandang camera'. Hahahaha.


De meyirap je tengok gambar ni. Kata dia Kaklong berlakon. Hehe


Ikan Cencaru Masak Kicap Berempah. Rempah yang De tumbuk guna kuasa tangan dia. Patut la sedap De! Untuk resepi klik sini.


Sedap la Ikan Cencaru Masak Kicap ni. Letak pulak daun ketumbar dekat atas makin sedap rasa dia. Buat 2 hidangan sebab takot tak cukup. Pinggan bawak dari rumah. Naseb bawak, kalau tak kitorag makan dalam dulang je la ramai-ramai.


Sayur Bak choy masak sos tiram campur ayam and cendawan.


Telur Dadar


Ha, beratur atas meja. Serbuuuuuuuu!!

Siap makan, masing-masing tido. Yerla perut dah kenyang. Nak pulak dekat luar hujan. Memang best la. Pasang aircond satu rumah. Sejuk jer. Sapa suruh sewa mahal kan? So kena la guna semua kemudahan kasik puas hati. I pon lepas mandi dapat la nap sekejap, lepas tu dah nak kena masak karipap plak. Kecoh kitorang dekat dapur masing-masing berebut nak cakap sampai Sazli terjaga. I la tengah gelek adunan kulit karipap, I cakap kat Kaklong I penat and nak berenti. Lepas tu De pon nak berenti sebab penat jugak. Menyirap je Kaklong. Si Shein pulak sebok mengacau. Tau-tau sebesar bola tenis dia main kulit karipap lepas tu Kaklong mintak balik, bagi pulak tu. Tapi sanggup ke nak makan? Hahahaha.

Kitorang buat kerja ramai-ramai memang seronok. Kan De uli adunan and buat bulat-bulat dengan Mak kan? Lepas tu dia campak je dekat I. Naseb la dapat sambut ke tak. I pulak dah siap kasik bulat, campak je dekat Kaklong. Gurau-gurau macam tu dekat dapur. Memang seronok buat kerja. Si Sazli pulak kerjanya nak merepek je. Nak karipap taknak inti, nak klim sendiri la. Sebok je mengacau dekat dapur. Sama naik dengan Shein pulak dia.



Amboi Mak, muncung sangat mulut tu. Kata dia, dia fokus. Haha.


Dorang buat kerja dua orang patut la cepat siap.


Gelek guna alu lesung batu je sebab gelas dekat sini semua bertangkai.


Guna pulak mangkuk ni sebagai acuan bulat.


Siap dah kulit. So selesai tugas I. Next, Kaklong take over.


Siap karipap kentang. Banyak lagi tau? Ni sebahagian je. Dapat la 3 kali goreng tapi habes sekejap je. Makan berebut-rebut. Memang seronok. Berebut yang boleh rampas dekat mulut orang. Haha.


Pandai Kaklong Klim.



Yang ni karipap telur.


Tengok Si Sazli pon nak cuba buat karipap. Tapi dia tak suka inti. Makan kosong je.


Yay dah siappp!!


Yang ni karipap sayur.



Malam tu kitorang makan Ikan Bilis Rangup masak kicap


Sayur buncis dengan cendawan masak sos tiram


Gulai Sardine takde dalam gambar sebab dia dalam periuk. Takde mangkok so serve dalam periuk je. Mak tak kasik ambik gambar. Kata dia tak senonojh. Baikkk.


Esok pagi kitorang buat cekodok ikan bilis makan dengan gulai sardine. Resepi dekat sini.

Seronok and puas hati dapat makan dekat rumah dari breakfast, lunch, tea time and dinner. Lepas siap masak, Kakyang la setel kemaskan dapur. I pulak sapu sampah. Penyapu pon hidup segan mati takmau. (Dyba cakap, Hidup Mati Segan Tak Mau. Hahahahahha) tapi jadiklaaaaaaaaaaaa daripada takde. Boleh jugak sapu sampah. Kitchen napkin pon kitorang mintak dari Host. Mesti tuan rumah ni  pelik kenapa yang dapur berminyak sampai ke lantai. Buat kenduri ke puak-puak ni? Hahahaha. Korang should try habeskan masa sama-sama dengan family macam yang I buat ni. Seronok! Dengan syarat, masak semua sendiri la. The most important thing is, Mak happy. Dia cakap lainkali dia nak pergi tempat lain pulak. Ok sayang. Anything for you J


-eNd-

2 comments:

sofie adie said...

alahai sis....comelnyalah....nasib baik dah makan sebelum baca ni...kalau tak melelah aje tengok makanan ni..

Atie said...

Awat rajin sangat ni kakak:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...