Friday, December 11, 2015

Korea : Day 1 (Part III)

Assalamualaikum..

Sambung balik entry Korea. Masih lagi Day 1 tapi dah final entry. Phewwwwww. Stressed je nak buat entry Korea ni. Ada a few readers yang email tanya kenapa Korea punya entry Day 1 macam tergantung? Dorang nak buat reference sebab ramai yang pergi dalam January and February ni ke Seoul. Musim sejuk, mengadap la korang beku dekat sana. Padan muka (padahal dengki). Yerlaaaaa. Nak sambung la ni. Hahahaha. So, lepas kitorang habes makan dekat Myeondong and balik apartment susun segala mala barang yang macam nak pindah duduk sini terus, dalam pukul 5.00pm macam tu dari Apartment kitorang gerak ke Cheonggyecheon Stream. Semua dah mandi and fresh. 

Sejuk je jalan kaki petang-petang macam ni. Kalau la KL sejuk macam ni, I tak kisah pon pergi kerja jalan kaki. Sungguh!

Sedikit info pasal Cheonggyecheon Stream ni. Cheonggyecheon Stream ni ialah modern public recreation space in downtown Seoul. Ada air pancut buatan manusia dengan sungai sepanjang kira-kira 10.92km. So kalau dekat Malaysia lebih kurang macam Tasik Titiwangsa la. Tapi sini teramat la bersih. Air sungai dia ditengah bandar, jernih macam boleh mandi. Bersih gila langsung takde sampah. Mula dibuka pada tahun 2005 dan seringkali menjadi pilihan penduduk tempatan and pelancong untuk lepak-lepak dekat sini. I pon suka. Dekat tepi jalan ada Coffee House, Ice Cream, Street Food yang bersih and many more. More info pasal Cheonggyecheon Stream ni korang boleh baca dekat sini.



Semua dah mandi and wangi. Suhu lebih kurang dalam 16' macam tu. Tapi makin malam makin sejuk. Time ni boleh lagi nak pakai sweatshirt alone. Kitorang ambik gambar depan apartment. Tengok Si Shein, dapat jugak snap gambar dia tak huru-hara.




Ni sementara naik naik bas. Kitorang naik bas je. Perjalanan lebih kurang dalam 30 minutes macam tu la.


Keputusan yang paling terbaik ialah I beli Aldo Compatto untuk Shein. Sebab stroller ni ringan and portable. Jangan buat pasal la nak bawak Quinny yang bagak-bagak tu. Susah nak handle sebab dekat sini tangga dekat Subway memang tinggi-tinggi.


Lepas kan Shein sekejap, seronok dia lari kesana kesini.


Ni dekat Bus Stop Seoul Station, lebih kurang dalam 5 minutes perjalanan dari Apartment kitorang.


Orang dekat sini memang banyak guna Public Transport. Kalau I pon suka naik Public Transport sebab sini sejuk. So orang ketiak busuk susah la nak jumpa. Orang gemuk pon jarang nampak. I je la yang gemok. Ni tak tipu.


Tak berat la. 20 KG je pon. (Sambil air mata pon berjujuran)


Kaklong pon sebenarnya kalau dia tak pakai tudung, dia dah boleh jadik part of Korean Community dekat sini. Haha.

Kitorang sampai ke Cheonggyecheon Stream masih awal and tak gelap lagi. So kitorang lepak-lepak layan makan Fish Cake dengan Takoyaki yang terpaling sedap dalam dunia. Seriously sedap. Korang kalau datang Korea, kena makan 2 ni ok? Jangan risau sebab halal. Makan Fish Cake ni sekali dengan sup dia. Perrrghhhh layan giler. I makan 6 batang kot? Sazli pon suka. Makan panas, cuaca sejuk memang layan giler. Time ni Shein dah setel sampai Hong Kong. Dia tido lama giler, dari sampai sini sampai la nak dekat balik baru dia jaga. So kami semua dapat makan dengan aman damai. Tu yang paling penting.


Close up Fish Cake or Odeng dalam bahasa Korea. 1,000 won sebatang (RM3.60). Odeng ni ada 2 jenis, ada yang macam ni and ada yang nipis. Rasa dia sama je.


Terkenang-kenang pulak kesedapan Odeng ni. Dekat Malaysia takde orang nak jual ke?

Lepas makan Odeng, baru la kami gerak ke Cheonggyecheon Stream Bridge. Depan tu je lebih kurang dalam 500 meter tak jauh dari tempat kitorang makan Odeng. Kitorang lepak-lepak ambik gambar. Time ni sejuk menggigil. Memang sejuk giler woi! Macam duduk dalam peti ais. Masa ni I teringat dekat De and Mak dekat Malaysia. Kalau la dorang ada sekali, mesti lagi best. Dekat Korea ni cuma ada a few place je yang provide surau so solat je kat mana-mana asalkan bersih. Lepas take turn solat Maghrib, kitorang turun ke bahagian bawah bridge, berangan amek gambar and lepas tu makan Green Tea Ice Cream pulak dekat Osulloc. Korang check out gambar yang I share ni. Dari Google je sebab harap maklum, camera ada tak bawak keluar, Gopro ada tak pandai nak guna. Bila malam, quality gambar Samsung macam harrreeeem. Haha.


Gambar from Google


Memang cantik suasana malam dekat Stream ni.


Side walk, bawah jambatan macam ni la.


Sungai dia teramat la bersih. Imagine Sungai Klang macam ni..


Ramai sangat orang. Yang putih-putih dekat belakang tu air pancut. 


Kaklong asyik cakap je, 'Tak sangka aku dapat pergi Korea. Tenkiu Kochep bawak aku datang sini'. Terima kasih je? Nak uweeeeeet!!


So kiter kasik chance la dekat Kaklong. Letak gambar dia banyak-banyak.


Cuaca masa ni sejuk lebih kurang dalam 10' macam tu la. I je masih gigih pakai selapis baju. Bising Sazli, kata dia nanti sakit dada.


Korang kalau datang sini takyah la beria nak cecantik pakai heels. Pakai boots yang takde tumit atau nak selesa pakai sports shoes terus macam Kaklong tu.


Air dia jernih sampai nampak ke dasar sungai. Macam mana la orang Korea boleh jadik pembersih sampai macam ni.


Si Shein best la tido. Susu dah, cuaca sejuk. Kena sorang lagi syok la dia.


Hopefully nanti, kita dapat datang Korea lagi dengan adik Shein pulak eh Papa?


Seeeeeejuk!


Sazli and Shein.


I love you Papa. Thank you sebab bawak I dengan Shein ke Korea. Actually Sazli dia tak berapa suka Korea, Jepun, Bali etc. Tapi sebab I suka, dia ok je la pergi. Hehe. Tenkiu Papa.


Dengan Ellis. Birthday I sambut dekat Korea, Ellis taknak kalah so birthday dia, sambut dekat Paris. Menyampah. Hahaha.

Lepas jalan-jalan buang masa. I ajak dorang singgah Osulloc sebab tak tahan tengok gambar Green Tea Ice Cream. Lagipon dekat luar tu sejuk giler. Masuk je dalam kedai warm je sebab dorang pasang warmer dekat lantai. So lebih selesa duduk dalam kedai sebenarnya. Dekat Malaysia, if nak sejuk kena masuk mall kan? Dekat sini terbalik. Hahahaha. Lama jugak kitorang lepak sini. Sesambil layan hot drinks and ice cream boleh la Sazli isap rokok. Dekat Korea, orang takde isap rokok in public. If nak isap rokok kena sorok-sorok belakang bangunan or bawah pokok.


Semua dessert dekat sini ada green tea dalam dia.


Close up


I cuba makan 1 cup of Green Tea Ice Cream. Sedapnyaaaaaaa


Korang kena try ok?


Harga lebih kurang dalam 4,000won (RM14.50)


Muni ni coffee addict. Mana-mana pon mesti nak minum coffee. Yang dia minum tu is Green Tea Coffee kan Muni? 


Ellis punya. Cantik la air dia ni.

Lepas keluar dari Osulloc, kitorang pon gerak balik. Tapi jalan slow-slow la layan scenery walaupon bangunan jer. Sesambil tu ambik gambar lagi walaupon kualiti setarap jamban, tapi takper. Cheonggyecheon Stream ni sentiasa penuh je dengan orang. Meriah je I tengok. If datang sini, layan minum coffee tepi street, lepas tu bila bercakap keluar asap mesti layan giler. Hahaha. Cakap pon sengaja je tambah 'h' dekat belakang sebab nak bagi nampak asap. Ongkampung jakun macam ni ler. Hahaha.


Lain macam pulak bentuk jambatan ni eh Kaklong? Macam biasa nampak kata Kaklong. Tapi dia lupa dekat mana. Hahahaha. Bongok. Tak sampai sehari pon dah luper ke? Hehe.


Auuuuwwwww


Nak jugaaaaakkk


Yang ni kitorang ambik gambar masa dekat depan-depan bangunan mana-mana entah pon. Tapi cantik la dekat sini. Depan bangunan dekat Malaysia memang takde la macam ni. I love Korea. (Tetiba)


Kaklong Kecik, Ellis (Adik beradik size S), I and Kaklong Besar (Adik beradik size L) Hahahaha.

Sampai je dekat Seoul Station, Sazli and Shein balik apartment terus, while we ladies, shopping groceries. Yang macam I cerita dalam entry ni. Kitorang beli dekat Lotte Mart Seoul Station betul-betul depan apartment kitorang. Macam I cakap, if korang happen to visit Korea bebila, if nak carik tempat tinggal, carik la yang dekat dengan Station Subway/Train/Bas semua ni. Memang memudahkan hidup korang more. OK? Ok sekian sahaja entry untuk Day 1. Lepas ni ada lagi 6 days. Ha mampos. Hahahaha.


-eNd-

2 comments:

Ease Elias said...

haaa..mcm ni la kak..haha..sy gelak sakan part batu jambatan tu mcm da biasa nmpk..haha..kak long tu dari sampai asyik buat lawak je kan...ok kak..gigihkan lagi 6 hari..chaiyookkk!!

!EFIL said...

Adik shein? Jeng jeng jenggggg