Tuesday, December 29, 2015

Homemade Playdoh Recipe

Assalamualaikum

Masa balik kampung bebaru ni, kitorang buat Kuih Koci. Bapak la sedap hoi kuih koci kitorang! (Sendiri masak sendiri puji. Kah kah kah). Nanti I share resepi dengan korang macam mana nak buat ok? Kitorang prepare everything from scratch. Daun pisang pon ambik dari rumah Mak. Tapi tu la kalau dah ramai-ramai dekat dapur, memang huru-hara la jadiknya. I, Kaklong, De and Kakyang kongsi-kongsi kerja. Mak Supervisor so dia out. Dia duduk tepi sambil bagi arahan macam Makcik Kentin jer. Haha. Kaklong buat inti, De prepare adunan tepung. I dengan Kakyang setelkan daun pisang lepas tu Shein pon nak jugak tu ‘menolong’. Sebok je dia tau? Sambil tumbas buat kerja. Sama bizi dia dengan kitorang.

Adunan kuih koci dah dapat sepenumbuk dekat dia. Adunan tu kan campuran tepung ubi dengan tepung pulut hitam? So lama-lama dia akan keras and berderai. Bila dah keras, Shein hulur tangan mintak dekat Ibu (De) adunan. Hahahaha. Haritu masa buat karipap pon Shein kacau jugak sampai dapat adunan besar dekat dia. Sabar ajer la. Tu I ada offer dia nak bagi sebesen terus tepung terus dia cakap 'Yayyyy!'. Member lagi la suka. Banyak cantik muka ko? Hahaha.


Tak boleh jadi ni. I kena bagi dia menda lain supaya takyah menyebok sangat dekat kitorang. Tingat Illy Ariffin pernah share buat homemade playdoh. So I pon try la buat. Lagipon bahan semua ada. Sekejap je nak buat. Bahan pon simple. Korang cuma perlu tepung gandum, garam halus, pewarna makanan (I guna pewarna kuning and sirap untuk warna merah) lepas tu air suam and sedikit minyak. Dah boleh buat! Shein suka la main. Muka serious je. Lepas tu tak kacau dah kitorang buat kerja. Dia punya kusyuk sampai kitorang dah siap semua pon dia nak main lagi. Makan pon dah taknak. Punya la seronok. Korang boleh la cuba buat ni untuk anak-anak korang. Mesti bebudak tu suka. Tapi kalau nak main, jangan bagi atas karpet la. Bercinta nak kemas balik.


I buat 2 adunan. Warna kuning and merah. Sebab tu je yang ada dekat rumah. Actually kalau korang nak lagi banyak kaler pon boleh. Boleh experiment guna kaler homemade macam purple guna bunga telang, hijau guna juice daun pucuk ubi blender. Ambik je la bunga mana-mana yang ada dekat sekiling rumah. Takde hal. lagi seronok macam tu.



Shein siap nak guna whisk. Konon dia la yang buat semua tu. Podah! Kakyang time ni melayan Si Sheindong. Kakyang buat orang, Shein musnahkan. I buat bunga, Shein ramas. Menyirap je dia ni.


Puas Shein main. I nampak dia ada curi-curi makan. Hahahaha. Masin la gong! Secawan kot garam ada dalam tu.

Cara Membuatnya

Campurkan 2 cawan tepung gandum dengan secawan garam paling halus yang korang ada dekat rumah. Masukkan air suam. Air tu masuk sikit-sikit. Sesambil tu masukkan sesudu besar minyak. Lepas tu uli la sampai sebati. Asingkan kedalam 2 bekas lepas tu masukkan pewarna apa yang korang nak. Siap!


Homemade Playdoh. Senang je nak buat. Bebudak pon suka. Yang kaler merah ni I guna pati sirap ros Mak. Hehe.


Warna Kuning I guna yang ada dalam peti ais Mak.


Seronok la Si Sheindong. Dia masukkan semua playdoh ni dalam whisk. Sumbat sumbat sampai penuh.


Mata menjeling je dekat Mak. tak puas hati Mak pon main jugak. Haha.


Seorang Shein pon sangat la gembira sampai taknak makan.


Habes segala tepung masuk dalam seluar dia.


Time ni la dia curi makan tepung ni. Kakyang buatkan dia misai dia penyet sampai jadik macam ni.

Nanti bebila I nak buat lagi la. Memang seronok main. Murah pulak tu. Korang guna la acuan bunga ke, orang ke. Any acuan yang korang ada dekat rumah. Haritu Mak bagi acuan cartoon. Tempat agar-agar. Pon boleh. Tapi Shein ni macam resaksa gorgon ok? Habes dia musnahkan semua. I buat bunga rose lawa jugak. Shein nampak and penyet. Nak nanges pon ada. Tak sempat nak ambik gambar. Boleh buat kereta and macam-macam lagi la. Jangan lupa cuba ok? Nak uweeeeeeet!!!!

-eNd-

2 comments:

mama tisya said...

ada tgk homemade playdoh ni tp blum cuba...bdk2 mmg suka main playdoh

Chooyaya! said...

mama tisya : boleh la cuba sebab nak buat senang je,
and murah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...