Assalamualaikum..
Masa Isnin I pergi la Ikea (carik barang office) lepas
tu tetiba tekak tingin nak makan Cupcake. I nak vanilla cupcake dengan butter
cream frosting je. Taknak Red Velvet ke apa. Memang kekadang tekak I nak makan
yang simple-simple je. Cis. Taip ni pon dah terliur. Tak boleh jadik. Lunch
karang kena la carik dekat Bisoux. Kata Dyba and Intan, ‘Be-sa-ut’. Hahahaha.
Tetiba nama kedai kek dekat KLCC dah jadi macam nama tempat dekat Terengganu.
So, I ajak la Izzah seberang jalan pergi The Curve, sekali takde kedai cupcake
dah dekat sana. Cupcake Chic pon dah tutup. Sampai hati sangat. Kata Abang
dekat information, ada booth jual cupcake dekat tengah-tengah tu tapi I tengok
krim dia, I dah tau ni jenis krim dekat kedai kek cap ayam. Yang berminyak tapi
tak manis tu. So takper la. Baik takyah beli dari I kecewa.
Jalan punya jalan, I nampak ada Macaron Ice-cream.
Tengok size kecik. Tapi harga boleh tahan mahal. Usually RM12.90 macam tu per
pcs, tapi now ada sale jadik RM7.40. Harga exactly I tak berapa perasan tapi
lebih kurang macam tu la. So I pon try. Ikut tekak I, I kena makan 4 paling
kurang kalau size macam ni tapi rasa macam tak worth it pulak to pay this time.
Macam mahal. But nak cuba punya pasal, boleh la. Pejam mata je beli. Ikutkan I
ni jenis tak berkira bab makan tapi entah kenapa kalini rasa macam mahal sangat
pulak harga Macaron Ice-cream ni. Kalau beli Nasik Bajet dah dapat 2 bungkus.
Kenyang pulak tu. Hahahaha.
Macaron kurang manis, kapit dengan ice-cream vanilla tengah-tengah. 1 tak cukup, 2 tak cukup, bagi cukup-cukup! *tetiba ternyanyi lagu sorak sukan. Haha.
Close up Macaron Ice Cream by Seven Recipes
Free topping. I ambik colorful chocolate rice
Sebenarnya macaron ice cream ni sama la macam
macaron biasa. Tapi size dia besar sikit and tengah-tengah dia ada ice-cream.
Masa dekat Korea ada banyak menda ni, tapi I tak makan pon. Tak tau kenapa tak
makan. Bodoh sangat. So, masa I makan memang sedap la. Macaroon dia tak manis
sangat and vanilla ice-cream dia pon OMG seeeeeedaaaaap! Rasa macam nak patah
balik beli lagi 3 tapi tak jadik sebab kalau makan 4 dah jadik almost RM30.00
perrrghhh mahal sangat. Balik tu, I mengadu pada Huda. Kenapa Macaroon
Ice-Cream ni mahal sangat… Kata Huda, nak buat macaroon kan susah? So maybe dia
jadik mahal sebab harga service. Iyerrrlaaaaaa. Lepas tu I paksa Huda buat
Macaron Ice-cream ni jugak. I nak makan 6 sekaligus. Baru puas hati.
Pada sesiapa yang teringin, korang boleh la pergi
ke The Curve dekat entrance berdepan Ikea. Dekat-dekat dengan Starbucks. Dorang
ada bukak booth dekat situ. Nama booth tu ialah Seven Recipes. Dorang ada jual
Ice-cream cake as well. I punya warning, makan satu memang tak cukup. Kena
makan 3 4 baru puas hati. Sediakan ajer la duit. Ok?
Also known as 7flavors
WhatsApp/Text Only : 012-2857081
-eNd-
3 comments:
1st time tgk macaron eskrem..biasa mkn macaron biasa je
mama tisya : kena cuba. sebab yang ni lagi sedap!
mengancam jaa tgk dessert takpernah try dengan ice cream lagi kena cuba ni :)
Post a Comment