Assalamualaikum…
Masa dekat Korea, everyday kitorang makan Kimchi.
Ada satu masa, bila makan takde kimchi rasa macam tak complete. Cecece. Over
sangat. Flight dari Seoul ke KL kitorang dapat makan Kimchi dalam kapalterbang.
Bersungguh-sungguh makan. Haha. Kata Sazli, tak sangka pulak kimchi ni sedap
macam ni. Menyesal tak makan dari dulu (poyo lol). Sebab kitorang kan suka makan
makanan Jepun? Korean Food memang jarang sangat makan sebab taktau nak makan
apa. Ingatkan makanan Korea setakat Shin Ramyun (Mi Segera overrated tu) je.
Rupanya ada Dakgalbi, Bulgogi, Tteokbokki, segala mala guk (sup), Jjigae, Bi
Bimbap and tok nenek jang kejang yang macam nama penyakit sawan pon ada. Melambak
ok?
Macam yang I cakap semalam, masa dekat Korea,
kitorang takde la all the time makan dekat luar. Pagi, Kaklong Kecik akan masak
untuk kitorang semua dengan bantuan Kaklong Besar heavy breakfast terus. Yang
specialnya dekat sini, everyday Kaklong Kecik akan masak Korean Dish. Best
giler! Sarap Kaklong akan buat Nasi Goreng Kimchi. Makan dengan Ikan Mackerel
Grill, Ulam lada hijau korea tu and balut dengan Lotte Seaweed tu. Perrrghhh layan giler. Kaklong also masak
Spicy Toufu Soup (Soondubu Jjiggae) and Korean Pancake (Pajeon) as well. Puas
hati sangat makan. Semua ni kitorang Kaklong Kecik masak sendiri je
dekat apartment complete dengan Korean touch punya rasa. Ada la dia letak hot chili paste (gochujang) dengan sesame oil (chamgireum).
Kitorang spend lebih kurang dalam 40,000 won
(RM145.00) seorang untuk 7 hari dekat sana. Beli segala mala macam nasi segera, minyak,
bawang, ikan, sayur, soft tofu, seaweed, air, snacks, coffee, sugar etc dekat Lotte
Mart depan apartment kitorang. By the time nak balik, semua barang setel dalam
peti ais. Takde pembaziran. Bagussss giler kitorang bajet makan. So kat sini
memang banyak jimat la sebab makan dekat rumah. Tapi tadek la tak makan kat
luar langsung, kang nanti sesia la pergi Korea if kedeks nak spend untuk makan
dekat Halal Restaurant dekat sana. Tak gitu?
Kimchi ada banyak jenis. Ada yang mahal, ada yang murah. Kena hati-hati beli sebab ada yang contain ba alip ba ya. Ambik yang 100% vegetarian. I suka yang kobis putih punya tu. Makan semangkuk pon layan je. Dekat Malaysia mahal giler ok Kimchi ni? I beli tadi dekat JJ satu bekas paling kecik tu dah dekat RM10.00, suap 5 kali setel.
Penuh trolley. Siap ada snack sekali. Apple honey finger snack tu sedap sangat! I beli dekat Ampang haritu size kecik je dah almost RM8.00, palotak dia la. Ikan mackerel dah siap siang. Tinggal nak masak je. Lepas tu Lotte Seaweed buat ulam. Masa dekat sana, berak pon laju je sebab seaweed tu kan hi-fiber. Kaklong Besar je tahan-tahan makan sebab dia malas nak berak tengah jalan. Dia memang ada masalah kalau nak berak, kena berak terus. Tak boleh nak tahan dah. Bontot dia dah loose. Haha.
Ni la Seaweed sedap tu. Dekat Malaysia takde. Ada la macam ni tapi brand lain. Dah la mahal ok? Satu pack yang ada 8 pack kecik dekat Malaysia RM19.90. Kat sana 1 pack dalam dia ada 20 pack kecik tu baru dalam 5,500 (RM20.00)
Muni ko kenapa muka seposen sangat? Hahaha. Lotte Mart ni memang best la. Orang Korea ni pemalas. Semua menda segera. Nasik Segera pon ada. Sabar je la Mak Jemah.
Nasi Goreng Kimchi by Kaklong Kecik memang sedap. Makan waktu tengah sejuk, perrrrrghhhh layan habes wa cakap lu.
Ulam cili hijau Korea ni pulak. Rasa dia pedas, tak maung tapi rangup. Sedap la hoi! Sazli makan buat ulam krup krap selamba je. Kita yang tak lapar pon jadik lapar tengok Sazli ulam cili. Kaklong Besar pandang seram je, dia cakap tingin nak makan tapi takot berak merata. Hahahaha.
Kita makan macam ni. Amek seaweed, letak nasik and cili lepas tu bungkus. Bestnyaaaaa.
Ottogi Cooked Rice. Cara nak prepare senang je. Just pre-heat dalam microwave and you done. I tengok dekat Ampang haritu ada. RM8.00 sebekas ni. Mahal la banding dari sana. Sepanjang dekat Korea, memang kitorang makan nasik ni je la. Sedap!
Telur Dadar (Haemulpajeon)
Ikan Mackerel Grill (Godeungeo-gui). Tak payah nak grill sangat la. Padahal Kaklong Kecik bakar je atas frying pan. Guna minyak sikit je. Only letak garam. Tu pon dah sedap sangat-sangat.
Spinach aka bayam. Bayam dekat sini segar sangat-sangat. Kaklong Besar memang take time sambil berangan dalam mart, layan sayur sampai nak meleleh air mata pegang sayur. haha. kesian.
Spicy Soft Tofu Stew with Kimchi Soup (Soondubu Jjiage). Kaklong up letak cendawan. Bertambah la sedap.
Nasik + Telur + ikan + sayur + cili + seaweed + tofu soup
Heaven sangat! Ni Sazli punya plate. Memang layan la makan macam ni dikala suhu diluar mencecah 10'.
Dua orang ni la yang paling 'menolong' sangat. Haha. Ellis manja giler dengan Kaklong dia. Dia lupa kot umur dia 40 tahun. Sekajap kang Kaklongggg... M E N G A D A. Haha.
Sepanjang duduk dekat Korea ni, alhamdulillah makan tadek hal. I boleh hidup dekat sini InsyaAllah. Nak pulak duduk serumah dengan Kaklong Kecik, memang best la. Kita memang tak pernah lapar. Kekadang petang tu dah heavy meal, malam bila Ellis lapar dia cakap pada Kaklong dia, 'Kaklong, Ellis lapar. Awak masak la'. Sepantas kilat Kaklong Kecik bangun and masak. Ada Kaklong masak Mee Goreng jugak. Walaupon simple tadek sos cili (Malaysia cannot live without sos cili) tapi sedap jugak pon. Dekat sini, I takde teringat roti canai or nasik lemak or sambal air mata langsung. Tak macam dekat Europe dulu, baru 3 hari I dah meroyan nak nasik. Hahaha.
-eNd-
No comments:
Post a Comment