Sunday, December 6, 2015

Dadih Hirup Aloq Staq - Sedap Gila Bak Ang!

Assalamualaikum...

I dah lama dah perati dalam IG pasal orang dok minum Dadih Hirup Aloq Staq. Tingin jugak nak try, tapi mana nak dapat dekat KL? Masa ada Hari Puspanita dekat opis I bebaru ni, I ada la try Dadih Hirup jenama lain tapi rasa macam tak berapa kena dengan tekak I. Kata dadih hirup? Dah kalo hirup kena la lembut. Kan? Ni keras sampai kena tunggang baru boleh rasa. Dah la sampai jatuh dekat tudung sebab beria tonggang. Lulz. Lepas tu ada yang tak manis langsung, and ada yang manis giler sampai tahap potong kaki. So kiranya I dah macam give up la dengan sejenis Dadih Hirup ni. 

Sehinggalah masa Rabu bebaru ni Sya (Blog Reader) offer I untuk rasa Dadih Hirup Aloq Staq maka pada masa itu, berubah sudah la anggapan I pada Dadih Hirup sebab I ingat Dadih Hirup mesti rasa sama je macam yang I rasa last time. Tak seeeeedaaaaaaap! But not this one.

Sekian dimaklumkan I memang la sangaaaat cerewet bab makan. If korang tengok review makan dalam blog ni, memang I cakap ikhlas je. Sedap I akan cakap sedap, tak sedap also I akan bagitau. Tapi usually yang tak sedap I tak share sangat la sebab rasa macam buang masa taip, letak gambar, membebel 2 3 peranggan padahal tak sedap. Buat apa kan? But this Dadih Hirup Aloq Staq I tell you, BAPAK la sedap! I boleh habes 4 botol ni selamba. Ok? Selambaaaaaa. Masa first sedut, rasa macam HOI KO NI DADIH JE, APEHAL YANG NAK SEDAP SANGAT MACAM NI??? Tak puas hati, I mintak Dyba, Intan, Sarah and Izzah rasa. Sudahnya esok, kitorang order 28 botol Dadih hirup dari Sya, Muahahahahhahahahha.



Ada 4 perisa. Coklat, Strawberry, Original and Jagung.



Dadih Hirup Aloq Staq dah sampai KL tuuuuu.


Jagung ni ramai yang tak order sebab dorang tak rasa lagi. Lepas rasa, ko tau la kan macam mana naseb ko nak siang terbayang malam merindu.


Minum time sejuk-sejuk. Perrrrghhhh... Sejuk je masuk tekak.

Tengok la Intan, terlalu mencintau Dadih Hirup Aloq Staq.

I punya favorite flavor surprisingly is Original. Sama macam Izzah. Sedap sangat sangat sangat. Dyba suka coklat, sama macam Sarah la. Intan suka semua sebab dia tak boleh nak decide mana yang dia suka. Boleh? Menda simple macam ni pon Intan tak boleh nak buat keputusan. Hahahahaha. Haritu I beli 6. Ingat nak kongsi dengan family, tapi tetiba terlayan sorang-sorang je and taknak share dengan orang. Termasuk la Shein. HAHAHAHAHA. Takper la, next week nak order lagi. Kakak-kakak kat office ni pon tanya bila Dadih Hirup Aloq Staq nak delivery. Haritu masa orang tanya nak ke taknak, eksyen.

Anyway, kalau korang dekat KL teringin nak rasa don't worry. Takyah pergi sampai ke Kedah sana. Dadih Hirup Aloq Staq akan delivery next to your doorstep. No delivery charge untuk Lembah Klang with minimum order sebanyak 10 botol. Sebotol harga dia RM7.00, kalau beli 15 botol keatas, satu akan jadik RM6.50 and kalau beli lagi baaaaaaaaaaaaanyak akan jadik lebih murah ler. Tapi I punya amaran, if baru pertama kali order jangan la amek 2 botol je. Please. Nanti menyesal. Serious ni I cakap. Rasa semuaaaaaaaaaaaa perisa lepas tu InsyaAllah korang maybe akan jadik macam Intan. Tak boleh decide mana yang paling sedap. Hahahahha.

Call/Whatsapp : +601111165963
Based on Damansara/Mont Kiara
Open for Dropship/Agent

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...