Monday, December 7, 2015

Resepi Cucur Ikan Bilis Terpaling Sedap

Assalamualaikum..

Pagi semalam masa dekat Casa Residency (yang I bawak Mak and family rehat-rehat over weekend dekat sana), Kaklong buat Cekodok aka Cucur Ikan Bilis yang terpaling sedap dalam dunia. Yang ni lagi seeeedap dari Cucur Ikan Bilis Nailis. Seriously korang kena try. Kaklong pon admit, ni la cucur paling sedap dia pernah buat. Perfect dengan lembut, rangup semua cukup. Cicah pulak dengan Gulai Ikan Sardine left-over malam tadi memang I makan 2 pinggan la. Masak sebesen, setel sekelip mata. Hahahaha. Taktau la sedap sangat atau memasing kebulur.  Bahan-bahan, kitorang guna apa yang ada dekat dalam peti ais sebab nak habeskan stok, tetiba APA NI YANG SEDAP SANGAT NI? So here we go the hentam resepi yang tak sengaja tersedap ni. Korang kena cuba. Baru tau macam mana penangan cucur bilis ni.



Cucur Ikan Bilis Terpaling Sedap dengan Gulai Sardine



Bahan-Bahan 
  1. 2 peket Tepung Cucur Ikan Bilis Adabi
  2. 1 cawan Tepung Gandum Cap Sauh
  3. ½ cawan Tepung Beras
  4. 1 biji kentang – dipotong halus panjang
  5. Suku Kobis – dipotong halus
  6. 1 biji bawang besar – dipotong dadu
  7. 1 pokok daun bawang
  8. 1 pokok daun sup
  9. 10 biji cili padi -  dipotong halus
  10. Air untuk membancuh adunan – sedikit cair
  11. Sedikit Garam
  12. Minyak Untuk Menggoreng


Cara-Cara Membuatnya
  • Memula masukkan kesemua jenis tepung kedalam bekas. Mix well and masukkan air yang dibancuh dengan garam. Bancuh cair sikit dari adunan biasa korang buat tapi jangan la cair macam nak buat lempeng pulak
  • Masukkan kesemua tumbuh-tumbuhan sayur-sayuran tadi
  • Panaskan minyak
  • Bila minyak dah panas, korang amek adunan guna sudu, lepas letak dalam minyak panas dengan cara paling imperfect sekali. Leper-leperkan. Itu yang buat rangup. Jangan beria nak bentuk sama bulat ke apa bukan dapat hadiah pon kalau bentuk sama je semua
  • Lepas tu paling-palingkan and masak hingga kekuningan
  • Angkat and toskan.




Kasik close up sikit. Nampak pon dah tau sedap and rangup


Tepung Cucur Ikan Bilis Adabi

Cucur Ikan Bilis ni walaupon dah sejuk still rangup. Rahsia dia? Sebab guna Tepung Beras. Langsung tak soggy and seeeeedap giler. Takyah masuk ikan bilis sebab dalam Tepung Cucur Ikan Bilis Adabi dah ada ikan bilis. Ada orang suka bancuh dengan air suam, I tak suka sebab nanti serap minyak sangat. Telur pon takyah letak dah sebab adunan ni memang dah lembut dah pun. Lain kali nak buat lagi la. Tenkiu Kaklong sebab always feed me dengan makanan yang sedap-sedap. Kata De, tangan Kaklong ni berseni. Buat apa pon menjadi je. Untunglaaaaaaaaaaaaaaaaa. I pulak untung jugak sebab kata Dyba and Intan, I makan apaaaaaaaa pon mesti nampak selera je. Itu pon kira bakat tu. Hehe.

-eNd-

3 comments:

Dyba Dbuh said...

SEDAPNYAAA..mintak kolong buatkan laaa kaksu...

Chooyaya! said...

Dyba : Bak SEMUA bahan, lepas tu upah RM20.00

Norma NML said...

sedapnya ..nyum2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...