Tuesday, December 22, 2015

Year End Concert Sekolah Shein (BBI) 2015

Assalamualaikum..

Sebelum penutup last semester sekolah Shein untuk 2015 ni, last week dorang buat Year End Concert 2015. Shein pon involve jugak. Budak kelas dia (Umur 3-6 years old) ada nyanyi lagu ABC song siap ada props bas segala. Yang lain semua menyanyi except dia and this one little girl sebaya dia jugak nama Zara. Dorang dua jadik props je la. Hahaha. Shein suppose to sit dalam bas tu dari mula lagu sampai habes tapi sekian dimaklumkan, that day is not his day. Usually dia ok je and akan sing along (use his language) and enjoy his performance tapi sebab Abah and Mama ada sekali this time so dia pon manja terlebih, moody and tak nak take part. Tak start nyanyi lagi dia dah nanges. Dah la jadik prop je, tu pon nak nanges. Kau ni memang kan Shein? Hahahaha. 

Tapi takper la, dia pon baru 3 years old. Last time Eusoff also macam tu, but now dia dah boleh nyanyi atas stage. InsyaAllah by next year Shein ada improvement la tu. I agak, Shein yang paling muda dalam kelas dia. Yang lain semua 4 years old ke atas sampai la 16-17 tahun. Muda dari Shein takde sebab sini sekolah, bukan nursery/day care and dorang bukan under JKM tapi KPM. Dekat Bulding Blocks International ni dorang guna Cambridge International Education (IGCSE) and A' Level as dorang punya core kurikulum. So dekat sini tadek la UPSR, PT3 or SPM tapi A Level. Konsep dia macam Home School. They created a home in a school, and a school away from school. Gitu.

I plan nak letak Shein sampai umur 6 tahun je dekat sini. Lepas tu masuk la sekolah biasa yang pergi sekolah pakai uniform and ikut normal program yang macam KPM tentukan. Tengok la rezeki Abah Shein macam mana. Sebab I tengok Sazli macam suka sekolah international macam ni. Budak-budak dia semua behave, jenis hormat orang tua, sesama peer dorang baik and takde ganas-ganas. Sazli berangan la nanti Shein pergi sekolah well behave macam student yang besar-besar dekat sini. Amek la yang half day punya. Petang pergi belajar mengaji. So balance la. InsyaAllah.


This year dorang buat Year End Concert dekat Yamaha Great Eastern Mall.



Yang ni semua get ready nak Taekwondo. Shein tak masuk pon untuk performance sebab dia buat ikut suka hati dia jer.


Comel-comel bebudak ni taekwondo. Ada yang salah kaki la. Lepas tu Master dia (Baju kuning dekat belakang tu) akan betulkan. Hahahaha. Ada yang semangat, ada yang macam joget. Tahun depan dah boleh masuk eh Shein?


Johara nyanyi. Umur dia 5 tahun. Tu ada binatang comel-comel dekat belakang sama-sama perform. Lagu binatang kot? Haha.



Ni Group Performance. Nyanyi jugak. Yang duduk tu semua ready nak buat persembahan. Yang baju kuning tu  Mr David/Daud. Owner BBI. Shein takot dengan Mr David ni. Arahan dia sorang je yang dia ikut masa sekat school. Haha.


Yang ni Ryan. Anak Mr. David and Mdm Sharifah (Principle)


Waka-waka Dance


Lepas habes joget, dorang tarik tangan Mommies menari sama. Pakkal la Mama pakai skirt haritu kalau tak memang sama naik la. Haha.


Kau ni kan?


Beria la Mama carikkan seluar hitam. Sebab haritu peer dia kena pakai black pants/red or yellow collar shirt.

Bersama dengan mak-mak student lain. Except yang paling hujung baju turquoise tu grandma Sara, Hana and Julia. Former student BBI yang came for holiday program and sebelah dia Cikgu Shein.

Lepas habes performance, ada light refreshment yang I buat sandwich and dah share recipe dia dekat sini tu. Sazli cakap, naseb la Mak and Bapak tak datang Concert ni, kalau tak sure sia-sia sebab bukan dapat tengok Shein masuk persembahan pon. Dibantainya nanges. Hahaha. Kata Principle Shein, masa dekat sekolah, Shein was good. Ok je dia. Tapi maybe sebab I dengan Sazli ada so dia jadik manja la tu. I pon dah pesan pada Sazli jangan letak harapan sangat nak tengok Shein buat persembahan ni. Sebab dia tu ikut mood. Budak kecik kan, biasa lah. Tapi I dengan Sazli ok je. Still enjoy the performance. Untuk Shein, ada a long way to go lagi. Kalau umur panjang, boleh la tengok Shein buat persembahan untuk Year End Concert 2016. InsyaAllah.

Anyway, untuk korang yang nak tau pasal Building Blocks International boleh click sini. If nak hantar trial pon boleh. Ada 3 days free trial. Sini guna English sebagai bahasa perantara and ada makan dekat sekolah. Makan organic and healthy foods. No snack, candy etc allowed dekat sekolah. Sebab dekat sini, dorang percaya yang makanan sihat tu membantu IQ anak untuk berkembang dengan lebih bagus.

-eNd- 

2 comments:

sofie adie said...

bagusnya ada sekolah macam ni...boleh review awal2 untuk anak2 akan dtg...
^_^!

Alia said...

Aaaaaaaa comelnya Sheiinnnn rasa nak geget geget!

Eh. suka hatije nak gigit anak orang kan. hahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...