Wednesday, December 2, 2015

You Tiao, Cakoi, Char Kway (whatever)

Assalamualaikum…

Sapa pernah makan You Tiao? Sejenis Chinese Food. Kedai ni ada jual sesame ball inti lotus, original and kacang merah as well. Ada pau goreng jugak dengan cakoi. Orang cina panggil char kway. Kalau orang melayu makan cakoi cicah dengan sambal atau kuah kaya. Kuah durian pon ada. Pepandai je modified makanan orang kan? Haha. Kalau I, makan dengan sambal air mata terus. Tapi Chinese dorang makan dengan bubur nasik yang halus tu. Plain congee je. Atas dia cuma ada daun bawang dengan kicap cair. Simple je kan? Air soya dengan taufufa pon ada. Pendek kata semua yang base soya la.

Setelah berzaman teringin nak makan, finally dapat jugak makan tadi dekat Food Republic Pavilion. Long queue. Yang beratur tu Satu Malaysia. Semua bangsa ada. I je la terbangang-bangang taktau nak order ada. Ada sorang Kakak Melayu belakang I, I tanya dia. Kata dia amek set la. Ada air + congee + cakoi sekali. I pon order yang tu jugak. Korang tau kan orang bangang taktau nak order macam mana muka dia kan? Macam tu la muka I tadi. HAHAHAHA. Lepas tu masa abang bangla tanya air, ‘soya hot or cold?’ I jawab ‘Yes’. Bodoh kan? Punya takot tak boleh jawab I jawab Yes jer. Bangang giler. Hahaha. Sebenarnya I tak dengar soalan dia. I ingat dia tanya nak air soya ke? I pon redha je la kena jerkah denga abang air. Dah tetua ni malas dah nak menjawab apa. Haha.


Macam ni makan dia. Cakoi + congee.



Set C berharga RM7.50 . Dapat congee, cakoi and drinks. 


2 batang cakoi and air soya (tak ambik gambar)


Add on I tambah pau goreng inti kacang merah

Kesudahannya I makan cakoi je. Makan 2 suap congee lepas tu rasa meloya. I tak boleh makanan yang tasteless ni. I memang suka makanan yang rich of flavor. Mengada sangat tekak ni. Haritu beria teringin membawak ke mimpi. Ni dah ada depan mata membazir tak makan. If nak suruh I makan boleh, tapi kena ada kuah sup, sambal kicap, ikan bilis, telur masin belaka. Baru I boleh telan. Ni I je la yang tak boleh nak telan. Orang lain ramai je yang suka. Sebab kalau tak, tak la berderet orang beratur nak makan menda ni. Kepada sapa yang teringin, boleh makan dekat Pavilion punya Food Court. Ok?

You Tiao
Food Republic
Top Leader Sdn Bhd
Lot 1.41.00, Level 1
Pavilion Kuala Lumpur
168 Bukit Bintang, 55100 KL

-eNd-

3 comments:

adda syuhada said...

sedapnyaaaaa ...

Akak Kembang said...

waalaikumusalam....sedapnya nampak

Mad Woman said...

cuber try amik yg dried scallop congee die.. sedapssss.. makan with cakoi dieee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...