Friday, January 29, 2016

B,Bap Korean Bistro. SEDAP HOI.

Assalamualaikum..

Sambung la pasal makan Korea semalam. Mana tau nanti weekend esok korang boleh try makan dekat sini untuk cari kelainan. Takkan hari-hari nak makan sambal air mata. Eh. Tu aku! Hahahaha. Nama restoran ni ialah B.Bap. Lokasi dekat Avenue K, atas setingkat dari Sushi Zanmai. Sini sedap la. Seriously sedap and harga tidak la mahal mana. Semalam kitorang amek 3 set nasik + lauk, (heeeeeeeeeeeeeee), appetizer and dessert baru la RM110.00 macam tu jer. Puas makan. Lebih kurang sini harga satu set makanan dalam RM20-RM30 macam tu jer. Portion nasik sikit giler la, mana tak I bedal 2 mangkok. Lepas tu gemok nanti komplen komplen komplen. Hahahaha. Tapi semalam, seriously I makan sekali je. Lepas tu kenyang sampai malam. Rasa puas hati dia taktau nak cakap macam mana. Bagi yang tak biasa makan Korean Foods, kena take time la untuk minat. Nanti lama-lama korang mesti suka.

Macam I dulu pon memula tak boleh terima sebab pedas dia lain macam. Pedas pedar sebab dia guna cili serbuk tu. Lepas tu bila I tengok Sarah makan slowly, nikmati sikit-sikit rasa dalam setiap makanan ni and makan Kimchi dengan penuh nikmat lama-lama baaaru lah I boleh terima. Now Kimchi pon I boleh makan macam tu je. Takyah letak dalam nasik and mee dah. OMG poyo giler I. Haha. Nak pulak ada chance makan dekat Seoul last time, lagi la rasa suka. Teringat kesedapan mackerel bakar. Perrrrrghhh. Makanan Korea ni dia tak sama dengan masakan Jepun. Tapi dia sedap jugak. Jepun sedap lain, Korea sedap yang macam lain. Yang penting, healthy sebab tadek santan-santan semua ni and most of the foods, dia bakar bukan goreng. Korang kena cuba ok? Kalau sayang I kena cuba if not me no fwen you. Bak uwet!


Spicy Seafood Soup (Soon Dubu Jjigae - Beef) RM20.00/set. Yang ni korang kena try. Sebab ni la nadi kepada makanan Korea. Seeedapnyaaaa. Wajib order ok?



Set dia macam ni la. Ada sup, ada nasik lepas tu kimchi, seaweed dengan seketul pajeon (Kimchi pancake)


OMG meleleh air liur tengok ni. I masih ingat rasa smokey sambal dia. Makan dengan nasik pulut tu, pergghhh perrrghh. Yang ni Octopus Bakar (Nakji Bokem) RM24.00/set. Apa nama ada bunyi-bunyi macam Najib ni? Choi.


Mackerel Jeongsik RM27.00. Fresh rasa mackerel ni. Makan dengan kicap masin masam tu. Memang layan.


Memula nak order pajeon (Kimchi Pancake) tapi tak jadik sebab takot tak larat nak bawak badan, so kitorang order Pan Fried Chicken Dumpling (Goon Mandu) Pooon sedap! RM14.00 jer pon.


Muka gembira sebelum dapat makanan. Dah la muka Kaklong ni ada iras-iras Korea. Masa dekat Seoul last time, asal dia nampak orang Korea mesti dia cakap, 'Kimchi hamidaaaaa' Bongok! Hahahaha. Asal Kimchi je namanya cakap Korea konsep dia.


Lincheeeeeen kata ko!


Kata Kaklong, perut dia dah gemok. Haahaha. Kalau makan tauhu semangkok pon portion sampai 3 4 orang punya makan, mana la tak debab.


Still got room for dessert so kite makan Bingsu Green Tea Ice Cream. RM19.00


Kasik close up skek. Bawah dia ada green tea sagat, lepas tu susu sagat, ada kacang merah portion tak kedekut, ada nuts and top with green tea ice cream. Heaven!

Puas hati giler makan kali ni. Next time I nak makan dia punya Kimchi Fried Rice, Tteobokki dengan Bibimbap pulak. Syok la wei. Dah la Avenue K ni sekentut je jarak dari office. Cuma masalahnya nak mengajar bebudak ni makan Korean Food pulak. Sarah ok, dia tolak batu dengan kayu je. Yang lain semua dia makan. Hahahaha. Dekat sini Halal. Of coz la halal. Tak halal, tadek la I makan dekat sini. So sekianlah entry makan. Gigih update untuk readers kesayangan yang menjadikkan I idola makan mereka. Hahahahaha. Eh. Nape sekeping pon tadek gambar I? Nampak sangat aku excited makan sampai tak peduli nak amek gambar.

Avenue K Shopping Mall
156 Jalan Ampang
Kuala Lumpur

-eNd-

4 comments:

Mimy Hamid said...

sue jom kita dating sini

safurara said...

tteobokki! huaaa teringinnya nak maknnnn! TQ for revieww, sejak dorg kecoh ckp xleh makan kat zanmai, dh xtau nk mkn apa dah, boleh lah try korean food ni nt.

Travelog.my said...

Hahaha muka your sister exactly looks like Korean.

Iryani Mohd Lajis said...

pernah makan korean kt koryo won?ada kt starhill and the gardens.better than b.bap ni...much better.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...