Friday, January 8, 2016

Ellis 40th Birthday Dinner at Ciao Ristorante

Assalamualaikum..

Selamat Tahun Baru! (Tetiba. Padahal tahun baru dah lepas seminggu) Haha. Happy Belated Birthday to my best friend, my sister, my minion Ms Ellis Suraya Radzwan yang  ke-40 tahun dengan ucapan semoga panjang umur, murah rezeki, bertambah kaya dan jadi insan yang cemerlang di dunia dah akhirat *dah macam Dato’ Fadzillah Kamsah punya ucapan pon ada. Haha. You jangan eksyen-eksyen sangat dengan I. Tak habes-habes cerita pasan ‘Landan’ naik bernanah dah telinga I ni nak dengar. Actually Ellis punya birthday is on 5th December tapi kita only got chance to celebrate together 2 weeks later sebab Ellis celebrate her birthday dekat Paris. Melampau every year celebrate dekat oversea. Balik dari London dah dekat sebulan, souvenir I sampai sekarang tak dapat apa cer? Haha. Kata haritu nak belikan I handbag. Mana mana?????

Untuk birthday Ellis ni, I ajak dia pergi Japanese Buffet sebab I feel like eating Japanese Food masa tu. Walaupon sebenarnya yang punya birthday is Ellis but kena ikut selera I. Haha. So I ajak dia pergi dekat Hotel Marriot tapi kata Ellis, rugi bayar mahal-mahal sebab dia makan sikit. So dia cakap makan fine dining restoran biasa je la. I cakap ok, tapi tak boleh makan Japanese Restaurant dekat Hotel. Mahal. Hahahaha. Dekat Troika pon tak boleh, Marini tak boleh jugak. Lepas tu KL Tower pon tak boleh. Dah kalau semua tak boleh, mana nak makan? Hehe. Kitorang keluar pusing-pusing takde arah tujuan but end up Ellis cakap jom la malam ni kiter makan Italian Foods. Jom try dekat Ciao Ristorante Jalan Kampung Pandan. I cakap, ‘Eeeuwww elok-elok dah fine dining restaurant tetiba Jalan Kampung Pandan. Hahahaha’. (Gurau).

So, kitorang pon pergi la kesana. Gamble. Takde buat reservation apa main redah je. Nasib baik ada table. I suka ambience dekat sini. Romantic and privacy. Dia punya interior pon cantik and yang penting dekat sini tak hingaq. Senyap je. Paling sesuai kalau korang nak candle light dinner. The foods also awesome and the price is ok, tadek la mahal sangat. It just, I tak rasa macam nak makan Italian Foods so I enjoy makan gitu-gitu je la. I memang macam ni, kalau dah I cakap ‘I don’t feel like ating’. So takyah ajak makan. Memang makan apa pon, dekat manaaaa pon akanm ala kadar je. Kalau I cakap ‘I’m craving for ________’ Maka time tuuuuuu la I akan enjoy makan. Kekadang craving telur kicap je pon. Tapi bila makan, puas hati.


Birthday Girl order this one.



Salmone nama dia. Grilled Salmon yang dimasak sempurna dengan sos apa tak sure tapi ada asparagus gemok, carrot, grape and capers. Atas Salmon tu ada almond. Sedap giler! Harga RM62.00


I order Ciao Pizza. Sedap! I suka Arugula salad tu. Memang favorite and Italian ni specialties dia memang pizza so pizza macam ni memang kena dengan tekak I. Makan 1 slice je sebab dah kenyang makan roti and appetizer. Bungkus bawak balik untuk Sazli and abang-abang dekat rumah. Setel so takde pembaziran. RM48.00 harga pizza ni.


Appetizer kitorang order Calamari Fritti. Sedddddap sangat calamari dekat sini. Tadek rasa fishy sangat. Memang la dia tak fishy sebab dia sotong. Hahahaha. Harga RM28.00


Roti macam ni memang popular dekat Itali. Makan dengan olive oil and balsamic vinegar tu memang seeeeedap! Ni favorite Dyba ni. Roti ni complimentary. I suka yang stick tu. Cicah dengan tar-tar sos. Sesuka hati je.


Signature pose si Ellis. Rasa macam nak lempang je kalau orang ambik gambar menganga mulut macam ni. Sumbat kasut baru tau. Kitorang order Mango Tango sorang satu. RM20.00 segelas. Air Ellis habes, I suruh dia mintak plain water jer, jangan order dah air mango ni. Mahal tau air RM20.00! Hahahahaha


Table kitorang bebetul sebelah gambar ni. Sambil makan sambil tengok. Lepas tu I tanya Ellis, 'U ingat lagi tak rupa menda tu macam mana?' Hahahahaha. Terus Ellis ketawa sampai bersembur air.


With birthday girl. Lighting hampeh!

I tak banyak ambik gambar dalam restaurant. Sini kan lighting manja-manja suram so mana la lawa ambik gambar kalau takat henpon Samsung S5 macam I pakai ni (iPhone 6 lain la ehem ehem). Ambik lepas tu tak puas hati, so baik tak payah ambik. Gambar-gambar dekat bawah ni I Google. Korang tengok la. Memang cantik dekat sini. Ada smoking and none smoking area. Lepas tu dekat sini ada provide Garden Wedding as well. Memang cantik dorang buat decorate and all. Korang boleh check dekat website dorang dekat sini. Macam nak kawen lagi sekali pulak. Hahahaha. Paling best dekat sini yang serve you is Mat Saleh so rasa macam poyo la skek. Sebab biasa kita pandang Mat Saleh ni walaupon jenis takde duit tapi rasa dorang macam kaya je. Kan? Waiter yang serve kitorang tanya, 'Do you want to try our wine Miss?' I jawab, 'No no I tak minum arak. Never in my life'. Hahahahah. Ellis cakap I bongok.


Sini pemisah antara smoking and none smoking area. Bar pon ada. So kalau nak lepak-lepak chill minum coke lepas balik kerja dengan crush, boleh la datang sini. I suka sebab memang rasa macam dekat Itali. Bila la dapat pergi lagi. Sobss


Nak datang dengan GF/BF boleh or nak datang dengan family pon boleh. Sini luas.

Seumur hidup, sekali korang kena datang makan dekat sini. Enjoy the ambiance and the foods. Bagi I, antara La Risata dengan Ciao ni,  I lebih suka dekat sini sebab lagi besar and interior dia lagi best. Makanan dia maybe jadik mahal kekadang bukan sebab makanan tapi harga yang kiter kena bayar for the ambiance and service. Kan? Anyway. korang boleh baca entry I makan dekat La Ristata dekat sini, sini and sini. Dalam tak berapa suka La Risata tapi dah pergi 3 4 kali. Ko ghaser? Hahahaha. Untuk pengetahuan korang, restoran ni dah dibuka since 1991dan restoran Itali paling otai dekat KL ni. I tengok review ada yang suka, ada yang 'will not come again'. Bagi I, I suka sini sebab I love the ambiance. Foods dah jatuh number 2. Korang pulak macam mana?

20A, Jalan Kampung Pandan, 55000 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-9285 4827
Fax : 603-9286 2617
URL : www.ciao.com.my
E-mail : info@ciao.com.my
Opening Hours
Monday to Friday :
12.00 pm to 02.30 pm (Lunch)
06.00 pm to 10.30 pm (Dinner)
Saturday & Sunday :
06.00 pm to 10.30 pm (Dinner only)

-eNd-

11 comments:

Clementine essm said...

makan tempat mahal pun tak guna kalau mentaliti kampung.
sukati kau je guna perkataan cacat otak.wei,ko tau tak cacat otak tu apa?retarded!kau suka ke kalau orang cakap anak kau retarded?kau guna perkataan cacat otak kat blog kau,kau tak fikir ke ada readers kau yang anak or adik beradik or sedara diorang yg tak normal or cacat otak macam yang kau cakap tu?bahasa mentaliti kampung tu ubah sikit.orang tegur time anak ko mengamuk kat mall tau pulak marah.ko cakap cacat otak tak reti pulak fikir perasaan orang.ke blog kau ni khas untuk orang2 yang takde anak cacat otak je??

Chooyaya! said...

Clementine essm : awak. Kalau ye pon perkataan saya menyinggung perasaan awak dan keluarga, saya mintak maaf. Tapi tolong jangan babitkan anak saya dalam komen awak. Dia takde salah apapa. Kalau awak berani, show your profile and jangan baling batu sembunyi tangan. Ok? Tak baik mcm tu. If awak tak suka blog saya, feel free not to come again ok? Jangan jadi stalker. So bila dah dapat menyakitkan hati org ni awak rasa macam mana. Puas ke? Kalau puas takpe. Saya maafkan awak tapi mcm mana awak nak mintak maaf dengan anak saya? Fikir sendiri. Jawab dekat akhirat ye? Good luck.

yasmine said...

Ada jugak org komen macm ni..i suka ja blog u..bukan sakitkan hati org..kekdg kita ckp biasa la ada terkasar...adoi..su..sian org yg sanggup tulis panjang utk sakitkan hati su...

Chooyaya! said...

yasmine : orang ada masalah hati mcm tu la. biarkan dia. mintak maaf la dengan shein.

Zarina Taharim said...

tang mana plak ko ckp cacat otak..x pasan pun..hihhi..
abaikan je su..besa la su dah makin glamour ramai yang suka ramai juga yang benci...standard aaa jadi artis..ececece...

tak pe su..aku suke je bc blog ko...terus kan...goood luck...

Rina Rosdi said...

Yealah Kak Sue, kat mana plak yang bab cacat otak nie? Kita dah 2x ulang baca..ke kita terlepas part tue? Anyway, Kak Sue punya bahasa memang gila-gila tapi tak baiklah kaitkan Shein..dia budak budak kot..

Chooyaya! said...

zarina taharim : tq.. takpe la.. orang dah benci kiter, nak buat cane...

rina rosdi : ada kt entry pegaga tu. mmg orang tu suka benau nampaknya mencari kesalahan orang. dia tak paham and tak kenal kaksu kot or maybe baru start baca. tu yang dia tak faham kaksu mcm mana tapi yg dia sekali nak kaitkan shein tu, kaksu sedih la jugak

sharifah diyana syed bohori said...

bila dah tak suka tu nampakk jeeeee salah org kan.hmm sabra ea kak..sy suka je baca.lgsg tak trkesan pon dgn pktaan yg akak guna. ish sy plak emo rasa..y nak babitkan shein plak hmm jentik kang!

Nur Aishah said...

dunwori su..org sebaik Nik Aziz pun ramai haters.
I can't say, even Nabi Muhammad pun ada musuh.
Kang ada yg menjawab.. "ituu nabiii memang lah!".
So i bagi cth tokoh yg baik2.. tarik napas..hembus...
Just be urself. Always be!
Selagi soheh tak melanggar syara'.. yg lain2 ni semua subjektif. Kat dia dgr mcm rude sgt. kat kami ni, leh sgt2 terima word lawak2 u. terpulang la penerimaan masing2.

take care hunny

sechantek sofea said...

itu maknanya su retis popular...ignore je su, dia suka dia baca..tak suka sape suh dia baca kenn..sian, x masal nak babitkan buahati pujaan ramai sheindom kedomdom..hehe

Noor Syafiqa abu Bakar said...

hi kak su comel. baru jumpa blog akak rini sebab search pasal parenting guide. lepas dok stalk blog akak tetibe tbaca negatif comment! terus menyirap! abaikan je kak su. teruskan kecomelan dan ketidakhipoktritan mu itu. i lerf uuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...