Monday, January 11, 2016

Makan Simple Tapi Sedap

Assalamualaikum…

Semalam I datang rumah Kaklong. Mak and De semua ada dekat sana. Dorang buat pulut kukus makan dengan Sambal Tumis Ikan Bilis, Ayam Masak Bali, Asam Pedas Ikan Kembong dengan Ikan Masin. Perrrrgh wei, perrrrghhh! Memang sedap giler kot? Tapi sambal Kaklong pedas giler. Kata Mak, pijau dia punya mulut. Shein pulak dia nak makan sendiri. I letak nasik + kicap lepas tu dia memandai ambik part sambal I, lepas makan terus sssuttt sssssut tahan pedas. Tak sempat mintak dekat I air, dia bangun sendiri lepas tu main minum je entah air siapa atas meja. Hahahahaha. I ambik air, patah balik nak bagi dekat dia tengok dia dah setel satu bekas air. Member tak tahan pedas, kulum la ais lepas tu dia luahkan dalam pinggan yang I tengah makan. Bertuah punya budak! Haha.

Tingat masa balik kampung last time, Mak buat Sambal Tumis Ikan Bilis lepas tu De buat Ikan Patin Tempoyak. I kekadang rasa bosan makan Ikan Patin Tempoyak so suruh Mak goreng je Ikan Patin. Lumur garam kunyit je. Dah. Goreng lepas tu makan panas-panas dengan Sambal Tumis Ikan Bilis and Kicap Manis. Perrrrggggh perrrrrrghhh perrrrrghhhhhhhhhhhhhhhh!! Sazli first time makan Ikan Patin Goreng, kata dia sedap! Baru ko tau. I ingat dulu masa time sekolah, kalau demam mesti mintak mak goreng ikan patin. Sedap! Kalau Shein dia suka Ikan Goreng jugak. Gaulkan dengan kicap, lalu dia makan. Mak Mertua biasa gorengkan Ikan Tenggiri dekat Shein. Mak GF kata kelmarin dia makan Ikan Kembong goreng lepas tu makan panas-panas dengan kicap+bawang+cli padi. Kata dia lalu makan! 


Nasik + Kicap Manis + Sambal Tumis Ikan Bilis + Ikan Patin Goreng. Perrrghhhh!!!

Siot la. I taip ni pon telan air liur. Tu la kan? Usually kiter ni kalau Mak tu yang masak, Ikan Goreng pon rasa sedap sangat-sangat dah. Air tangan Mak la yang paling sedap sekali. I Mak dedua belah masak memang sedap. Mak Mertua I tu goreng ikan bilis pon sedap. Acane? So korang kalau tetiba nanti lost taktau nak masak apa, buat je Sambal Tumis lawankan dengan Ikan Patin Goreng. Pon sedap. Syarat dia kena makan panas-panas. Ok la! Dah masuk waktu lunch ni. Selamat makan semua. Kalau makan sedap tu jangan lupakan I disini.


P/s: Tadi ada customer Transgluta tanya I, kalau makan Transgluta ni, badan tak panas ke? I jawab : InsyaAllah tak, kecuali kalau banyak dosa. Haha. Melawak je. Sekarang ni kalau melawak kena tulis melawak, nanti ada yang hentam and nak bahasa-bahasakan Shein pulak (macam entry bawah ni)  sebab terasa hati dengan penggunaan ‘cacat otak’ I dalam entry makan dekat Pegaga tu. I kan? Kalau nak marah apapa just marah pada I. Nak cakap muka I ala kadar ke, kampung ke, muka macam Babi ke. I tak kisah tapi jangan nak libatkan Shein. Budak tu bukan ada salah apa pon.

-eNd- 

3 comments:

Aqilah Azmi said...

pehhhhh mmg sedap gilaaaa ahahaha

Chooyaya! said...

aqilah azmi : balik ni masak! hehe. memang sedaaaaap (^_^)

Nur Aishah said...

Sapa marah u ni choyaya?
bagi nama dia. i try minta payung from ayahanda k?
dunwori2.. *sambil kepit pala u usap2 rambut*.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...