Thursday, January 7, 2016

Resepi Mudah Kuih Koci

Assalamualaikum

Resepi Kuih Koci ni I ditujukan khas untuk Rish and Kaklong Kecik (Kaklong Ellis) dengan kata-kata, ‘Ni resepi dah ada ni, jangan lupa cuba. Lepas tu kalau dah siap harap dapat hantar ke rumah I’. Haritu masa masukkan dalam IG and FB ramai yang tanya Kaklong ambik order ker tak. Jawapan : TAK AMBIK ORDER. Hahaha. I masa potong daun pisang pon dah ada rasa menyesal. I cakap pada Kaklong, ‘Woi, bila nak siap ni? Lain kali kalau tingin nak makan beli je la. Renyah la nak buat!’ Kata Kaklong ‘Ko tu tukang potong daun pisang jer, bukan suruh buat pon’. Hahaha. Sebenarnya nak buat ni tadek la susah mana tapi dengan Shein lagi mengacau, sebok orang nak buat adunan, sebok tu la dia nak main. Tu yang I buatkan dia Playdoh Homemade tu, aman la sikit.

Dah la tengah potong daun pisang, Si Kakyang and Shein ambik batang daun pisang lepas tu jolok-jolok hidung I dengan telinga. Geli la! Dengan time tu la Shein dengan Kakyang main lawan-lawan dekat dapur, semak ok semak? Tengah potong daun, Kaklong suruh pulak amek video dia joget kaki dengan De. Lepas tuuuuuuu Sazli pulak datang asyik tanya bila nak siap, lepas tu suruh pasang kipas sebab takot kitorang panas lepas tu Mak lagi sebok jadik Supervisor la apa la. Hahahaha. Memang huru-hara. Tepung bersepah dekat lantai. Lepas buah Playdoh tu Mak pulak datang join Shein. Shein pulak dengan Atok dia semacam ‘panas’. Orang tu buat orang, Shein penyet. Last-last Mak give up blah pergi tempat lain. Dengan Shein pon kalah ke? Kata garang sangat? Hahahahahaha.

So, here we go the recipe. Korang ikut sebijik-sebijik macam Kaklong I bagi ni, InsyaAllah jadik. Masak kena sabar. Nak buat inti dia dengan kuah santan api kena slow. Tak boleh besar nanti hanget. Daun pisang tu kalau ada masa, jemur sekejap atau nak lagi senang layur je pada api je. Jangan sampai terbakar cukup sekadar layu and daun tak terkoyak masa nak lipat. OK? Daun pisang tu potong bulat. Ikut la acuan penutup Tupperware kea pa, janji bulat. Pepandai la agak sendiri nak besar mana.

Adunan Tepung
Beras pulut hitam – secawan (blender sampai jadik tepung)
Tepung Pulut – 3 cawan
Secubit garam
Sedikit air

Campur kesemua bahan ni, masukkan air sikit-sikit and sampai la boleh bentuk bulat and jadik doh. Paham? Air tu tadek specific measurement. Korang pandai-pandai la sukat. Senang je. Shein pon boleh buat.

Inti Biasa & Inti Durian
Gula Merah – Secawan
Gula Pasir – Secawan
Kelapa Muda Parut – Sebiji (tapi ambik ¾ bahagian sahaja)
Daun Pandan

Sampur kesemua ni dalam periuk, lepas tu masak sampai la kering. Jangan masuk air dah kalau tak nanti berjanggut la nak tunggu kuah kering. If nak inti durian, letakkan 2 ulas isi durian dalam tu. Jangan banyak-banyak sangat durian nanti over power dah tak sedap. Paham?

Kuah Santan
Sesudu tepung beras
Secawan santan
Secubit garam

Campur kesemua ni, masak dalam periuk guna api perlahan sampai la kuah pekat.


Kuih Koci tinggal nak kukus je... Cantik dan kemas kan Kaklong buat? I lipat, terus jadik macam nasik lemak. Tangan tak berseni. Haha




Yang ni Inti Kuih Koci Durian


Yang ni inti Kuih Koci yang biasa


Yang ni pulak Kuah Santan


Adunan tepung tadi korang bulatkan dulu, lepas tu leperkan macam ni.


Masukkan inti. Inti tadi tunggu sejuk, lepas tu bulat-bulatkan sama size so nanti sama je la size kuih koci ni.


Tutup semua sampai jadik bulat macam ni


Celop dalam kuah santan lepas tu letak dalam daun pisang yang korang sapukan dengan sedikit minyak supaya nanti dah siap, dia tak melekat.


Bungkus kemas macam ni


Kukus selama setengah jam. Siap!

Makan time panas-panas perrrrghhhhh sedap giler ok? Inti Kuih Koci tu kata la kalau korang jenis lagi manis (Macam Mak) letak la gula lebih. Mak I tu memang jenis manis. Kalau buat air teh o walaupon dah pesan, ‘Mak nak manis buah je’, TETAP buat manis melekit. Kata dia nanti orang cakap kedekut gula. Degil. I tanya dia, sapa yang cakap kedekut gulanya? Kan semua orang mintak manis buah je? Dia buat pekak. Hahaha. Sama jugak kalau dia buat Milo, selagi boleh letak susu, dia letak banyak-banyak. Eeeee menyirap je. Orang dah pesan taknak manis, tetap manis. Last-last I tambah jugak air. Bagi I macam ni dah just nice. Inti tu boleh rasa, ikut selera korang ok? Nah I belanja video kaki De dengan Kaklong yang I rakam tu.

A video posted by suraya sulatin (@surayasulatin) on

Ngek kan puak-puak ni? Hahaha. Selamat Mencuba! I jamin korang akan puas hati. Makan hasil tangan sendiri ni, walaupon ada penat sikit tapi rasa puas hati and berbaloi. InsyaAllah.

-eNd-

2 comments:

mama tisya said...

suka mkn kuih koci..buat tk pernh hehe

Jepun Mari said...

sedapnya..