Assalamualaikum…
Sabtu baru-baru ni, Mak ajak I teman dia beli baju
dekat KLCC. Kata dia nak beli kemeja. Dia suka Vivid. I tau Vivid ada dekat
Pavilion tapi I yakin jer yang kononnya Vivid ada dekat iSetan KLCC. Sekali dah
sampai sana, takdeeeee. Hahahaha. Tapi naseb baik dia ada berkenan baju lain.
Banyak dekat iSetan tu. Sediakan ajer duit sebab dekat sana semuaaaa ada. Mak
Bapak je yang takde. Hahahaha. Mak dia suka baju yang jenis kain guni-guni
macam British India tu. Kata Mak, dia kena beli baju sebab nak pergi India
nanti dengan Maksu sekeluarga. Nak visit Suraya (cousin Sazli) dia ada study
dekat sana, amek medic. Tumpang bangga sebab nama sama lepas tu bakal doktor.
Haha. Nama sama pon kira aci ke tumpang bangga?
Konsep wanita memang asal berjalan je, baju kena
ada yang baru. Baru semangat. Kan? So, kitorang gerak la lepas Asar. Plan asal
petang tu memang Sazli nak bawak Shein pergi park. Tak kisah la kat mana-mana
asal park. Dah kebetulan nak pergi KLCC so Sazli cakap boleh la dia bawak Shein
pergi KLCC Park sementara I teman Mak shopping. Biasanya dalam beg Shein, I
memang letak sepasang baju dan seluar, pampers, wet tissue dengan towel. Tapi
Sazli pergi bawak keluar towel dengan seluar lepas tu ganti dengan toys sebab
berat. Always jugak jadik, time bawak bekal semua tu memang tak guna terperap
dalam beg sampai 2 3 tempat lain di hari lain. Bila bawak keluar jer, jam-jam
tu la yang nak gunanya. Kan? Bengangggggg jer.
Masa I dengan Mak shopping, Sazli send gambar dekat
group. Tengok Shein dah bersila dalam kolam dengan baju and seluar yang datang
tadi half basah. Hahahaha. I gelak jer tengok. Sebab Shein nampak bulat dalam
gambar tu. Kata Sazli nampak ‘tebal’. Lepas je dapat beli baju Mak, kami
straight terus ke Park. Boleh tahan jauh la dari keluar KLCC depan kolam tu nak
ke tempat Shein. Bapak la jauh. Naseb la I tak pakai heels. Dari kejauhan
nampak Shein meniarap dalam air cetek siap baju dah basah semua. Dia nampak je
I, terus kedek-kedek datang dengan bontot tonggek. Hahahaha. Dah la tebal! Dia
takde kawan pon happy je mandi air cetek tu. Kata Sazli, memula Sazli bawak
main dekat tempat permainan tapi dia tak tahan nak terjun kolam. Dia yang tarik
Sazli pergi sana. Kata Sazli nampak ada baju salin dengan pampers dalam beg.
Redah jer la. Kasik Shein happy. Jalan pakai pampers je ke kereta tu lain
citer. Hahahaha.
Ko tengok la budak ni. Asal boleh je. Gambar ni la yang Sazli send dekat group WhatsApp kitorang.
Mak, stop. Meh Su ambik gambar Mak depan KLCC. Kasik Bapak jeles (padahal kesah pulak Bapak) Hahahaha.
Seronok la ko eh Shein? Tu tengok la bontot tonggek dia. Haha.
Padahal air cetek je. Pon boleh.
Tau dahaga?
Lama jugak la Shein berendam dalam ni. Sejam ada
rasanya. Dalam pukul 6.30pm macam tu sorang-sorang naik salin baju. Kitorang pon
saspen takot Shein taknak naik, sekali bila Mak Tok and Abah panggil, mau pulak
dia. Terus la lap kan badan dia guna baju yang dia mandi tadi. Perah and lap.
Salinkan baju and diapers lepas tu pakai kasut. Style jugak. Hahahahahha.
Singgah Cold Storage nak belikan Shein donut sebab lepas mandi biasa lapar.
Memang pon! Kasik 1 Giant Donut, sekejapan dah setel. Dah la haritu kitorang
tak bawak stroller dia. Sekerat jalan member mintak dukong. Dah la beraaaat.
Imagine la dari park nak ke parking berapa punya jauh. Kata Sazli takper Mama.
Exercise T____T
Kedek-kedek je bontot tu. Masa sampai umah Baba, Baba cakap 'Hang ni Mat Shein, nama ja dok KL. Tapi jalan pakai sependa'. Hahaha. Kata Dyba, 'Takper la Kaksu pakai dypers je sebab kasut mahal'. Hahahaha. Pon boleeeeh!
Esoknya, I bawak lagi Shein datang mandi kolam
dekat sini. This time Amsyar dengan De join. Seronok la Shein ada kawan. Kalini
siap dah towel baju salin, bedak, sikat semua siap bawak bekal muffin nak bagi
dorang makan alas perut. I tengok dekat KLCC Park ni ramai macam Bangla-bangla,
Indon, Middle East people dengan Mat and Minah rempit datang lepak atas rumput
sambil suap-suapan. Kalau hi-end people memang tak layan la dekat sini. Kiter
boleh tengok crowd dia macam mana. Tapi kesah pulak I? Bangla pon Bangla janji
anak aku happy. Hahaha. Mana yang mandi tu most of them tak pakai baju mandi
pon. I agak semua macam Shein. Tak plan nak mandi, tapi bila nampak air jadik
tak tahan and mandi. Masa kitorang datang tak la sesak sangat. Ok la. Cuma bila
selisih dengan Bangla pui! Bau ketiak pahit sampai ketekak. OMG nak muntah!
Kali ni I tak penat dukong Shein sebab bawang stroller payung. Hehe.
Depan ni Pak Arab mana entah. Anak dia punya la putih gebu. (Takde dalam gambar)
Macam ni kira tak la sesak sangat kan?
Bergembiralah Amsyar dengan Shein siap lawan-lawan Otomen. I nampak Amsyar tolak kepala Shein dalam air, tapi Shein melawan (gitu-gitu jer la). I cakap pada De kalau nanges salah sorang, baru kita datang selamatkan. Ngek la Shein. Harap je 'tebal' 20KG, dengan Amsyar kurus tu pon kalah ke? Hahahaha. Sebab asyik-asyik kang dia yang jatuh.
Kali ni dah up skek la. Pakai baju mandi.
Ni
Mak Guard macam Pengawas ok? I sampai tergelak dengan De. Kejap kan
preeeeeetttttttttttttt. Hahahaha. Nak jalan area kolam tak boleh pakai selipar,
lepas tu orang tua tak boleh mandi dalam kolam. Kalau nak teman anak boleh tapi
badan tak boleh basah semua. Amek gambar atas tebing-tebing tak boleh, lucut
baju tak boleh. Budak kecik mandi bogel tak boleh.
Tapi bagus jugak sebab kalau tak buat macam ni, I
agak memang jadik tempat rempit giler la dekat sini. I tengok ada je
couple-cople GF duduk tangga bawah, BF tangga atas. Lepas tu BF bukak baju
sebab panas kipas-kipas macam baru kalah judi. Aci boleh je. Ni KLCC la woi?
Lepas tu Arab pempuan ke lelaki ke, selamba je masuk kolam pakai kasut. Kasut
tu entah pijak taik ke apa lepas tu ada budak buat kumur air dia. Ada jugak
yang suap anak makan nasik dalam bekal dekat kolam. I kenot brainnnnnnnnnnnnnn.
Agak-agak la kot yer pon kan? Ni semua korang boleh fikir logic akal sendiri
mana yang boleh, mana yang tak.
Eh, ada jugak Mamat hensem bawak anak mandi dekat
sini. Sekali dia angkat muka. Laaaaa Epin! Dia datang dengan Ika and anak dia
sebab baru habes makan sempena birthday Epin. Happy Birthday Epin!!
Siap je bebudak dua orang tu mandi, kitorang lap
and salinkan baju. Letak Shein dalam stroller and sorong. Selamat tak yah
dukong.
-eNd-
2 comments:
anak anak memang takleh berpisah dengan air kan....realiti..
masa kita kecik kecik kan kak su, selalu datang mandi. sebab free T_T tapi selalu ada kejadian makpak buang diaper anak merata rata. pastu kita pulak asyik tersedut air tu. uwekk.bab makpak pakai kasut masuk kolam tu mmg banyaklah. dorang bajet kat pantai agaknya. baguslah kalau skrg dah bersih. hari tu bawak Lihin pergi kat playground tu, kolam tutup sebab ujan. nasib baik Lihin tak meronta ronta nak terjun kolam. heheheh
Post a Comment