Wednesday, January 27, 2016

Shein Demam, Gym and Souled Out

 Assalamualaikum..

Masa Isnin bebaru ni, I bawak Shein pergi Kidz Sports & Gym dekat Ge Mall. Kemain Public Holiday charge dah kena RM40.00 sekepala untuk 2 tahun ke atas ok? Maaaahal. Pakkal la takde dah indoor gym lain dekat area Ampang ni kalau tak memang goodbye forever la Ge Mall. Sementara Sazli carik Lego set untuk Shein dekat Toy’s R Us dekat tingkat 4, I melayan la Shein. Main kejar-kejar dengan dia. I tengok Shein macam dah panjang giler. Membesar dekat dalam gym ni jer la since umur dia setahun lagi. Happy la dia main dekat sini. I agak, ada la setahun kot tak datang? Ke baru je datang? Entah, dah lost track. Shein kalau bawak sekali sekala datang sini dia happy la, tapi kalau selaluuuu bawak nanti dia boring jugak. Nak datang kena bagi main puas-puas. Takat masuk 30 minutes lepas tu dah taknak baik takyah. Ini semua cost!

Masa dari Ahad I dah cakap dekat Sazli, please bawak I and Shein jalan-jalan esok. Bawak Shein main dekat KLCC Park ke… Kata Sazli, dari pergi KLCC  Park baik mandi kolam dekat rumah kita je, lagi Syok kan Mama? T____T Terus rasa sebak di dalam dada. Sebetulnya orang pempuan ni kekadang menggunakan alasan nak bawak anak jalan, tapi dia yang lebih. Haha. Ala, bukan apa pon kan? Once a month pon dah cukup bawak family keluar pergi mall. Not necessary shopping, tapi makan and window shopping pon dah ok. I cakap pada Sazli, kita bawak la Shein pergi Pavilion, KLCC, The Curve tu. Biar dia kenal mall sikit. Kata Sazli, ‘Time I bola, Bubu bawak la Shein jalan-jalan main dekat Gym’. I cakap, ‘Tapi I nak dengan Uuuuuu’.  Sekian terima kasih.

Sebetulnya I paling suka Ge Mall. Kalau Sazli bawak datang sini let say for breakfast pooonnn I dah happy giler dah. Excited bukan main. Sini kedai makan dia tak la banyak mana, tempat shopping pon tak banyak tapi I sukaaa. Sini ada Cold Storage, boleh tengok sayur hijau. Lepas tu ada Pavlova dekat Alexis and parking pon murah. Toilet bersih and baby’s room comfortable. Lagipon orang tak ramai. Actually community dekat sini sama je. Korang akan jumpa orang yang sama je each time. Kira macam sedara dah semua *tetiba.


Kemain focus


Jelas kelihatan siapa yang lebih gembira ya?



Balik dari Ge Mall, kitorang terus ke Sold Out Jalan Ampang. Sazli kata dia teringin nak makan Sakae San. Ni la makanan percintaan I dengan Sazli dulu. Haha. Dulu dating tak main la dekat-dekat area Ampang. Tak syok sebab nanti cepat sampai. Hihi. Kitorang suka pergi The Curve and makan dekat Bangsar selain dari KLCC and Pavilion. Dulu Souled Out ada dekat Bangsar je. Tu yang kitorang pergi sana. Those days.. Senyum sendiri bila teringat. Now bila ada Shein, nak jalan renyah-renyah kena fikir banyak kali. Sebab terlalu la dramatic. Haha. Masa dekat Gym, kitorang nampak ada satu couple ni, anak 3 orang, maid ada 2. Dia dengan husband dia bukak laptop and makan snacks dekat meja while anak-anak dia dilayan oleh maid. Pakai uniform siap. Maid Pilipino I agak. Kalau macam ni, beranak setiap tahun pon I mahu. Hahaha. 


Jaanam jaanam jaaanam *tetiba


Nak distracted Shein dari boring and mintak iPad, kita main lego. 



Menyesal ambik Sakae San 8 inch, patut ambik yang 12 inch baru puas makan.


Spaghetti Carbonara banjir sato!

Dah nak siap makan, Aliah and Atiq datang bawak Altaav. Sebab gambar semua buruk/goyang, I malas nak letak. Hahaha. Tingat dulu ada readers comment, ‘Sis, you memang tak edit ke gambar mana you nak masuk dalam blog? I tengok blogger lain letak semua gambar cantik-cantik walaupon dekat dapur tengah masak. You selamba masukkan gambar dengan muka tak mandi. You tak segan ke?’ Ni komen macam ada berbau penghinaan ni. Hahahaha Tu la eh? Kekadang some of them yang membaca ni, nak tengok a beautiful side of us je. Yang muka busuk kepam taknak tengok. Sudahnya kita dah tak jadik diri sendiri sebab terpaksa bercantik-cantik each time untuk pleasure orang yang membaca. Dah tak jadik diri sendiri. Acane?

Masa nak salin baju Shein malam tu (tak mandi dah sebab dah lewat) I rasa badan dia macam dedar. Nak demam la kot ni. Setahun jugak Shein tak demam dah. Last was CNY last year yang kena HMFD tu. Masa dalam pukul 11.45pm tetiba dia gelak lepas tu cakap ‘yewwowww, wredddd, gweeeen, pehpel’ (yellow, red, green, purple). Member baru nak ringan mulut bercakap, sampai membawak ke mimpi la bercakap. Hahahahaha. I bagi dia paracetamol and monitor demam dia. Tido pon, tido-tido ayam je. Tapi tu la, dalam tido ayam, air liur basi meleleh jugak. Maknanya apa? Monitor demam Shein dalam mimpi ke apa tu? Hahahaha. Demam Shein berlanjutan sampai la ke pagi and malam Selasa tu. Dia ni kalau demam, takde der nak suhu 38-39 eh? Musti mau naik ke 40-41 tapi semalam paling champion sebab sampai ke 43.1. Adik beradik Goku ke apa ko ni Shein?


Membawak ke petang, suhu Shein naik sampai 43.1 WOW

Masa suhu dia 43.1 I tengok Shein punya mata dah kedip-kedip pandang atas and dia dah gesel-gesel gigi dia. Kalau panas sangat macam ni boleh jadi sawan. So terus I masukkan ubat bontot (sub-voren 12.5mg) lepas tu buat spongy. Basahkan dia seluruh badan dengan air untuk turunkan suhu badan. If suhu anak korang dah cecah 39, tak payah guna PCM dah sebab dah terlambat. Terus je bagi Sub-Voren. Sebab tu penting untuk standby PCM, Sub-Voren, Aerius and segala mala ubat dekat rumah. Macam Shein, memang ubat-ubatan dia complete sekali dengan antibiotic segala. Lepas tu terus I ke emergency Gleneagles. Time tu dah 5.30pm, so clinic Dr Adrian dah tutup. Actually by the time sampai sana, Shein punya temp dah turun and dia dah seronok berkejaran dengan Sazli but nak bagi senang hati kami, takpa la… Bawak je la dia pergi hospital. 


Asal nak berak je mesti lari menyorok macam ni. Mana sempat la. Kekadang bawah meja, kekadang blakang sofa. This time, dia nyorok belakang banner dekat Starbucks Gleneagles.

Dekat emergency, Shein di consult by Dr Mary Anne. Bagus doctor ni. Very convincing. Dia check semua telinga, dada, mulut and badan Shein. All clear except dia punya throat dah merah sangat, tu yang suhu naik tinggi sebab dah kena throat infection.  So on antibiotic Zithromax for 3 days, lepas tu kalau tak ok baru datang balik for further checkup. I dah experience dengan demam Shein yang tiba-tiba macam ni so dah agak calm and relax to handle. Sazli pon sama. Kitorang sama-sama cool. Cecece. Takde la gelabah macam masa mula-mula Shein demam dulu. This time pon only bayar for consultation sebab ubat semua dah ada dekat rumah. Dr Adrian pon consult ubat and treatment yang sama so kepada semua peminat Shein, jangan risau. Boipren korang sihat-sihat sahaja. Ok?

Eh. Bapak giler entry ni. Okla bye. (Macam jilake je ending. Hahahaha)

-eNd-

2 comments:

olahbersama.blogspot.com said...

my son allergic dgn zithromax ni. Pernah bagi.. badan dia membengkak. tangan pun gemok..hahaha...

those were the days.

Chooyaya! said...

Marziah zakaria : kalau mcm tu now dia makan amtobiotik apa? Shein semua pon ok cuma kalau rocephine iv drip tu dia akan cirit la sikit