Thursday, February 4, 2016

Breakfast at Tiffany. Eh tak. Breakfast at Harrods Cafe.

Assalamualaikum..

Last week, I breakfast dengan GF Siang (Anny). Dia cakap ‘Kita breakfast like a King harini Suraya’. So konsep dia kalau breakfast like a king kena la makan western breakfast. Kitorang pun pergi la Harrods Café. Tu decide masa dah sampai KLCC sebab kitorang memang alwaysssssssss ada masalah taktau nak makan dekat mana. Tak boleh nak decide. Perempuan memang ada masalah macam ni. Normal. Kekadang fikir nak makan mana pon boleh jadik stressed. Korang kalau ada tempat makan yang sedap dekat KLCC or Avenue K please la suggest I dekat mana. Sebab I kekadang dah taktau dah nak makan apa. Seriously. Kedai makan memang melambak dekat KLCC ni tapi tetap taktau nak makan apa. Boleh? I kang pusing-pusing dah taktau nak makan apa, memang I mintak nak makan Ayam Penyet jer la. Tu yang masing-masing berbulu. Hahaha.

Anny tak kasik I makan nasik dah. Takot I dengan dia. Haritu I tingin nak makan Prosperity Burger, siap queue dah dekat drive true, kebetulan masa tu Anny tengah call, lepas tu Anny cakap ‘Surayaaaaaaaaaaa ko jangan la makan fast food’,  terus I pusing semula keluar queue dengan linangan air mata. Hahahahaha. Tapi dah 2 kali la kantoi dengan Anny. Semalam I cakap I makan sikit jer, tup-tup engage dengan dia, I tengah queue nak beli satay 25 cucuk. Hahahaha. Jawab takot-takot je sambil suara manja. ‘Anny, aku terbeli satay. Sorry’. Anny gelak-gelak je taktau nak cakap apa dekat I. Hahahahahahahaha. Anny cakap, jangan main-main dengan dia sebab nanti kalau I tipu dia, sure kantoi. Macam kes Manan la. Pusing-pusing Manan lari dari Anny, last-last jumpa dua kali dekat KL ni. Hadoi. Manan oooo Manan. Haha.

Anny cakap dia penah gemok 63 kg masa umur 23 tahun. Masa tu dia stressed sebab seluar dia size 32. Pakai apa pon tak cantik. Macam I sekarang la. Asal masuk fitting room je meroyan. Huwaaaaaaa. Kata Anny breakfast kena ambik. Banyak pon takpe. Tapi lunch jangan makan nasik. Malam jangan makan. Dessert kena cut. I ok untuk semuaaaaaaa tu. Sebab nasik, I bukan wajib makan hari-hari tapi I jenis tak boleh kalau tak makan dessert. Lepas makan, wajib kena ada cake, ice-cream. Kekadang kalau I tingin nak makan Vanilla Cupcake dekat Bisou tu, boleh sampai rasa nak nanges ok? Dapat makan 2 ketul rasa puas sangat-sangat. So acane? Nak makan, tapi rasa macam dah tak larat nak jadik orang gemok. I ni dapat turun sampai 59 kg pon cukup la. Huwaaaaaaaa bosaaaaan…



Anny makan breakfast set. Boleh pilih telur nak scramble, fried or omelette. I suruh Annie ambik omelette but unfortunately I rasa omelette dia macam keras and tak fluffy. Usually kalau fine dining restaurant ni, omelette dia fluffy and macam runny dekat dalam. Ni keras. Semua ni dengan fresh juice sekali RM23.00



Anny ambik Teh Tarik jugak. RM12.00

Dari jauh I dah nampak counter sandwich rasa macam tak tahan sangat. Kena makan sandwich. Biasa makan dekat O'Brien, so kali ni try Harrods punya macam mana pulak. Korang boleh customize sandwich korang. Yang ni I buat sendiri. Pilih roti, fillings, salad and dressing. Boleh jugak nak add on extras macam cheese, sundried tomatoes, artichoke or eggplant. 


Create Your Own Sandwich Menu. taken from here. 


I pilih ciabatta bread + lettuce + tomatoes + cucumber + roast beef + honey mustard + Curry mayo. Memang a good combo. Seeeeedap!


Kiter kasik close up. Actually I prefer cheese to melt tapi boleh laaaaa


I minum Hot Chocolate. Sedap hot chocolate dekat sini.


Kena makan dessert. Tak boleh elak. Sebab cake, muffins dekat sini nampak sangat la menggoda. Yang ni Lemon Meringue Pie.



Pening kepala Anny cerita pasal Manan, I bantai gelak. Hahahaha.


Oh, ni gambar I dekat office. Kira aci la eh? Tudung satin by @be_anggun. RM35.00 sehelai. Korang boleh mintak color apa nak tau? Sesuai la kalau nak pakai untuk majlis-majlis yang kena pakai sedondon. Dorang ada promo sekarang, nak tau detail check dekat IG dorang.

Harrods Café ni memang ramai foreigners jer. Dah la askar bersenapang asyik usha je. Kan 2 3 minggu ni tengah kecoh kes bom dekat Jakarta and tersebar gossip yang Militan ni nak serang shopping complex dekat Malaysia? Lalu sekali, I dengan Anny ignore je, masuk 2 3 kali lalu lepas tu Anny cakap, ‘Jom la wei blah. Dah la sini penuh Mat Saleh’. Tak tunggu lama, terus zaaaapppp kitorang blah. Hahaha. Paranoid giler. Nanti I nak ajak Mak makan dekat sini. Dia mesti suka sandwich  yang boleh customize macam ni. Mak mertua I dia suka makan roti and salad. Happy dia. Asyik GE Mall je, baik datang sini pulak. Dramatic sikit hidup untuk mengejar Shein nanti. GE Mall kan kecik, KLCC besar sikit. Hahahaha.

Harrods Café
Lot G03J-K, Ground Floor, Suria KLCC,
Kuala Lumpur City Centre, 50088, Kuala Lumpur

-eNd-

1 comment:

ASLIZA said...

kak anny nie macam biasa tengok muka dia......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...