Wednesday, February 3, 2016

La Risata With Ellis and 'Manan'

Assalamualaikum

Last time I pung-pang pung-pang cakap La Risata tak sedap la apa la, tup-tup haritu TERmakan balik dekat sana dengan Ellis. Tapi kalini macam best pulak sebab semua yang kitorang order sedap ler pulak. Seriously sedap. I rasa La Risata ni tak consistent la kualiti masakan dia. Apoda. Haritu mintak spaghetti menda entah, tak sedap. Malu I dekat Fiza sebab masa tu I promise her, I akan bawak dia makan Italian Food dekat Italian Restaurant paling sedap la kononnya. Sekali kitorang order pizza and dapat dah sejuk, order squid ink risotto rasa macam ikan masin. Keluar restaurant I jalan heret kaki je. Rasa macam reputasi I jatuh la sebab bawak bebudak ni makan tak sedap. Memang serik and taknak datang dah la kononnya. Reputasi la sangat. Tumbuk nak? Haha.

Sekali haritu I order Spaghetti Alla Risata seeeedap la pulak. Ko dah kenapaaaaa? Hahahahaha. Imagine eh? Portion spaghetti tu bapak la besar, tapi selamba I dengan Ellis boleh habeskan. Dia punya seafood fresh and I memang puas hati. Kitorang makan slow-slow je, tau-tau dah gone. Punya banyak makan, ada hati nak order dessert lagi. Pakkal la keluar dengan Ellis for dinner once a week je, kalau tak sah-sah I bertambah gemok. Kata Ellis, dia dah gemok. Dah kalau dia gemok, I ni apa? Obese? Hahahahaha. Kitorang makan sambil chat pasal random topics, ketawa sampai keluar air mata. Actually I banyak cerita pasal Anny dekat Ellis. I cuba imitate cara Anny bercerita bersungguh pasal dia kena kencing dengan sorang mamat forex ni nama Manan.

Ellis dah keras-keras perut ketawa. I cakap kt Ellis, dia patut dengar Anny cerita sendiri, lagi la kelakar. Anny memang dah bengang la dengan I. Kata dia, ‘Aku ni cerita kisah sedih, yang ko ketawa kenapa ha syaitonnnn? Hahahahaha’. Sebab I rasa macam kelakar. Kenapa nama orang tu Manan. Tapi pakai Evoque tapi nama Manan. Macam tak tally. Sama macam Shah Rukh Khan dalam Dilwale la, tapi hensem tapi nama Kali. HAHAHAHAHA. Malam tu la kitorang decide nak makan dekat restoran best sempena Anny nak bersalin nanti. Kira macam baby shower la tapi peserta dia 3 orang je. Sedih giler! Hahahaha. Poyo sangat 2 orang tu siap nak mekap and pakai dress segala ok? Sorang nak Marini’s, sorang nak Troika, sorang nak Nobu. Sampai sekarang tak decide. I agak semua ni memang membawak sampai Anny bersalin.


Hero of the day. Spaghetti Alla Risata. RM39.00 jer. Murah! Portion dia memang sebesar dulang. Seriously besar. Korang memang takkan dapat habeskan sorang. Kecuali kalau korang Alien. Eh ni cakap macam ni kang ada pulak yang komen kata. 'Hoi Suraya, kalau orang kuat makan ko nak kata Alien ke apa? Kalau orang cakap anak kau Alien tau pulak marah'. NI CONTOH JER. Jangan la marah-marah selalu macam ni eh? Jangan serious sangat. Hidup kena chill, baru la Manan! Hahahahaha Anny bodoh! **Tetiba Anny yang kena.



Ellis kalau datang Italian restaurant wajib order Frittura Calamari ni. Her favorite. Dia tak makan udang, tapi dia akan makan banyak sotong. Yang ni RM17.00 sahaja.


Pizza dekat sini memang sedap cuma lebih sedap kalau makan terus masa panas-panas. Crust dia memang nipis jadi bila makan tadek la cepat kenyang. So that dapat feel rasa dia macam mana. This one is Peperoni Pizza. RM26.00 je sebesar ni. Good for 2 person.


This is my favorite. I suka roti ni. Bila korang duduk, dorang terus bagi roti ni. I tanya Ellis, teka sos hitam tu apa. Ellis jawab Sambal Hitam. Hahahahaha bongok Ellis. Ni Italian Restaurant la ngek!


Baby! Don't take my photo. I look like Kodok ni. I tak cuci rambut.


Kodok or not, I tetap sayang you :)

Kitorang order air Virgin Mojito. Mojito is my favorite. Korang nanti kena try. Soda + mint + lime. Tapi make sure virgin ok? Virgin maksudnya air tu takde alcohol. Mojito ke, Margarita, Pina Colada ke atau apapa la air dekat western restaurant, kalau korang nak order, korang kena cakap nak virgin. Ok? Sebab harini makan sedap, I put back La Risata dalam list restaurant yang ada makanan sedap. Lain kali boleh la datang lagi. Borak punya borak, sampai tinggal kitorang berdua je dalam restaurant. Hehe. Dorang tutup awal on weekdays. Pukul 9.30pm last order. So kalau nak datang for dinner, sila datang awal sikit. OK?

No 16, Persiaran Ampang
55000 Kuala Lumpur
Tel : 03-42526269

-eNd-

1 comment:

Wizana Arbain said...

Haha tang tagline idup kena chill baru la manan tu lawak giler! Ni anny bff fillanie kan? Sbb filla dulu slalu cerita pasal anny kat blog. Ajak la dia skali tadekla baby shower tu 3 peserta je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...