Thursday, February 18, 2016

Netball Inter-Dept 2016

Assalamualaikum..

Last week, I join company I combine dengan department lain buat satu team untuk perlawanan Netball Inter-Dept AND macam biasa la, tak kalah tak la Suraya nama dia. Wahaha. Sampai boss I dah saspen, ‘Su I hope you menang sebab I tau you jenis tak boleh terima kekalahan. Nanti kalau kalah jangan merajuk lagi ok?’ Hahahaha. Nasyid kalah, Netball PUN kalah apa la nasib. Batu belaaaaaaahhhhh batu betangkupppppp. Kepada bebudak Palm tak payah nak poyo sangat dengan Kaksu sebab menang. Kalau poyo jugak, ready la memang aku remove dari group macam Iyra. Wahahahahahaha.

Tapi walau apapa pon, I puas hati sebab team kami main smooth and game cantik sebab semua tau position and semua tau main. Cuma takde luck je sebab masa semifinal shooter kitorang maybe under pressure sampai tak boleh nak jaringkan gol and kalah 1 point jer, bapak la frust. Kalau tak dah boleh masuk final pon. For Grouping, team kitorang menang dengan Champion. So kepada team Champion tu jangan poyo sangat eh? Hahahahaha *Padahal dengki.

Kali ni I main Goal Defend. Main GD you alls. Naseb baik la tak katik sangat so tadek la look stewpid bila Shooter tinggi-tinggi macam galah. Kata Kaklong, I main macam ribut. Kitai je tangan janji bola tepis. Kena tak kena belakang kira. Mata pejam time defend. I pon agak memang I main macam ribut. Hahahahaha. I bukan berapa pandai main Defend sebab usually netball I main attack tapi syok jugak main defend. Sebab tak penat sangat.

Naseb baik la main dalam hall so tak panas sangat. Kalau tak memang hitam la I. Nak kena makan Transgluta 3 botol balik kasik putih. Hahahahaha. Tapi main dalam hall pon panas sebab udara tak keluar so macam stuffy and berkuap. Tapi kalau nak cecantik taknak berpeluh semua, tak yah la bersukan. Duduk je rumah dalam bilik layan kucing macam Intan tu. Sama la macam Rozita Che Wan tu. Bila masa yang dia tak cantik, all the time cantik je. (Tetiba Rozita Che Wan pon masuk dalam ini cerita)


Team-mate I. Izzah, Siti Nurhaliza, Farrah Liza and Mimy. Mimy ni dulu I close dengan dia masa memula masuk kerja. Kita janji nak pregnant sama semua tapi now anak dia 4, anak I satu. Cane nak kejar ko sila kasik tau sekarang?



Ni masa nak tunggu Group President sampai untuk majlis perasmian. Netball buat sekali dengan Hockey. Netball main dekat UM and Hockey main dekat Stadium Hockey Pantai, Bangsar. Tau?


Tudung pink tu Iyra. Team dia la menang. Iyra main shooter. Congrats Ira. Tahun ni Kaksu bagi chance, tahun depan no more. 


Kak Izana tu Team Captain kitorang. Dia cakap pada Anna Baizura (depan pakai tudung) masa tengah beratur. 'Team akak lawa-lawa, ko ada?' Pastu Anna melawan dia cakap macam ni. 'Eh mesti la ada, Kak Darna tu ada. Dia paling lawa'. Lepas tu gelak-gelak 2 orang tu. Bangang. Kak Darna tu dah bercucu padahal. Tapi dia memang lawa pon. Tall and slim. I suka dia, lembut je. Nanti korang tengok gambar dia dekat bawah, I ada letak.


Masa perbarisan.


Ni team Hockey office I. Awal dah kalah. Haha.


Kaklong and Mel. Kaklong main shooter. Actually team dia kuat jugak, it just takde luck je sebab grouping dia semua team power. Cuba lagi tahun depan Kak.

A video posted by suraya sulatin (@surayasulatin) on


Ni I sempat ambik video untuk team Kaklong. Kaklong yang main GS tu. Kemain celebrate dapat gol.


Lepas 4 game, muka pon dah kepam

Ni masa nak tunggu Majlis Penyampaian Hadiah. Yang paling hujung tudung pink tu la Kak Darna. Baik dan lembut orangnya. Ajar mengaji dekat office kitorang. 


Izzah bersungguh ajak tunggu sampai habes. Kitorang naseb baik sebab sama-sama dapat lucky draw. Woo hoo!! Kotak kuning depan tu la hadiah. Dalam dia ada product Saji macam minyak, macam-macam isntant paste, margarine, peanut butter and many more.

I puas hati and had so much fun main netball. Penat toksah cakap la sebab main Liga kan? Lepas tu, sampai je rumah I mandi terus. Dapat la nap sekejap tapi tak lama la sebab lepas tu Shein ajak begumpal. I dah rasa dizzy and sebelum tido makan Acti-fast. Naseb baik lepas bangun dah tak pening kepala. Makan 2 3 hari jugak la nak fit balik. Isnin tu datang kerja jalan mengengkang je. Hahahahaha. Dah tuwe macam ni la. Dulu sukan macam mana pon badan ok je. Sekarang ni bersukan setahun sekali mana la tak sakit badan. Actually I suka giler bersukan. Pernah terfikir nak letak treadmill dekat rumah tapi macam dah tadek tempat nak letak kat mana sebab rumah kecik. Kalau la ada treadmill, I promise sehari I lari 3km. Cececece. Sembang kencang.

-eNd- 

No comments: