Friday, February 19, 2016

Perihal Malas dan Aseana

Assalamualaikum..

Korang tak bosan ke kalau I all the time asyik update pasal makan je dalam blog ni? Kalau kata la korang terliur, korang merajuk tak tak dengan I? Sebab kata Sazli, kalau I up pasal makan and ada readers yang terliur nanti I dah berdosa. Macam tu. Dah tu kalau tak citer pasal makan, I nak citer pasal apa dekat dalam blog ni? Hahahaha. Sebab I memang suka makan pon. Tu yang gemok. Lagipon kalau cerita pasal makan, nanti laju je menaip dekat keyboard. Kalau bab lain, rasa macam kena berfikir sikit. I jenis pemalas nak fikir. Apapa pon ok je. Janji makan sedap. Hahaha. Padahal entry Korea baru Day 2, ada lagi 4 hari sampai sekarang tak berupdate. Acane?

Takpe, yang tu nanti I update kemudian. Nak kena tunggu roh rajin sampai. Sekarang ni MALAS. Haha.

I ni sebetulnya memang jenis malas. Malas nak mengemas rumah, malas nak mandi, malas nak tengok movie yang kena berfikir, malas nak jalan, malas nak bersiap, malas nak drive. Semua malas. Tapi pakkal la lepas kawen ni I dah boleh melawan kemalasan sebab I jenis suka tengok umah kemas and pening kalau bersepah. Kalau I jenis lantak, taktau la apa nak jadik. I ni drive pergi kerja balik kerja je. Kalau nak keluar dinner etc nanti Ellis akan fetch I. Macam I kan, rumah dekat Ampang, Ellis dekat Hulu Kelang. Let say kitorang nak pergi area Melawati yang sebelah rumah Ellis tu pon, dia akan datang ambik I dengan Ampang and patah balik ke Melawati sebab I tak suka drive. Hahaha. Sian Ellis kena buli dengan I.

Ada satu masa dulu, I pernah malas nak makan. Sanggup tu menggigil sampai badan ketar-ketar kebuluran. I Sanggup. Time tu memang I kurus la. 55kg macam tu. Makan sebab lapar je kalau tak memang tak. Masa belum kawen, time I dah start kerja dekat KL, I stay dengan Kaklong. I agak, dia tu pakkal la penyabar kalau tak memang dia dah halau I sebab I pemalas giler ok? Memang takde der nak menolong dia buat kerja rumah langsung. Kaklong bagi I tugasan simple. Everyday kena iron baju sekolah Along and Ayang. Tu pon I iron sambil baring. Kaki kat atas iron board. Boleh imagine tak? Hahaha.  Hari cuti kalau tak petang, jangan harap nak mandi. Beg, baju semua balik dari berjalan, I campak je. Kaklong la yang kemas. Lepas makan, takde der nak kemas ke apa. Main blah je OMG biawak sangat perangai. Kalau kat kampung time raya, semua orang dekat dapur memasak, I duduk depan TV tido. Subhanallah. Sebab tu la orang ‘sayang’ sangat I masa tu. Hahaha.

I perasan, I jadik rajin sikit bila I dah move out dari rumah Kaklong and stay outside so I berdikari. Bilik kalau tak kemas sendiri memang bersepah, baju kena basuh sendiri, makan kena pandai-pandai sendiri. Time tu I duduk dekat Intan Apartment Setiawangsa. I punya housemate malas dia level I masa duduk rumah Kaklong, time tu la I berubah jadik rajin. I tau dah kenapa I dulu malas sebab people feed me and do things for me. Konon anak bongsu so manja and expect Mak and Kakak-kakak buatkan semua tu yang naik kepala perangai but al-hamdulillah lepas tu I berubah and jadik rajin skek. Cecece. Cuma memang tak dinafikan ada masa, perangai Malas tu sesekali datang balik cuma I tak boleh nak layan sangat sebab kalau tak acane nak jadik isteri dan ibu yang baik kan?

Tetiba banyak bebel. Padahal tadi nak cerita pasal makan je. Hahahaha. Ni I makan dengan Ellis dekat Aseana KLCC. Ellis cakap dia nak makan Carbonara. I kalau nak makan Carbonara kena spaghetti only, taknak fettuccini or jenis-jenis lain. Lepas tu kuah kena banjir sebab I tak suka carbonara yang dry. Macam Ellis, dia takde specific how dia nak spaghetti dia. Janji boleh makan and kenyang. Takde hal. Kalau I dapat carbonara bukan macam yang I nak, nanti I tadek mood terus nak makan. Kuis-kuis dengan garpu. Memang sakit hati tengok perangai sendiri. Hahaha.


Fettucini Carbonara Ellis. Kering macam ni memang I tak suka. Kata Ellis, dia ok je. Sedap je. No problem. Haha.



I dah kenyang so I order Jelly Coconut. Sedap sangat!


Cecece. Konon menggoda la tu.


Hi gemok

I suka Aseana ni sebab tak ramai sangat orang selain dari waktu lunch. Sini ada keropok lekor, rojak, and pisang goreng. Dia punya fish and chips pon sedap. Kalau nak fresh air, boleh lepak dekat luar macam kitorang ni sambil makan sesambil cuci mata tengok handbag minah-minah Arab yang stay dekat Mandarin Oriental. Segala Hermes pakai OMG kaya giler. Kata Ellis if one day dia kaya, dia taknak pakai pon Hermes. Satu bag sampai RM40-50k buat apa. Membazir. I remember masa tahun 2011, Bapak and Mak ada bagi I satu handbag Hermes. Asalnya Bapak belikan Mak lepas tu dorang bagi pada I. Warna coklat jenis Constant. Masa tu I tak pandai value Hermes ni macam mana so I letak dalam dusting bag and letak dalam kotak elok-elok. Sampai sekarang I berdoa supaya handbag tu ok. Jangan la berkapok ke apa. Nak punggah kotak tu macam malas. So I berdoa je la supaya Hermes tu ok ok aje hendaknya. **Lap peluh

Aseana Cafe Bar
Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

-eNd-

7 comments:

Wizana Arbain said...

Teringat kisah u masa zmn susah dulu esp kes ade rm50 je gi klcc nak makan ngn ur friend yati pastu siap share & yg u hari2 nk makan fast food sbb kat kg u takde tu..like seriously kesian sgt i bc cerita u dulu2 tros i rs bersyukur sgt2 sbb kadang i suke merungut mende2 remeh padahal everything's being provided & dari kecik membawak ke zaman uni sampai la sekarang i x pernah lalui hidup mcm tu..tp alhamdulillah kan u dpt jodoh yg senang sket so sekang dh bole makan sedap2, travel & enjoy ur life :) wish u happy life always sue!

Dyba Dbuh said...

SEDAPNYA KELAPA JELLY TUUUU :(

Chooyaya! said...

wizana arbain : tu la. i pon sedih bila ingat. tp ok la, buat pengalaman. tp friendship yg mcm tu la best. kita jadik kawan susah senang. macam u, dah senang dari kecik so alhamdulillah. i pon takde la senang mana. tp kiter kan gaji makin lama makin banyak so tu kemaruk nak makan. hehe. keperluan lain dah disediakan suami. kalau tak dulu semua sendiri jer. anyway tq wizana. bak duit

dyba dbuh : jom la. bila dyba nak makan? kiter pergi ok?

Pretty Sweets said...

Pls cite psl makanan..sy suke sgt... hehehe

cik allord said...

kak su lawa time ni,terpesona kite hahaha

Mimy Hamid said...

akusuka citer makan reference aku utk makan...hahaah hr tu aku mkaan bbap buka blog ko pastu budak layan tu tgk aku tgk apa pastu dia lak sibuk citer hah itu ini dalam menu haha..

CikFa said...

Kaksu, saya tak kesah update pasal makan. At least tau tmpt tu sedap. Kalo smua org baik sgt tanak cite pasal makan, cemana la nak tau kedai tu sedap ke tak. Sbb saya tak minat nak redah je. Tak suka kecewa kalo makanan tak sedap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...