Friday, February 12, 2016

Shein Buli Mama

Assalamualaikum..

Petang semalam I beli soto ayam dekat tepi jalan menghala ke rumah I tu. Beli air Thai Green Tea Ice as well. Murah je. RM2.00 tapi sedap. Sekarang I rasa macam hari-hari nak Thai Green Tea. Macam addicted dah. Sampai umah, tengok Shein tengah tido. Semalam dia lepak dengan Sazli berdua sebab sekolah Shein tutup. Baba and Maktok outstation so Sazli la kena babysit Shein. I tak boleh nak cuti sebab tengah bizi nak siapkan BOD Paper for BOD Meeting. Kata boss I, kalau Su sakit sampai merangkak pon kena pergi kerja jugak. Hahahahaha. Besungguh la I makan soto tu sebab takot nanti Shein jaga, I tak boleh nak enjoy makan. Semalam kemas-kemas kereta jumpa sambal kicap yang I buat dekat rumah Mak last week, so I makan Soto dengan sambal kicap tu. Confident je sebab I rasa macam ok lagi, lepas tu takde bau. Hahahaha. Lepas setengah jam, perut start memulas. Lepas berak, muntah pulak. Sampai naik lembik badan.

Sazli pesan, masa dia Solat berjemaah dekat bawah tolong suap Shein makan roti canai. I pon dalam tak larat, suap la Shein makan. Shein pulak boleh buat bebai. I nak suap dia, dia sebok nak suap I. Memula I makan la, masuk 2 suap I dah tak lalu. Yerla, tengah sakit perut kan? Lepas tu Shein tonyoh-tonyoh je roti canai dekat I. Dah la siap cicah dalam kuah. Mana menitis dekat baju, menitis dekat carpet. Tapi I tak larat nak marah dia. Bila I cakap taknak, Shein paksa sampai nak telentang I kebelakang. Lepas tu I cakap, ‘Taknaaaaaaaaaaaaaaak’, Shein terus baling roti canai dekat muka I. OMG my son whyyyy??? Lepas tu dia boleh ambik roti canai tu baling macam orang baling topi masa graduation day tu. I terus nanges. Nanges besungguh-sungguh sampai meleleh-leleh air mata. Shein buli I L

Shein nampak I nanges, dia pon nanges sama. Dia peluk I, I buat keras je. Lama jugak kami 2 beranak nanges. Sazli sampai rumah pon pelik, ‘Ni kenapa yang 2 2 nanges ni? Hahahaha’. I cakap Shein buli I. Sazli suruh I rehat masuk bilik, dia kemas hall lepas tu buatkan Shein susu. So semua orang tido awal malam ni. Masa I dah baring, Sazli masuk bilik. Lepas tu Shein dekat pintu tengah pandang I muka tak puas hati, tangan kebelakang. Ko aper hal tak puas hati?? Hahaha. Sazli cakap, ‘Mama, mintak maaf dengan Shein’. Sebab Shein ni sejenis selagi tak mintak maaf, selagi tak setel dia memang takkan ok. Naseb la kalau sapa jadik GF ko nanti Shein. I cakap, ‘Kenapa I nak kena mintak maaf? Dia yang buat I’. Mama pon sama naik, taknak mengalah. Lepas tu Sazli cakap, ‘Mintak maaf je la. Nanti semua orang boleh rehat’.

Lepas tu I cakap, ‘Shein, salam. Mama mintak maaf’. Terus la Shein happy naik atas katil lompat-lompat. I dah tak larat sangat, so I selimut je. Shein buli I lagi, dia nak selimut I pulak. Walaupon dia ada selimut lain. Hahahaha. Dah tu, I pon togel la tak berselimut. Dah la aircond sejuk. Sakit perut lagi. Batu belaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhh.

I mengiring belah sana, tapi Shein marah. Dia suruh I hug dia. BAIK BOS. Dah peluk dia, baru la dia calm and tak lama tu lepas susu, dia pon tido. Malam tu perut I menggelegak and sakit sampai la ke harini. Nak makan apa pon I takot. Minum air pagi tadi pon pejam mata. I kalau diarrhea memang teruk. Lembik badan rasa. Ingat tak dulu I penah diarrhea sebab makan Ikan Tilapia. Sampai sekarang I tak boleh dengan ikan tu. Sebut pon macam takot. Dah la esok ada netball ni. I hope by tomorrow I dah fit. Tak sabar nak menang netball. Cecece. Anyway, sapa yang sakit perut keracunan makanan, please jangan ambik makanan berminyak, berempah. Bagi perut rest dulu. Makan Pisang dengan Apple selang sejam. Lepas dah rasa perut ok, baru makan makanan macam bubur and roti sebelum makan makanan heavy yang lain. Drinks lotsa plain water, InsyaAllah lepas tu akan ok. Good luck!

-eNd-


I tak lalu nak makan pisang sahaja, so I makan Banana Fritters with Vanilla Ice Cream dekat Madam Kwan. Pon boleh.....


Intan and Sarah makan cendol. Sedap cendol dekat sini. Yum!

2 comments:

cikel said...

Salam..alhamdulillah..kaksu sgt sabar..bila sy bce shein baling roti canai tu..teringat sy penah babysit anak sedara umur lebih kurang shein..anak sedara sy tu pun penah buat camtu..tgn sy cepat je tampar dia..pastu nyesal..sampai skrg dia takut ngan sy..huhu..

Ease Elias said...

kak su..sy pun pnh nangis kena buli ngan anak..masa tu 2 dorang 2 ngan 1 thn.dorang kata dorang ultraman and me monster...masalahnya belasah tu kow2..