Assalamualaikum..
Jumaat malam lepas, I dengan Ellis and Anny dinner
sama-sama dekat Nobu KL, Level 56 Tower 3 KLCC sempena dengan Anny dah nak
bersalin anytime soon ni. Si Anny and Ellis la cakap nak makan dekat tempat
exclusive sikit sebab nak pakai lawa-lawa and bawak clutch bag, (belagak dorang
ni haha) so kitorang pon short list kan la mana nak try. Samaada Nobu KL, Marini’s
on 57 KLCC, Troika Sky Dining or Thirty8 Grand Hyatt. Ellis cakap restaurant ni
listed dalam Kuala Lumpur 10 Best Restaurants 2016. Korang klik sini untuk
tengok full list. One of the restaurant tu, depan office I je. Marble 8
Steakhouse, so yang tu I dah keluarkan siap-siap from list. Macam Marini’s on
57 and Troika Sky Dining tak berapa convenience untuk kitorang sebab dia macam
ada session. First session 6.00pm – 8.00pm and second session 8.00pm to 10.00pm
so agak rushing. Ellis dah pernah makan dekat Thirty8 Grand Hyatt so kitorang
sebulat suara pilih Nobu KL. I la paling suka sebab sini makanan Jepun. Heeeee.
Korang kena try makan dekat sini one day. Sebab
makan dekat sini sedap and suasana malam sangat la romantic. Boleh nampak KL
Tower and kawasan sekitar dengan jelas. Datang malam la best sebab memang lawa.
Kalau tak gayat, boleh makan tepi tingkap macam kitorang. Jangan lupa buat
reservation for secure seat. Tapi child bawah 12 tahun is not allowed. Sini
kalau Jumaat, Sabtu malam usually penuh. Foreigner suka la makan dekat sini and
masa malam kitorang datang tu, kitorang je Malay clan. Yang lain semua Italian,
Japanese, Korean etc. Actually Nobu ni is franchise restaurant. Ada banyak dekat
tempat lain jugak macam dekat Miami, New York, LA, Beijing, Dubai, Mexico,
Budapest, Doha, Moscow and many more around the world. The Matsuhisa restaurants
own by Matsuhisa family while Nobu Restaurant are co-owned by Nobu, Robert De
Niro, Meir Teper, Drew Nieporent and managing partner Richie Notar.
Nobu-san ni pernah menang award from Japan Society for
his achievement in food culture. Baca biography dia dekat sini macam mana dia
nak start the restaurant memang agak susah. Pernah gagal and bangkit balik
sampai la sekarang dah terkenal diseluruh dunia and sangat berjaya. Ayah dia
meninggal masa umur dia 7 tahun and Mak dia jaga dia lepas tu. Lepas habis
sekolah dia kerja dekat Matsue Sushi and rezeki dia, dia telah dijemput oleh regular
customer - Peruvian entrepreneur untuk bukak Japanese Restaurant dekat Peru.
Lepas tu dia pindah ke Alaska untuk bukak restorant dia sendiri tapi gagal serta
merta sebab musnah dalam kebakaran. Lepas tu pulak dia pindah ke LA and try
nasib dia kat sana dan berjaya bukak his own restaurant ‘Mitsuwa’ dengan ‘Osbou’
dan bermula dari tu la dia mula dikenali dan paling menarik masa tahun 1995,
dia collaborate pulak dengan Robert De Niro untuk jadik partner dia lepas dia
berlakon dalam filem Casino and dia jugak pernah belakon dalam Austin Power :
Goldmember and Memoir of Geisha.
Kemain Nobu ni, semua dia nak try. Dah kaya tu
dah la, nak berlakon pulak buat apa. (Dengki) hahahaha. Dah jom tengok apa yang kitorang order haritu. Order banyak sebab portion dia kecik-kecik je. Bento pon ada tapi kitorang taknak makan bento malam ni.
New Style Salmon Sashimi
ni sedap giler. Anny jeling-jeling je sebab tak tahan kitorang cakap sedap. Dia
kan pregnant so tak boleh makan raw fish. Tapi akhirnya tertewas. Hahaha. Harga
dia RM50.00
Lobster Taco ni punya
la sedap. Tapi sekali ngap gone. RM15.00 seketul. Melampau mahal. Hahaha. Order
2 je sebab masa ni Anny tak sampai lagi. I cakap pada Ellis, makan cepat. Nanti
Anny datang kena share. Busuk hati giler. Hahahaha. Minima order is 2 pcs.
Agedashi Tofu ni takde
pon dalam menu, tapi bila I mintak dia kata ada. Bagus. Memang seeeedap
sangat-sangat. RM45.00 untuk 3 ketul. Bagus la ada 3 ketul so tak gaduh. Haha.
Yang ni pulak Soft
Shell Krab Karage. Pon sedap. RM35.00 untuk one dish. Semua boleh makan dalam
ni kecuali kayu tu.
Kena order sayur untuk
kesihatan so kitorang order Grilled Asparagus with Dry Miso. RM50.00. Lawa
sangat dia decorate, macam tak sampai hati nak makan. Tapi habes, tapi tak
sampai hati. Acane?
Chicken Cabbage ni pon
alahai sedapnya… Sambil makan, pejam mata. RM75.00
Last but not least,
Matsuhisa Shrimp Sliders is a must order kalau korang datang sini ok? Minima
order is 2 pcs. Harga dia RM30.00 seketul.
Kita kasik close up.
Unique kan? I pon taktau macam mana manusia boleh reka makanan sesedap macam
ni.
For dessert kitorang
ambik Bento Box. RM35.00 harga dia. Sedapnya choc mud ice-cream makan pulak
dengan green tea ice cream ni. Patut takyah share. Hahahaha.
I dengan Ellis makan nasik. RM6.00 1 bowl. Lepas tu air, dia
tanya nak sparking water ke or still water? I nak jawab ‘Nak air sejuk je’ tapi
Ellis marah. Hahahaha. So kitorang ambik still water jenis Fiji 2 botol. Harga
dia RM28.00 sebotol. Wakluuuuu air sejuk je dah RM28.00, rasa sama je macam air
peti ais dekat rumah tapi what do you expect kan? Dah kata Nobu. Lepas makan,
Anny wajib nak coffee. So dia ambik Americano. I tanya Anny rasa apa, dia cakap
rasa kopi laaaaaaaaaaa, dah tu nak rasa apa. Hahahahaha.
Entrace Nobu. Korang
kena tukar 2 lift untuk sampai sini. Dari bawah sampai ke atas ada orang
escort. So jangan risau, takkan sesat punya.
Bar counter
Minimalist concept
Sissy Ellis. Background
KL Tower, nampak cantik sebab nanti dia always change color
I pulak background
KLCC. Cantik sangat nampak waktu malam
Si Anny masih
mengekalkan konsep misteri. Susah nak ambik proper gambar dengan si Anny ni.
Kalau dia cakap nak check gambar, baik jangan bagi henpon. Sebab konsep check
dia ialah delete. Haha
Time ni abang dekat
Nobu ambikkan gambar. Kitorang cakap nak masuk toilet dulu, lepas tu berangan
apa semua dekat setengah jam, bila keluar tengok dia masih setia menanti
didepan pintu. Hahahaha.
Kata Anny, konsep
malam ni is all black untuk memberi
effect kurus. Kaki Anny walaupon pregnant tunggu masa je nak bersalin tapi
sekali ganda kurus dari kaki I. Mana la keadilan dalam dunia ni.
Ni la kawan manja,
kawan gaduh (tapi kalau I nak ajak Ellis gaduh, dia tak layan pon) Haha. Love
you Baby. U kena kawan I sampai mati.
Amboi Anny, memberi
pandangan kasih sayang pada I nampak? I love you Anny. Anny pesan, kalau ada
apapa yang dia silap, kena bagitau. Jangan pendam dalam hati. Kata dia, dia nak
friendship kami bertiga kekal sampai jannah. InsyaAllah. Anny is founder
Transgluta. Dia memang makan collagen untuk jaga kecantikan kulit dia dari
dalam. Sebab tu la kulit dia cantik. Now I follow jejak dia. InsyaAllah minggu
depan, I akan keluarkan promo baru untuk Transgluta since ramai yang terlepas
promo last month. Stay tuned ok?
Dekat Nobu ni, ada makanan dia yang campur dengan Mirin (rice wine sake), tapi jangan risau sebab waiter akan datang and tanya kita how we want our dish to be cook. Dia akan terangkan. So korang kena bagitau kita nak free-mirin dish. So setel, boleh makan dengan gembira. Thank you Anny and Ellis for this wonderful dinner. InsyaAllah nanti kalau ada rezeki, kita makan dekat sini lagi. Tak pon kalau dah kaya raya, kita bukan la Nobu satu lagi dekat Singapore. Amboi. Cita-cita tinggi sangat tu. Takper takper, kejayaan tu biasanya bermula dengan angan-angan. Cecece. Semenjak kawan dengan Anny ni, semua menda nak relate to business je. Hahahahaha.
Kata Anny, kita kena ambik history Nobu ni macam
mana dia boleh berjaya lepas gagal terduduk dalam business. Bukan takat makan
lepas tu kenyang and balik. Dalam business, kena sentiasa berfikiran positif. Jangan
asyik fikir macam mana nak jatuhkan orang lain punya business, dengki, sakit
hati semua ni. Hati kena bersih sentiasa. Kalau orang label kita kaki
mengendeng ke, poyo ke, belagak ke apa takpe. Let them judge walaupon bukan
kenal rapat. Jangan simpan dendam dalam hati. Bersihkan hati and always be
positive. Teruskan buat baik pada orang yang terang-terang tak suka kita sebab
nanti Allah akan bantu kita lebih banyak lagi in the future. Itu yang I cuba
buat sekarang. Taknak ada dendam or tak suka pada sesiapa. Kawan-kawan buat
business support je walaupon dia tak suka kita, takpe, keep on doakan kejayaan
mereka and be happy for them. InsyaAllah nanti Allah akan bagi kita yang
manis-manis pulak.
One more, kalau korang nak senang. Parking dekat Mandarin Oriental je sebab Tower Three ni sebelah tu aje. Kalau korang jenis tak segan dengan baju kemain cantik siap clutch bag segala, boleh la parking dekat KLCC je. Lepas tu keluar ikut Aseana boleh sampai jugak dekat Tower 3 KLCC ni. OK? Okbye.
Ni la rupa Chef Nobu
Matsuhisa. Sebelah tu ialah pelakon Robert DeNiro and Chef Gordon Ramsay
Nobu ialah Japanese Cuisine infuse with Latin America flavors menawarkan anda pengalaman menikmati makanan bertaraf antarabangsa. Nobu hospitality is a combination of world class cuisine and unparalleled service, offering the best fine dining in the heart of KL. Klik sini untuk tengok full menu dekat Nobu.
Level 56, Menara 3
Petronas, Persiaran KLCC,
Kuala Lumpur City
Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Phone:+60 3-2164 5084
Hours: 6–11PM
-eNd-
1 comment:
su..anny ni kawan baik si fillani kan or am i wrong?just asking...
Post a Comment