Monday, February 29, 2016

Shein's activities over weekend (Padang Matsushita with Wakdan and Mohiz Birthday at KFC JJ AU2)

Assalamualaikum..

Sabtu Ahad lepas Shein memang puas main. Sabtu ikut Sazli pergi main bola dekat Padang Matsushita Shah Alam so dia pon sama la naik, lari dekat track and main lompat-lompat dekat tempat Lompat Galah landing tu. Ahad pulak pergi birthday Mohiz (anak neighbor) dekat KFC JJ Au2 pulak and main dekat kids area yang ada slide castle angin tu. So these two days Shein berpeluh giler sama level dengan Sazli dah. Muka merah-merah sampai sembap. Hahaha. Dah la sejenis Shein ni mana reti penat dia wei. Bila energy dia nak habes pon I taktau. Dia taknak stop pon. Kalau tak ajak balik, tak angkat memang dia takkan berenti. Dah siap main, siap la nasik satu polystyrene pon boleh habes sorang. Air 500ml dia punya sorang. Dah siap mandi boleh je dia cergas semula. Takde pulak dia penat nak tido ke apa. Boleh?

Shein ni memang jenis kuat minum air kosong. Ellis la ajar suruh bagi minum air kosong sejak dari dia kecik, kalau tak dia mana suka air kosong and dekat sekolah dia pon memang dia drink lotsa plain water. Bagus la sebab berpeluh lencun kalau tak minum air takot dehydrated pulak. Macam Shein, the most important thing, lepas dia berpeluh kena bagi dia cool down and jangan bawak masuk aircond terus. Kalau tak memang dia akan demam sebab suhu mengejut dari panas ke sejuk. Baju yang dia berpeluh tu kena lekas-lekas salin supaya dada dia tak sejuk (sebab basah). Lepas lap peluh semua, biarkan dia berlenggeng dengan diapers sekejap lepas tu baru la bagi dia mandi. Sebab tu, tiap kali keluar memang complete beg Shein I bawak baju salin, towel and shower gel dia. Senang, sebab Shein ni kalau dah dapat main tak ingat dunia so anytime tengok dia dah bau udang bak kata Shanom, mandikan ajer. 


I pakaikan sleeveless dengan seluar panjang sebab let say dia jatuh atas track, lutut dia tak sakit sangat. Last time pakaikan shorts, merah-merah lutut dia jatuh. Shein ni debab so impact dia kalau jatuh macam agak kuat la. Haha. Tengok Sazli, perut dah almost gone. Huwaaaa.



Shanom yang ikatkan Shein rambut. Guna getah sayur je. Ada pulak tu getah dekat lantai. Masa Ahad tu pon I jumpa getah sayur dekat lantai jugak. Hahahha. Tiup-tiup buat syarat konon hilang kotor, lepas tu ikatkan rambut Si Shein.


Sebok tarik tangan ajak masuk padang nak main bola dengan Abah dia.


Seronok Shein dekat sini sebab banyak burung and nampak aeroplane lalu. Asyik jerit bird bird. Nak sebut plane tak reti so dia tunjuk and cakap tu tuuuuu. Kalau tak respon nanti dia datang, tolak pipi suruh tengok dia. Hahah.


Ni dia mencangkung sebab point finger dekat kasut I. I pakai kasut kaler purple. Dok apple apple. Jenuh mengajar purple. Takpe son, janji ada bunyi. Kee it up!

A video posted by suraya sulatin (@surayasulatin) on


Kata Wawa Yusoff, Shein ni sebijik macam I dah. Tinggal pakai Bib C je. Hahaha. Masa dekat padang pon ramai yang gelak cakap Shein macam I. Sazli pon kata, 'Suraya, Shein ni dah rupa you dah'. Hehe.


Becinta Shein dengan air yang Shanom belikan ni. Asyik berpeluk je. Apple Apple kata Shein sebab botol color purple. Shein suka dekat Shanom sekejap je ok? Tak sampai 2 minute. Siap mintak dukung lepas tu pegang tangan OMG mementang la Shanom cantik. Hahaha. Larat pulak Shanom asyik nak dukung dia.


Masa main jump jump dekat tempat landing Lompat Tinggi ni, Si Rish and Raisa sampai. Raisa tu lasak boleh tahan walaupon perempuan. Dah la tonggek-tonggek jalan. Pakkal ada Rish, kalau tak I dah tolak. Hahaha. Time ni Shein dah bau udang dah. Berpeluh-peluh. Nak dukung pon tak sampai hati sebab takot tangan masam. Belendir!


Incomplete players Wakdan. Si Azfar and Gofur sampai lambat. Dorang menag 4-0 harini. Tahniah Wakdan! Sapa nak arrange match boleh contact Wakdan dekat sini. I agak harini Wakdan menang sebab Apai takde. Hahahah.

Shein sempat la lari satu pusingan balapan 400 meter dengan I. Langsung tak menunjukkan semput ke apa. Ada masa dia berenti nak mintak dukong, Banyak cantik? Hahaha. Tapi bila I lari, dia kejar. Seronok sangat. Kalau la ada stadium macam ni dekat area-area rumah I kan best, sebab boleh bawak Shein lari-lari tanpa takot kena langgar dengan kereta ataupon hilang. I tak berapa prefer park sebab lagi besar park, lagi ramai orang jahat. Leka sekejap memang anak boleh hilang. Stadium is the safest place untuk toddler macam Shein lari-lari. 


Next day, kitorang ke birthday party Mohiz dekat KFC JJ AU2. Ni masa mula sampai elok lagi la rupa manusia lepas tu kambengggg. 

OOTD Shein. Baju dari Mothercare, seluar jeans H&M Kids and kasut Mothercare jugak. Now Mothercare ada sale. Korang pergi la shopping. Gaji dah dapat kan? Kasut tu after sale tak sampai seratus. Seluar jeans Shein I suka beli dekat H&M sebab cutting dia kecik. So bila pakai nampak hensem. Lagipon murah tak sampai RM100.00 pon. Shein ada satu jeans GAP tapi I pakaikan 2 kali je kot sebab cutting dia tak cantik.


Happy Birthday Mohiz! Thank you Kak Fieza tapaukan cake. Shein makan banyak lepas makan nasi goreng cina sebekas. Hahaha.


Star Wars Theme and baju pakai hitam/putih. Meriah party Mohiz.


Birthday Boy


Time ada game, Shein bizi makan. Game tak habes lagi dia dah heret tangan I ajak keluar main.


After 1 hour, Shein dah jadik macam ni. Hahahahha. Lencccunnn!

I awasi Shein all the time sebab ada budak jenis suka back-hand and tolak-tolak other's kid. Dalam pada I tengok, kena jugak Shein tolak sampai tersembam. Shein jenis tak melawan. Dia sebik-sebik and akan blah je. Rebut barang pon dia takde. Dia mengalah je. I marah Shein, I cakap, 'Lawan la. Be a man!' Ko memang kan Shein, kalau dengan Mama kemain taknak kalah? Asyik la I kena lempang dengan Shein. Shein semalam actually mood tak berapa ok. Dari rumah Maktok dia tak puas hati dengan I. Dia baling apapa I buat bodoh je, lepas tu dia kena la tegur dengan Sazli sebab buat I. Dia punya tak puas hati tak dapat lawan I membawak ke rumah and tantrum nanges sedu-sedu taktau apa dia nak sampai 2 jam. Dah keluar tu, ok la mood dia. Sampai rumah buat hal balik. I bila angin dengan Shein, Sazli akan handle kalau tak cepat je nak mencubit. I taknak marah-marah Shein selalu, not good for him tapi sabar kita ni sometimes ada limit.


Setel sebotol air masa tengah main. Tengok la Shein berpeluh macam apa. Hahaha.


Sazli take over Shein lepas dia main. Bagi dia cool down. I pulak ambik chance beli barang-barang Shein sebab dah alang-alang ada dekat JJ.


 Umpan nak letak dalam trolley baru dia stop main.

I observe perangai dia, and I found out Si Shein ni sapa pon dia ok je kawan. Tu ari masa dekat Padang Matsushita, anak Chinese 2 orang pon sebok dia nak join. Haha. Asal ada geng dah cukup enjoy dah dia. Kekadang tadek geng pon ok jugak. Janji main. Usually Sabtu Ahad kalau dah tadek buat apa sangat pon, Sazli akan bawak dia swimming dekat bawah rumah kitorang ni. Shein ni kalau duduk rumah je, nanti mula la buat perangai. Bosan agaknya. Kena la jalan-jalan jugak kan? Ikut perangai Mama, jenis suka bejalan. Haha. Dapat pergi Ampang Point pon dah takpe. Hahahaha teruk giler perangai. Rumah kitorang pulak jenis apartment so limited space la dia nak main. 

Kekadang kalau dekat Kampung dia main dengan Amsyar pon sampai lencun berpeluh. Kalau dah dengan Amsyar main, mana dia nak layan I dengan Sazli. Tido pon taknak dengan I. Suka hati dia je. Bila dia nak geng balik? Time dalam kereta nak balik KL. Sazli pon cakap dia rindu Shein. Macam dah lama tak kawan. Haha. So sekian sahaja cerita pasal Shein kemain panjang sampai kelantai. Shein, nak uweeeeet!!

-eNd-

2 comments:

Cici said...

Hi kak su. bagus Shein ni nak minum air kosong. my son masa kecik dulu minum je tersedak, minum je tersedak. -__- bila dah 2 tahun + baru lah boleh minum tu pun prefer air sejuk. btw cantik sangat rambut Shein

Chooyaya! said...

mommy cici : dia minum gopoh sangat ke apa? kalau tersedak yang air keluar ikut hidung tu kesian kan?