Monday, March 28, 2016

Anny Suraya RTW Raya Collections is open for order. TQ

Assalamualaikum.

Korangggggg. Baju raya dah beli ke belum? Kalau belum beli jom tengok baju-baju raya dari koleksi Anny Suraya RTW (cecece). Takyah nak baju-baju raya sangat la sebab 2 design je ponnnn. Hahaha. Ikutkan nak buat 800 design and ambik pre-order tapi tailor cakap dia tak sempat nak buat dah untuk raya so kena redha je la dengan 2 design ni je dulu. Lagipon 2 design je cukup la. Korang tu kalau bagi banyak-banyak nanti rambang mata so I dengan Anny chose only the best. Gittewwww. Nati lepas raya InsyaAllah kita akan come out dengan design yang lain pulak.

Konsep dia yang nak pakai baju cecantik ropol broccoli kobes ni bukan untuk orang yang kurus je, sebab size ada sampai 2XL (Ukuran dada 44 – Ema, ko muat ni Ma hahaha). So yang ebab-ebab macam I pon also can look slim. InsyaAllah. Yang penting kena confident. Jangan tengok je tak cuba dulu dah cakap Nooooooo. Sama la macam I masa nak photoshot dulu. Meroyan ok nak pakai baju ni? Takot nanti orang cakap macam Mek Saidah pulak. Ayoooh!! Haha.

Walaupon sekarang bulan April pon tak masuk lagi, tapi takpe. Ok je kalau nak beli Baju Raya dari sekarang sebab nanti bulan-bulan depan boleh sep duit untuk beli menda lain pulak. Kan? Baju ni jugak boleh pakai bawak pergi wedding. Pon cantik jugak. Material jenis Heavy COMO CREPE (kain berat, tidak beralun dan tidak melekap dibadan). Baju ni wudhu’ friendly sebab dia ada zip dekat tangan walaupon design jenis lengan kecik. Size ada dari S sampai 2XL. Let say korang besar dari ni, boleh request size tapi kena ambik masa la sebab nak buat ukuran lain tapi harga ada penambahan. Yang tu boleh dibawak bincang.

Jom check out colors yang ada. So far semua ni ada size and semua color available. Untuk yang dress macam Anny pakai tu, also available warna hitam. Yang I punya tu pulak, ada warna merah and maroon. Sapa yang nak tengok kaler lain, boleh personally WhatsApp I. Tak larat I nak pakai semua. 4 helai ni pon dah nak muntah dah ok? Posing memula elok, nak sampai kesudah semua Ultraman punya gaya pon keluar. Hahahaha. Bongok ko Anny (Tetiba Anny pon bongok).



Anny Suraya Kurung - Eclectic Blue (RM199.90)



Anny Suraya Kurung - Purple (RM199.90)


Anny Suraya Kurung - Mint Green (RM199.90)


Anny Suraya Kurung - Light Purple (RM199.90)


Anny Suraya Dress - Red Chili (RM189.90)


Anny Suraya Dress - Mustard (RM189.90)


Anny Suraya Dress - Pink (RM189.90)


 Anny Suraya Dress - Emerald Green (RM189.90)
Anny Suraya RTW Measurement 

Ok. Dah pilih color apa yang nak? Bagusssss. Pilih cepat-cepat sebab kalau habis batch ni, I tak janji color yang sama akan keluar. OK? Kalau dapat baju ni awal nanti boleh buat contoh untuk buat baju melayu suami pulak. Baru la sedondon and semangat nak beraya kan?

Macam I, I pakai size M. Anny pakai size S. Senang je kalau korang nak tau size korang, ukuran dada kena betul. Ukur lilit dada tau? Bukan ukur cup bra ye Intan? Takyah nak bangga sangat Cup C. Hahahaha. Kalau ukuran dada ngam-ngam, dah sedang elok macam I pakai. Just nice macam buat measurement dekat badan sendiri je. Mana yang suka besar and nampak macam jubah, boleh ambik one size up. I paling suka baju ni sebab ukuran bahu dia memang elok terletak so bila pakai nampak cantik and kain dia jenis berat, so boleh bagi impak kurus pada pemakai. Tak caya tengok la I punya tu macam mana. Lawa kan?

Kalau ada yang berkenan, korang boleh order terus pada I. WhatsApp 0129184042 ok? Bagitau nak baju jenis apa, warna apa and size apa lepas tu zaaaappp terus I pos. Harga kat atas tu is excluded postage. Untuk postage kena tambah RM7.00 ok? Cenggilah giler kuasa. Sendiri jadik model, sendiri ambik order. Best giler I. Hahahaha. Kalau ada apapa nak tanya, boleh terus tanya pada I. Jangan malu jangan segan, ada durian boleh jalannnnnnnnnn. Betul betul betul. Kbye.


Fireeee!!


-eNd-

4 comments:

hani a.bakar said...

Assalamualaikum Su...
Ukuran tu semua guna inci ye? 😆

Chooyaya! said...

hani.a.bakar : iyeeeee kak hani.

hani a.bakar said...

😊

schazaza said...

ya allah kak su...
gmbr kak su dlm ni dh mcm satu pelakon ni
xigt nama die
tp die bff emma maembong
pastu kuat melatah...
serius muke sama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...