Wednesday, March 30, 2016

Villaku Residence, Balok Kuantan

Assalamualaikum.

Sazli dengan bebudak Wakdan ada la plan nak buat mini family day kitorang kononnya nanti dekat this one place call Villaku Residence dekat Pantai Balok, Kuantan. Masa check dalam Airbnb dorang charge dalam RM3,000/night perrrrghhhhh mahal giler. Tapi padan la dengan facilities yang dorang offer. Ada pool besar dekat tepi rumah and dalam rumah, bilik ada 5, huge kitchen and family area, lokasi dekat tepi pantai, ada their own BBQ area and building sangat lah cantik dan bersih. Both interior and exterior sangat superb! Konsep Villaku Residence ni macam homestay. Treat the place like your own house. Bukan macam hotel yang ada orang nak kemas tiap-tiap hari.

Cooking tools semua complete, tinggal nak bawak menda nak masak je. Kalau malas nak masak pon takper, tapi kat sana nanti makan pasir je la. Takpon makan kaki je. Kan? Hahahaha. Dah kata pemalas sangat sapa suruh? Sazli memang nak sangat datang sini. Tau je la dengan bebudak Wakdan ni. Plan nak buat family day ni I dengar since 2011 lagi sampai Shein dah nak kawen sekarang ni pon harammmm nak menjadi. Tapi dah kata kalau rezeki kan, tetiba Shariffah ajak kitorang untuk holiday sama dengan 2 more parents from Building Blocks International (BBI) and one of her friend untuk stay dekat Villa Residence ni over this weekend. Check In on Sunday and Check out on Tuesday. 


Cantik kan design Villaku residence ni? Bentuk Bulat and banyak cermin.



Ada swimming pool besar dekat luar. Sebelah tu ada BBQ area.


Dalam rumah pon ada pool? Best!

Now BBI cuti semester. So boleh la extend sampai hari Selasa trip ni. Takde any specific activity pon. Memasing nak berendam dalam pool sampai kecut and bermalas-malas. Nak relax je. Tapi kitorang akan cook for lunch and dinner. 1 day BBQ, breakfast sendiri-sendiri. So sapa malas boleh bangun pukul 11.00am tadek sapa nak marah. Haha. Kitorang ingatkan harga still RM3,000/night so divide by 5, untuk 3D2N satu family kena bayar RM1,200 but unfortunately the villa is belong to Shariffah punya relatives so kitorang dapat RM3,000/3D2N. Laaagilah jimat berganda-ganda. Bagus Sha. I love you for that.

Dekat sana, I ambik tugas memasak. Kata Shariffah I kena masak for 2nd day lunch, 2nd  day dinner and 3rd day lunch. BBQ first night tu barang-barang kite upah orang carikkan and prepare. Nanti tinggal bakar je. Segala mala kicap, oyster sauce, chili sauce is not allowed. Shariffah and Mr David ni memang pantang sangat kalau orang guna any MSG or process foods yang unhealthy. I cakap I nak bawak kicap manis. Shariffah cakap, Mr David said you also cannot eat that kicap. Hahaha. Tetiba rasa macam budak sekolah pulak kena marah dengan cikgu. I cakap takpe, I makan dalam bilik. I ni hantu kicap ok? I memang becinta dengan kicap manis since forever. Kiter memang bonding and best buddy. Tak boleh berpisah lagi. Jangan cuba-cuba pisahkan I dengan kicap.



Kitchen mengadap laut. Malam-malam harap tak nampak la dekat luar. Kang I masak dekat hall je. Haha.


Dining area. 


Banyak kerusi so takyah la berebut. Cukup ada more than 10. Adults makan atas kerusi. Budak-budak makan atas lantai. Haha.


Hall pon besar.


So lovely kan Villaku Residence ni?


BBQ area tepi pool. Depan tu dah pantai. Kata Sazli, dia nak jogging. Yer la tuuuu.

I tengah fikir nak masak apa untuk 4 kali masak tu. Kata Shariffah boleh masak Asam Pedas Ikan Tenggiri and Chicken Curry. Dia akan masak Chicken Soup for Shein. No Ikan Goreng for Shein sebab too much fried item will not help him sebab lead to carcinogen. Amenda pulak carcinogen ni? Kejap nak google. Oh. Carcinogen is an agent directly involved in causing cancer. Ooooo kisahnya. Seram pulak I baca. Both Shariffah and Mr David memang health conscious. They believe apa yang kita feed anak-anak will lead dorang punya IQ and body. Sebab tu dekat BBI they serve only organic foods (sebab tu fee’s mahal lol).

Shariffah in-charge bahagian sayur and dia akan masak Pesto Pasta. I remember dia masak Spaghetti yang I makan sikit lepas tu menyesal last time. Dia guna pesto sauce, ada pine nuts, chicken and eggplant. Makan dengan chili oil yang Mr. David masak sendiri, I can’t wait. Lepas tu I nak bawak ikan pekasam, ulam-ulam kampung, sambal ketuk and sambal tempoyak. Azian akan bawak petai so lawan dengan ikan pekasam nanti MasyaAllah sedapnyaaaaaa. Paste untuk masak kari and asam pedas I akan masak awal-awal la, nanti kat sana tinggal defrost and masukkan ayam/ikan. Menu lain semua sambal. Dah tu Sambal je I punya favorite, naseb la. Hahahaha. Kot nanti ada yang diarrhea, hospital Kuantan dekat. Hahahah.


Ada 5 rooms and bilik pon besar-besar.


Cantik


Ini walkway ke apa ni? Tak sure. Nanti sampai sana boleh tengok sendiri (^_^)

So basically dekat sana nanti I nak rehat and nak makan je. Diet ke apa, kita bincang lain masa la. Not this time. Lepas holiday baru diet balik. This time I nak makan je puas-puas (tebiat ke apa ni?). Kira macam cheat day la. Orang cheat day sehari, ko cheat day 3 hari. Kah kah kah. Oklah, nak buat list what to bring for this holiday. Tak sabarnyaaaaaa. Villaku Residence, mu tunggu aku datang!

Villaku Residences Airbnb
Villaku Residences Facebook

Villaku Residence
Lot 28195. Kg Pantai Balok
26080 Balok, Kuantan
+0192669669


-eNd-

7 comments:

Sheila Adziz said...

memang cantik.... Allahmdulillah.. selamat bercuti....

Mimy Hamid said...

lawaa..haha sengal la part diet..kekek

Mommy Cici said...

selamat bercuti kak su. memang cantik sangat tempat tu, berbaloi lah dengan harga dia >,< and kitchen tu mmg menyeramkan -___-

Chooyaya! said...

sheila adziz : tq awak

mimy hamid : hahahahah. ko tu mimy, bila nak kurus?

mommy cici : kan? dah la tadek langsir

Fiza Abdul Rahman said...

Hai sue,

U kata jimat.. u pergi 3D/2N

Rm 3000/night = 2 x 3000 = RM 6000
Rm 3000/day = 3 x 3000 = RM 9000

x jimat je.. ke I salah kira... hahahahah

sweethazel said...

Owned by experience hotelier

Chooyaya! said...

fiza abd rahman : i silaaaap hahahaha. actually its 3,000 3d2n. dah edit dah. tq awak

sweethazel : no wonder la cantik tmpt ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...