Wednesday, March 16, 2016

Create Your Own Sandwich at O'Briens (Tested and prooffly sedap)

Assalamualaikum..

Sebenarnya dari dulu lagi I suka makan Sandwich dekat O'Briens ni. Tapi bila dah menggila makan, I dah taknak O'Briens lagi sebab apa barang makan sandwich? Haha. Sampai la tetiba konon ada kesedaran nak jaga makan ni, so I rajin datang balik kat sini. Antara favorite I ialah Classic Tripledecker Sandwich, Chicken Slice and Cheddar Shambo and Smoked Salmon and Cream Cheese Sandwich. I usually akan mintak roti jenis white bread - toasted. Tak suka order roti lain macam ciabatta or shambo. Sebab I rasa roti tu sikit and macam tak kenyang. Hahahaha. Perangai sangat. Walaupon makan sandwich tapi musti mau portion debab kata ko.

Sampai la satu masa ni, I try to create I punya own sandwich and ever since that, I tak pernah ubah dah I punya sandwich recipe sampai Bapak cakap, I punya hidup ni tak variety sebab stick to one menu each time bila datang sini. Lantak la dia nak cakap apa sebab kalau I cuba buat macam lain lepas tu sandwich I tak sedap, macam mana? Haaaaaa. Walaupon dia yang bayar tapi ikut suka hati I la nak makan apa konsep dia.

Cuma lately ni I dah try variety kan I punya sandwich and I cuba roti Shambo and Ciabatta and try letak Guacamole (avocado) dalam sandwich I. Sedap je pon. Dulu je tak berani. Kalau korang tengok Mat Salih kan, dorang punya sandwich kering-kering je. Kekadang tak letak sos langsung and kekadang letak ketchup je. Kita orang Malaysia yang typical (macam I) suka la kuah meleleh-leleh. Kalau dekat Subway tu sos dia siap cakap 'All sauce'. Selagi tak meleleh melimpah ruah and sloppy, consider tak sedap. Kan? Tapi semenjak Sazli ajar I makan burger and sandwich sauce sikit-sikit je, baru I tau sebenarnya sandwich macam ni lagi sedap. Baru terasa segala isi dalam dia, salad and cheese. Baru nikmat.


One of sandwich dekat O'Briens yang I create. Ni Anny punya. Dia kalau makan kat sini akan mintak I buatkan je. Dia redha apa yang I pilih tapi nak basah and taknak roti empat segi. Ok boss!

So, nanti bebila korang datang O'Briens, ikut macam sandwich yang I create ni, InsyaAllah sedap. OK? Roti tu ikut suka korang nak white bread, whole meal bread, ciabatta or shambo (Roti 3 Segi) semua pon sedap. Cuma yang I tak pernah try is Wrap je. So korang jangan pilih wrap. Muka masa nak order kena confident kalau tak nanti kena bodo-bodo je dengan budak dekat counter. Macam last time, bebudak ni (Sarah, Dyba and Intan) nak makan dekat sini and cakap nak customize sandwich dorang, tapi orang tu cakap tak boleh. Hahahaha. Sian giler.

Yang penting muka confident sebab Malaysian biasa la, kalau muka nampak terbangang-bangang masa nak order walaupon banyak duit tapi taktau nak makan apa memang yang tukang buat tu rolling eyes memandang hina. Macamkan kita makan guna duit dia. So muka confident. Ok? Itu tips number satu. Haha.


Create Your Own Sandwich dekat O'Briens. 

Memula pilih roti, 1 main filling, choices of 3 salads and 1 sauce. Kalau nak tambah main filling, extra salad and extra sauce kena bayar lebih. Amenda la sos sesudu pon sampai RM2.10 ko charge? Mahal! Tapi naseb baik la ko sedap. So akak maafkan. Kalau ikutkan harga sandwich tadek extra apapa, RM13.90 tapi yang I buatkan anny tu dah jadik RM18.00++ and always macam tu la harga yang I kena charge each time datang sini. Hehe.

I sertakan jugak gambar dekat bawah but for illustration purpose only. Ni bukan gambar sebenar dekat O'Briens ok? Tapi lebih kurang macam ni la. Jom tengok step by step how I create my sandwich.


Pilih Ciabatta Bread. Wholemeal ok? Toasted. Baru rangup makan krup krap.


Main Filling this time I pilih chicken mayo. Korang boleh mintak chicken slice, turkey slice or sausage. Ada macam-macam jenis. Be creative. Tapi kalau Smoked Salmon, tak sesuai la buat macam ni. Nanti rasa salmon tu lari, (so kalau lari nak kena kejar pulak ke acane hahahaha). Kalau smoked salmon, makan dengan cream cheese je. OK? If order Chicken Slice I suka add on Chicken Crisp as well macam Trippledecker tu, sedap makan rangup-rangup!




Mintak 1 slice of cheddar cheese

Sos pulak ada banyak jenis. Chili sauce, ketchup, mayonnaise, thousand island, guacamole, mustard, honey mustard, olive oil, ballymaloe sauce, cranberry sauce, caesar dressing and many more. O'Briens ni is Irish Sandwich yang ada variety of sauce. Korang boleh je try and bereksperimen dengan sos-sos dorang. OK? Jom check out I punya favorite sauce. 


 Honey Mustard. Sedap! Rasa manis-manis and ala-ala mayonnaise. Honey mustard apapa pon sedap. I makan dekat Chili's sedap also yang bottle beli dekat hypermarket pon sedap. Makan dengan buffalo wings perrrrghhhhhh. Batu belaaaaaah....


Yang ni nama dia Ballymaloe sos. Irish sauce. Rasa masam manis memang perfect with any sandwich. Seriously. Dalam dia ada tomato, cherry tomato, apple, raisin, ginger, nutmeg etc lepas tu dia masak sampai jadi sauce. Click sini untuk tengok full ingredient. Tapi Irish punya dia letak white wine vinegar. Yang Malaysia punya is Halal. InsyaAllah. I tak pernah jumpa jual kat mana-mana except dekat O'Briens ni je.

Coleslaw. Ni sebab Anny suka. 

I tak suka coleslaw dalam I punya sandwich. Tapi sedap jugak pon sebenarnya. Ikut suka korang la nak letak ke tak. Macam dalam Tripledecker ada letak coleslaw. Sayur korang boleh pilih macam tomatoes, onions, variety type of salad macam butter head, romaine lettuce, red leaf, iceberg, urugula, oak leaf, radicchio, escarole and many more. Dulu kalau cakap salad, I ingat daun je. Sekarang kena la study sikit sebab kata suka makan? Salad sebenarnya ada banyak jenis. If urugula I only makan dengan Smoke Salmon. Kalau sandwich lain, I suka romaine lettuce and butter head. Yang pahit macam radicchio type I tak suka letak dalam sandwich.

Complicate woh nak create sandwich yang I suka and kena dengan tekak I sebenarnya. Hahahha,. Mengada giler. So korang kena appreciate I punya creation ni. Paham?


Butterhead Salad
Romaine Lettuce


Ni la rupa Chicken Mayo Ciabatta Sandwich yang I create. Sos takde melimpah ruah kecuali coleslaw tu je la sebab Anny mintak double. Dia kata nak sos banyak, I buat bodoh je. Bila dia makan, dia cakap sedap. Haaaaaa. You don't need sloppy sandwich Anny. Macam ni pon sedap.

Dah siap and dah boleh ngap! Actually ada banyak lagi isi dalam sandwich ni korang boleh letak. Ada eggplant, walnuts, eggs and many more. Yang tu korang boleh check out dekat O'Briens website, Tengok dulu menu dorang kot-kot nak lebih detail sebelum korang datang sini nanti. Beria la aku explain ni ok? Hahahaha. Yang paling penting, I nak bagitau sandwich ni walaupon nama dia sandwich and nampak ala-ala macam tak menggemokkan, tapi sebenarnya 1 set sandwich kekadang boleh pergi sampai 1,000 - 1,200 calories lagi banyak dari sepinggan mee/nasi goreng. So please watch out apa yang korang nak letak dalam sandwich korang especially yang tengah count calories intake everyday. OK?

Good luck with your sandwich at O'Briens and kalau makan sedap tu, jangan lupakan kanda disini yang besungguh-sungguh explain pasal sandwich dekat O'brien. Dah la bukan paid entry. Menyampah. Kbye,

-eNd-

2 comments:

Cik Siti Hajar said...

sy paling setuju tips no 1 tu....

tak kisah lah masuk kedai apa pon.. tips no 1 tu paling penting.. kalau tak memang muka pelayan macam mintak kaki...

Nurul Hidayah Norhan said...

Saya kerja as call center o'briens. If nak order delivery i'll be gladly to assist you ! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...