Assalamualaikum..
Viral sekarang cerita Boboiboy dekat cinema kan? I
baca review semua hebat-hebat. 2 hari tayangan dah RM3 juta dapat. Sampai
sekarang dah almost RM10 juta perrrrghhh. Kayoooooo la producer. Pandai dia
tackle hati bebudak kan? Tengok pada kutipan banyak tu, mesti best. Masa iklan
pon Shein seronok je tengok tv. Sampai berenti main dia. Lepas habis iklan baru
la dia sambung kerja so maksudnya dia suka la. Sazli cakap boleh bawak Shein
tengok movie so kitorang decide nak pergi on Saturday last week. Memula Jumaat
tu I nak beli dekat kaunter terus sebab TGV ada priority lane untuk Maybank
card user. So let say kalau korang beli dekat sini, ticket charge only
RM10.00/ticket tapi dengan syarat kena beli hari yang nak tengok tu la. I kan
nak tengok esoknya? So tak boleh beli murah guna Maybank card. So cancel.
I sanggup ok nak datang KLCC pagi Sabtu tu untuk
beli ticket tengok petang punya show.Kedekut giler! Hahaha. Tapi jadik tak
senang duduk sebab Sazli dok call-call tanya ticket dah beli ke belum so
finally I beli je online ticket. Now kalau nak beli online macam leceh sikit
sebab kena register la apa la. Naseb memang I dah register dengan TGV. Tu pon
sebab nak dapat 2 free ticket yang boleh redeem as a new user. Hahaha. KLCC
tiket mahal la wei. RM20.00 seorang. Kalau Rabu I tak sure berapa. RM10 macam
tu kot? Tapi best online ticket sekarang ni kalau korang beli, boleh print
terus and tak payah pergi kaunter dah. So senang la. Ke ni semua orang dah tau
sebenarnya? Hahahah. Maklumlaaah ongtue dah lama tak tengok wayang macam ni la.
Dulu ada jugak I ambik cuti date dengan Sazli tengok wayang berdua. Last
kitorang movie double date dengan Aliah and Atiq tengok Dilwale. Janam janam
janaaaaam.
Kata Sazli, ambik show petang dalam 5.30pm macam
tu. Shein pon dah puas tido tengahari. Lepas movie, kiter dinner terus. Set!
Dalam 4.00pm kitorang gerak ke KLCC sebab Sazli ajak jalan-jalan and dia nak
tengok Lego. Untuk dia ok? Bukan untuk Shein. Hahaha. Kebetulan masa I pergi
KLCC, kata Anny dia ada dekat sana jugak lunch dekat Madam Kwan dengan family
Alan husband dia. Masa tu dia baru 12 hari give birth, dah berjalan dah. Kata
Anny dia pantang jugak. Tapi pantang duduk rumah la, tu yang kena bejalan-jalan
kalau tak dia pening kepala. Untunglaaaaaaaaaa family sporting. Kalau I, mampos
kena bebel dengan Mak, Mak Mertua, Suami, Sabahat handai jiran tetangga belaka. Tapi Anny pon jaga
makan, stoking pakai and limited kan dia punya pergerakan. I rasa ok je. Mat
Salih pon jenis lepas 2 3 hari bersalin dah keluar pergi mall. Amereka! Haha.
Anny yang masa ni baru 12 hari bersalin. Steady je.
Cepat je kurus Anny.
Ni dekat depan Toy R Us. Belonggok kitorang dekat sini layan Aaron and Shein main.
Belakang tu MIL Anny.
Aaron buat peace!
Suka Shein dengan Hot Wheel set ni.
Tengah syok main kitorang ajak pergi cinema. So start la Drama baring atas lantai - Part I
Start masuk cinema memula Shein ok la. Menekun
tengok screen. Bebudak kan suka iklan? Masa movie start Shein ok, tapi
lama-lama dia buat hal. Kejap kang nak baring dekat lantai, kejap kang nak
duduk dengan I. Time lawan-lawan dia ok tapi lepas tu kalau time scene borak-borak
dia boring. Tapi I agak Shein ni saja nak test Sazli je. Bukan ada apa pon
sebab masa Sazli keluar solat Shein ok je duduk dengan I. Diam je. Bila Sazli
datang balik, mula la dia huru-hara. Sazli pulak jenis kejap nak lap tangan
dia, kejap cuit sana cuit sini so Shein pon rimas agaknya. I tengok Boboiboy ni
best, pack dengan action and lawak. Sudahnya yang enjoy tengok bukan Shein,
tapi aku. Hahaha. Macam citer Upin Ipin takde pon lawan-lawan tapi Shein suka
je pon. Bila eh Upin-Upin nak buat movie lagi?
Ni second time la Shein tengok movie. Last time dia
tengok Minion tu. Yang tu dia elok tengok dari mula sampai habes. Takper la,
experience kan? I ok je takat Shein huru-hara sekejap-sekejap sebab kalau nak
ikut dia decent all the time, memang I duduk rumah je la. Tak payah jalan
mana-mana kawan je dengan dinding.
Anyway, I nak ucapkan terima kasih pada
staff/cleaner TGV KLCC sebab jujur. I ni sebetulnya jenis akan check all the
time phone ada ke tak dalam handbag. Tapi masa haritu careless ke apa, I
terjatuhkan handphone I dalam cinema. Perasan handphone takde masa kitorang nak
queue dekat Chili’s. I panic tapi belakon cool. Sedih memang sedih sebab iPhone
6 tu, Sazli yang belikan I. Baru je lagi dia bagi. Tak sampai 3 bulan pon.
Kalau hilang matilaaaaaaaaaaaaa. Lagipon sayang la gambar-gambar tak sempat
transfer lagi.
Sazli pergi check dekat dalam cinema. Jumpa orang
kat sana and dorang suruh pergi Management Office. Masa dekat sana dia tanya handphone
jenis apa and dia mintak masukkan password. Kalau dapat baru la dia bagi
handphone tu pada kita. Kata Abang dekat situ, usually kalau cleaner jumpa dorang
akan ambik and bagi pada Management Office tapi kalau orang lain yang jumpa,
dia akan ambik la (kalau dia tak jujur). Ni my second time la tercicir dalam
cinema. Dulu sekali dekat Pavilion zaman tak kawen lagi. Sampai rumah, tengok
handphone takde. Gigih pergi balik. Naseb I put handphone on silent mood so cuma
ada blink-blink lampu je. Dapat jugak bawah kerusi masa show orang lain. Kata
Anny, kalau 3 kali tercicir lagi lepas ni, memang hilang terus. Choi!
Lepas dapat handphone semula baru la I boleh senyum
balik. Kitorang makan dekat Chili’s and order Triple Platter (Triple Play). Shein
suka makan ayam salut tepung tu. Setel 3 ketul dekat dia. Slowly je dia makan.
Tapi in between, macam-macam menda dia nak buat. Nak hiris celery dengan pisau,
buat bunga rampai guna tissue and main gigit-gigit ais. Kata Sazli takpe dia
nak buat apa, asalkan Shein makan habes. Kitorang dah kenyang sebab makan snack
masa movie banyak. 3 beranak punya snack dah RM50.00 melampau. Haha. Padahal I
on diet. Aku pon tak paham macam mana boleh selamba makan chicken cocktail.
Asal cuti je, gone la diet.
Becinta ni dua orang
Sazli makan buffalo wings, Shein makan ayam. I makan angin.
Sazli banyak handle Shein sebenarnya compare dengan I. Makan kat kedai pon dia duduk sebelah Sazli biasanya.
Bak pinjam Shein, nak ambik gambar. Tengok muka Shein, macam muka I kan?
Habes makan, kitorang balik. I tengok Shein happy
so kitorang pon happy. Thank you Papa Bubu belanja movie and makan. Sesekali
jalan-jalan macam ni memang syok. Drama Shein sikit-sikit tu takper la. Bagi
dia expose dekat mall and tempat yang dia tak biasa pergi. I memang suka
berjalan time weekend. Sazli pon tau. Dia pon tak pernah halang especially masa
dia ada game bola and tak boleh teman I dengan Shein. I memang ada handle Shein
alone dekat Ge Mall semua tapi seronok dia takat seronok dapat keluar je la. Bila
complete ada Sazli, Shein macam ni dengan I, I rasa extra happy. Rasa complete.
Hope I dapat buat macam ni dengan Sazli and Shein for many more years to come.
InsyaAllah.
Happy Weekend korang! Sabtu ni Ayang bertunang
dengan Eddy my best friend masa sekolah dulu. Haha. Jodoh ada depan mata since
10-12 tahun rupanya. Eddy selalu datang raya rumah I dari Ayang kecik-kecik
lagi. Tak sangka berjodohan. InsyaAllah tahun ni jugak dorang kawen. Welcome to
the family Eddy. Call me Su, don’t call me Makcik. Ko jangan nak perasan muda
sangat. Tumbuk baru tau. Mak semua dah ada dekat KL. Doakan Majlis Pertunangan
Ayang and Eddy esok berjalan lancar ok?
-eNd-
1 comment:
tk bw lg ank pegi tgk boboiboy...esok kot insya allah...tgv klcc mmg mahal...kalo nk tgk wyg ole booking thru application tgv..install kt hp lps tu bila dh succes just diorang bg barcord scan..so tkyh gi kaunter or print...diorang scan je dr hp ..bole bc link entry saya
http://mamatisya.blogspot.my/2014/02/booking-wayang-thru-tgv-cinemas-mobile.html
Post a Comment