Tuesday, March 1, 2016

Happy Birthday Yang Ke 30-an Rish!

Assalamualaikum..

Happy birthday to Rish yang ke 30-an. Hahaha. Boleh tak yang ke 30-an? I taktau birthday Rish yang keberapa sebenarnya. Dia panggil Fruz ‘Abang’ so I agak mesti yang ke 32  sebab Fruz umur sebaya Sazli. I tak panggil Saz Abang sebab ada sekali I cuba mengada panggil Abang, dia panggil I akak. Gurau kasar nampak? Umur tuwe takper eh? Janji jiwa muda remaja. Gittewwww. Kan? Hahahaha. Actually I boleh je WhatsApp Rish and tanya dia punya birth date and year tapi saja malas sebab nanti dia excited la kalau I cakap nak letak pasal dia dekat dalam blog I. I boleh imagine muka beria nampak excited lepas tu nanti dia cakap kat Raisa, ‘Raisa, awak ni buat muka elok-elok sikit. Nanti nak masuk dalam blog Chooyaya. Awak tau ke?’ Raisa pon terkebil-kebil je takpaham. Kata umur tak 2 tahun lagi? (Eh ke dah sebenarnya OMG).

Birth date Rish is 18 Februari lepas, tapi yang kitorang jumpa for Brunch ni on 21st Feb dekat Green Tomato Café. Semenjak I suggest tempat ni, Rish pon suka datang sini. Ni dia punya second time here. Rish ni memang kaki teringin. Mana yang I cakap best, dia suka la nak try. Dari biskut ke tudung semua dia terpengaruh. Haha. I cakap sedap semua Rish cakap sedap kecuali Mak dia punya Sambal Hitam. Yang tu dia tak suka. Dia cakap apa yang sedapnya sambal ikan bilis? Ni nama dia makanan inflasi sebab nak jimat. Dulu masa dia kekecik asal Mama dia masak Sambal Hitam ni dia dengan adik-adik dia semua tak makan. Sanggup lapar. Hahaha. Macam Mama dia pulak excited la setiap kali Rish balik Lipis, mesti bungkuskan I Sambal Hitam sebab first time orang appreciate Sambal Hitam dia.

Rish tak puas hati I cakap sedap, lepas tu kata dia sebab letak ajinomoto boleh la sedap! Hahaha. Tak puas hati sangat ko dah kenapa??

So alang-alang nak pass Sambal Hitam Mak dia buat untuk I, dia ajak la kitorang brunch sama-sama. Biasa yang mendapat sambutan kalau ajak lepak ni orang yang sama je. Effa, Shanom, Syikin and Wana biasa jadi pemerhati. Mira Eddie dengan Hani Kidd on-off. I pon sama on-off jugak sebab malas nak handle Shein. Dia kan ikut kepala dia je? Kena mood tak elok hangen pulak I. Yerla, kite dah siap lawa-lawa sekali dia buat perangai, dah kena balik. So haritu I datang sorang je. Sazli layan Shein dekat rumah. Dorang bangun lambat and bemalas-malas. I pulak keluar awal sebab sementara tunggu Rish and Aliah sampai, I breakfast dulu dengan Anny and Ellis. Senang sekali harung jumpa tempat yang sama. Tak lama lagi, I boleh la jadik Exclusive Member Green Tomato Café takpon jadi Duta la terus sebab balik-balik muka I kat sana. Hahahah.


Wakdan WAGS. Cecece. Bunyi WAGS macam poyo jer. Raisa pandang mana tu? Thank you ATiq ambikkan gambar. Si Altaav missing in action. Sebok main puzzle dengan anak mat saleh mana entah.



Rish. Birthday Girl. Excited tu bila I cakap nak ambik gambar dia. Dalam tengah bebel-bebel bercakap terus senyum. Lepas snap, sambung bebel balik bercerita. Haha.


Complimentary Cake from Amelia owner Green Tomato Cafe. Thank you Amelia. Korang kalau datang dine in dekat sini akan dapat FREE Movie Ticket yang boleh redeem dekat MBO Ampang (While Stock Last)


Si Manja Ellis. Budak paling kebal telinga kalau I bebel-bebel tak puas hati pasal apapa. Dia buat dek je. Dah tau dah I cepat naik angin, cepat sejuk.


Anny, Siti Nurhaliza and Ellis Suraya

Rish now tengah pregnant 5 months and Aliah pregnant 6 weeks. Alhamdulillah tahun ni I dapat 4 anak buah baru. Anak Anny, Dyba, Rish and Aliah. Bestnyaaaaa. Dapat imagine bau baby wangi je. Kepada Anny, tahniah sebab melahirkan a healthy baby boy pagi tadi pukul 8.00am. InsyaAllah nanti I datang visit you ok? Untuk Rish, Aliah and Dyba, I doakan semoga smooth pregnancy dan selamat both baby and mommy. Untuk Rish (lagi), Happy Belated Birthday yang Ke-30an semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan dimurahkan rezeki serta dalam lindungan Allah dunia dan akhirat. Kirim salam Mama you. Dengan kata-kata, ‘Harap ada lagi Sambal Hitam untuk anakanda disini’. Hehe.


-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...