Wednesday, March 2, 2016

Brunch with Erry and Nora

Assalamualaikum…

Semalam dah cerita pasal Brunch dekat Green Tomato Café, harini cerita lagi. Lantak aaaah. Tapi yang brunch dengan Rish and Aliah tu dah 2 minggu, yang ni last week punya. This time, I pergi dengan Sheindong and join Errie and his wife Puan Nora. Si Erry ni my old friend masa zaman muda remaja dulu. Dia ada kembar muka sebijik macam dia and I ambik masa dalam 6 bulan jugak la untuk recognize mana satu Errie, mana satu Awie. Muka serupa nak mampos. Tak best la kalau dapat anak kembar seiras macam ni sebab walaupon anak ada dua, tapi rasa macam ada sorang sebab muka serupa. Hahaha. I dulu tak cakap kembar/twin tapi akan cakap macam ni. ‘I ada dinner dengan muka serupa malam ni’. Hahaha. Bongok giler. I pulak asal terserempak dorang dekat mana-mana, I akan tanya dulu ‘Ni adik ke abang?’ Walaupon dah dinner and lepak coffee sama lebih 5 kali. Lulz

Si Errie ajak brunch haritu tapi tak bagi notice. I tengah besungguh kemas rumah dengan Shein jadik assistant paham-paham la sendiri macam mana huru-hara dia. Sazli takde dekat rumah, dia ada run dekat Putrajaya dengan John. I pon memang plan nak keluar cari makanan dengan Shein later so if sempat boleh catch up dengan dia. Memula ingat takyah mandi la hahahah sebab kalau tak mandi pon I wangi, bau nestum. Tetiba Shein dah buat big business so alang-alang mandi terus. By the time kitorang sampai, Errie and Nora dah siap makan pon. Shein pulak malu-malu ayam. Tapi dalam pada malu, bila Errie hulur eskrem coklat potong dia ambik. Setel 2 batang. Sebatang jatuh lepas tu Shein kutip dengan deraian air mata. Haha.  Thank you Errie and Nora for your treat and I doakan korang akan dapat baby soon. InsyaAllah….. 


Errie send me gambar ni. Dia cakap dia suka cafe ni. I agak dah he will like it. Who doesn't kan? Sebab sini memang cantik ala-ala back to nature. Sejuk je walaupon takde air-cond



I makan pancake 2. Habes! Haha.


Amboi Shein pandang Auntie Nora dengan penuh kasih sayang. Dia memang suka perempuan cantik-cantik.


Errie and Nora


Shein suka la dekat sini sebab boleh main menda ni. Apa ni? Skate board ke apa ni?


Kejar dia!

-eNd-

2 comments:

Mommy Cici said...

err tu scooter kot. entah apa namanya >,<

Chooyaya! said...

Mommy cici : ha betul la. nama dia scooter

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...