Thursday, March 24, 2016

Kek Tunang Ayang, Huda and FIKCLES

Assalamualaikum..

Thank you Huda sebab merealisasikan Kek Pertunangan Ayang and Eddy Sabtu lepas. Puas I fikir nak kek yang macam mana (Biasa la… Makcik yang over macamkan I yang bertunang haha). Kata Kaklong dia taknak Fondant Cake sebab bertunang je. So I pon Google-google gambar and end up ternampak Korean Flower Buttercream Cake dekat blog mana entah, terus send gambar tu dekat Huda and mintak dia buat. Kata Huda dia tak pernah buat kek bunga lebat-lebat macam tu tapi dia akan cuba. I encourage Huda untuk buat and I yakinkan yang dia boleh buat as always sebab dia ni memang tangan berseni and banyak idea nak deco cake.

Tema cake is pink and baby blue and I bagi Huda a few contoh and finally below is the result. Lawa and sweet sangat nampak kek ni. Thank you Baby! I know you can do it! Cantik sangat sangat sangat (^_^)

Harga kek ni, Huda pon taktau nak letak berapa. Dia suruh I yang letak harga. Asal boleh je ko ni kan Huda? Haha. Kata Huda kalau Korean Flower Buttercream yang bunga 4-5 kuntum is RM150.00 tapi yang lebat macam Kakyang punya tu, dia kata taktau nak letak berapa RM. Haha. So sapa yang tanya berapa harga ke Kakyang last time, tak dapat la I nak menjawab. Yang tu korang kena tanya Huda terus. Pada sapa yang berminat, korang boleh Google gambar kek korang or bagitau apa warna tema, nanti Huda buatkan. I love both cake. Yang sarat bunga pon cantik, yang simple sekuntum dua pon cantik.

Korean Flower Buttercream Cake by Huda for Ayang and Eddy's Engagement



Pandangan Sisi


Pandangan atas



Baby Blue and Soft Pink Theme


Yang ni pon cantik. Bunga tak lebat. Purple + White Theme. RM150.00


Cantik sangat bunga dia. Kemas Huda buat. Huda kata, dia belajar dari Youtube je.

Dekat sini I ada nak announce something jugak. Huda is no longer with Fikcles. Jodoh Huda dengan Fikcles setakat sini saja. But Fikcles masih beroperasi macam biasa. Menu, location semua tak berubah. Now Fikcles is 100% own by Huda punya partner last time, Alia and her husband Baim. So lepas ni, any comment or inquiry pasal apapa berkaitan Fikcles korang boleh direct terus hubungi Fikcles sendiri. Ok? Pada semua yang pernah datang Fikcles, please give continuous support to Fikcles and team ok? Semoga Fikcles akan terus maju pada sekarang and masa akan datang. Amin…

Huda cakap, now dia ada banyak masa untuk back to her old hobby which is baking. So korang dah boleh start book kek pada Huda like old days. Boleh order kek untuk makan-makan as well. Dulu lama Huda stop sebab tak cukup tanga. Now she’s back on track. Nanti InsyaAllah Huda akan come out with dia punya new product. Yang tu, I tak boleh nak reveal lagi kang nanti ada je yang nak meniru. Sekarang masih dalam proses R&D. I pon macam biasa, mestilah ada menyebok and share idea. I pasti, product baru ni akan jadik sehebat Red Velvet, Pavlova and Durian Cream Huda dulu. InsyaAllah.

Hp : 019-7165687 (Nurhuda Samsudin)


-eNd-

2 comments:

Ismaliza Yahya said...

wahh cantiknyaa kek!

Chooyaya! said...

Ismaliza Yahya : Cantik sangat (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...