Wednesday, March 23, 2016

Taman Burung AVILLION

Assalamualaikum..

Kesinambungan dari entry sini yang I cerita pasal Fish Pond dekat Avillion Water Chalet, Port Dickson so ni ialah last entry la. Hahaha. Makan 3 bulan nak habes cerita Shein punya birthday outing ni. Sabar ajer la. I busy menyelamatkan dunia lately. Busy doing errands here and there macamkan ada bisnes juta-juta. Kata Dyba, I busy je dekat office, dia pon takot nak tegur. Nanti kena marah. I pon taktau la apa yang I busykan sangat. Poyo jer.

Yang ni I nak share gambar Shein dekat Child Area and Taman Burung. Macam yang I cakap, Avillion ni memang paling sesuai kalau nak spend time chill lepak dengan family, kill time swimming dekat pool dia yang besar-besar also ada a few activity for kids. Memang anak-anak baya Shein ni akan happy. Duduk sini seminggu pon ok jeeeee. Bebudak ni ko kasik kolam, kasik tempat main papan gelongsor panjat-panjat lepas tu kasik Mini Zoo, memang settle. Sama macam Si Shein. Lari sana, lari sini. Happy sangat nampaknya dia. I dengan Sazli setia menunggu dia dekat tepi. Biarkan dia main sepuas yang dia nak, as long as dia happy.

Lagipon It's your birthday Shein. Anything for you. Mama menguap banyak kali pon takpe. Kejar Shein keliling sangkar burung sampai 20 pusingan pon takpe. **Mata keatas, tangan kebahu.


Si Shein ajak I naik sekali. Tarik-tarik tangan I buat tak layan. Lama-lama member give up, dia main sorang-sorang. Banyak la ko nak ajak Mama sekali.







Si Shein ni memang jenis suka explore, suka main. Kalau dapat main, sorang-sorang pon jadik. Berpeluh-peluh dia. Macam Amsyar anak buah I yang sebaya Si Shein, dia tak suka main tapi suka permainan. Dalam hal ni, I prefer toddler yang suka main dari mainan sebab takyah melibatkan cost. Haha.




Kasut Stride Ride ni bagus. Boleh pakai jalan cum kasut untuk lari-lari. Dalam dia pon lembut. Yang ni tak sampai RM200.00. Tapi I beli ni time offer beli satu percuma 1, so I share dengan Dyba. Korang beli la kasut ni. Selesa sangat I tengok Shein pakai. Stride Ride dekat KLCC tak silap I ada offer sekarang sempena kedai dah nak tutup. Tak laku la tu. Haha.




Seorang Shein yang gembira




Sian Shein main sorang-sorang. Takper Shein, InsyaAllah soon doakan Mama dapat adik kasik main dengan Shein. Bila? Tu yang taktau nak jawab.




Untuk sementara waktu, you boleh semakkan hidup Abah. Ajak Abah main sama-sama. Tapi jangan la main lepas tu gaduh. Malas la nak dengar orang nanges. Haha.




Next kita kacau Peacock pulak. Si Shein ni memang dia taktau takot. Selagi dia boleh dekat, dia datang dekat.




Ada burung Merak yang ekor tak kembang. Yang tak kembang tu bukan princess agaknya.




Burung ni lari sebab Shein berdiri dalam bekas makanan dia tu. Sabar ajer la.




Ini la resaksa gorgon Sheindong yang memusnahkan tempat makan Peacock.



Kejaaaaaar



Run... Runnnnn for your lifeeeeee



Si Shein ni dihambatnya Burung Merak tu sampai tawaf 40 pusingan ada kot?




Next day datang sini lagi. Dia yang tarik tangan I ajak datang sini.




Burung-burung tu nampak dia dari jauh pon semua dah lari. Tak kena kejar pon lagi. Hahahaha.




I malas nak duduk lama-lama dekat situ. I buat-buat tinggal dia. Dia bukan perasan pon. Seronok dengan burung. Dekat 10 minutes baru Shein sedar I takde. Boleh?




Jom Shein, kita balik bilik mandi dalam Jacuzzi.




Ok la. Belanja gambar Mama satu (^_^)




Ni bangunan apa ni?

So, sekianlah sahaja entry Avillion Port Dickson. Korang nanti kalau ada masa, boleh datang sini. Ingat pesan I, book through Agoda or Booking.com baru murah dari book directly dengan dorang. Duduk 3 hari 2 malam dah cukup. Kalau nak best, ambik yang sea view lepas tu jangan lupa bawak swimming attire. T-Shirt is not allowed here ok? Kang nanti orang berenang, ko nanges tepi kolam. Masuk je kolam, terus kena halau. Hahaha. Okbye!

Avillion Water Chalet Port Dickson
Batu 3, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan, Malaysia

-eNd-

2 comments:

Haris Zuhaina said...

Salam Sue
Syoq nya tgk Shein ni
explore race abih aih
Merak tu hat jantan yg kembang
hat tina tak menarik :P

Chooyaya! said...

Haris Zuhaina : Oooo hat jantan plak lagi lawa dari hat betina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...