Friday, March 11, 2016

Maggie Celup edisi makan kuah je. Sian.

Assalamualaikum..

Petang semalam I teringin nak makan Maggie Celup dekat Keramat AU1 sana tu. So, I ajak Kakyang and Kaklong makan dekat sana lepas office. Syira officemate I yang lose berat 22kg dalam masa setahun dari 75kg ke 53kg tu (whyyy?????) cakap pada I yang Maggie tu consider heavy food jugak so tsssk tssssk. I cakap takper la, I makan kuah jer. Kata Syira, kuah je takpe. Hahahaha sedih giler. Yerla, orang tengah semangat nak diet ni layankan ajer.

Bila ingat balik rejim pemakanan I sebelum ni, seriously memang hari-hari I makan like a King. Kawan-kawan tau I enjoy my foods so very much. Yang masuk dalam blog and IG lain citer, yang tak masukkan sebab segan sendiri lain citer. Hahahaha. Segan dekat Saz pon ada. Dia jarang-jarang makan sedap, so I rasa bersalah if only I je yang makan sedap every day sedangkan dia kekadang whole day survive dengan sekeping roti canai je sebab busy at work maka I rasa bersalah. Sangat. But can’t help it. Makan sedap susah nak berenti. Bodoh-bodoh pon I singgah KLCC balik kerja sebab nak beli cupcake dengan Bisou. Ada orang suka spend duit pada baju, kasut semua but I lain. I spend pada makan. Baju takde sangat pon takpe janji makan sedap hari-hari. Nampak tak konsep dia tu macam mana?



Maggie Celup campur. Dalam dia ada paru, lempong, perut, daging and ayam. Sedapnyaaaaaaa



Kena pulak lokasi Pavilion and KLCC yang dekat dengan office, factor kawan-kawan yang sekepala yang enjoy makan especially Sarah, Anny and Ellis so lagi la kan? Dorang pulak kuat makan tapi kurus. I kuat makan samadengan badak. Mana la keadilan dalam dunia ni, tambahan lagi I pulak jenis suka air manis and wajib makan dessert EVERY DAY alahai. Mana la berat selamba je naik almost 5kg within 6 months ni. Tapi memang patut pon berat naik bila tengok balik apa I makan hari-hari. Kekadang weekend makan sedap dari pagi sampai ke malam. Yerla, sebab keluar kan? Takkan nak minum air sejuk je kot? Hahaha.

Sekarang baru timbul kesedaran pasal apa yang I pernah makan. Cecece. So semalam, memang makan kuah je. Ada la sesudu I makan Maggie tu. Geram je nak makan habes. Tingat I makan dengan Ellis last time Maggie Celup ni. I makan semangkok setel. Lepas tu Ellis tak habes, I makan dia punya pulak. Bawak bekal balik, malam tu makan lagi. Omagad. Merana perut I. Tapi takper la, now dah insaf kan? Better la insaf sekarang dari tak insaf-insaf. I will continue jaga pemakanan. I choose slowly but surely turun berat and taknak push sangat. Kata-kata negative ‘Faktor usia ni susah dah nak turun berat Su’, I put a side. Malas nak dengar. Tu yang The Biggest Loser tu ada je contestant yang umur 50 tapi boleh je turun berat badan. Kenapa I tak?

Kan?

Ok la. Selamat Berhujung Minggu. I cuba control my foods intake walaupon ada orang cakap, diet time weekdays je. Weekend boleh makan nasik. I taknak lagi macam tu. Unless dah ada turun 2kg, baru la boleh makan sedap balik. I nak makan Spaghetti Carbonara dekat Delicious dengan air sedap dengan Chocolicious taknak share. HAHAHAHHAHAHAHHA. Sementara waktu ni, I agak makanan yang I share dalam blog akan membosankan la. Maybe salad and sandwich je. Korang jangan la bosan pulak eh? Doakan I istiqamah. Lepas tu kita back on track. OK?


-eNd-

7 comments:

42766176 said...

i suka u chooyaya. keep it up writing ok!

Chooyaya! said...

42766176 : i suka u jugak. amenda number ni? hehe

Najwa said...

Kak Su!!!! Jgn la diet.... Hihi

Pretty Sweets said...

Pleasseeee bg location maggie celup ni... dh kempunan sgt T.T

Liyana Sadzali said...

Sejak follow blog kak su, nafsu makan i sebijik mcm kaksu. Lepas makan mesti nak cari benda manis dan i makin gemok. Sobsobsob

Chooyaya! said...

Najwa : abes tu kalau kaksu gemok, mcm mana?

Pretty Sweets : awak pergi Keramat Au1, sebelah flat polis tu. restoran dia bebetul tepi simpang yang ada jual durian and mangga pulut tu

Liyana Sadzali : Jom la diet sama-sama. Kaksu dah seminggu insaf. Hahaha. Baru seminggu je padahal.

Reena Kamarudin said...

kaksu, tercabarnya reena. reena pernah buat atkins. sebulan turun 13kg. tu tahun 2013. lepas tu rasa dah konfiden, lupa daratan. dan skang gain more than 13kg tu. huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...