Friday, March 11, 2016

Pool and View at Avillion Water Chalet, Port Dickson

Assalamualaikum..

So jom sambung balik entry Avillion semalam. Semalam I tunjuk bilik kan dekat entry sini? Today I share gambar kawasan sekitar macam dia punya chalet, pool and mini zoo pulak. Nanti later I share taman Avllion dekat entrance, kids area and tempat burung-burung and Peacock lepak minum teh. Haha. Tennis court pon ada jugak. Nak letak sekaligus kat sini nanti penuh sangat gambar. Lagipon tadek element surprise. Hehe. Dekat sini, kitorang ambik buffet untuk breakfast je.Tadek la sedap sangat tapi boleh laaaa. Kata Sazli ok je. I biasa la, bab makan kalau tak iye iye sedap I akan cakap boleh la je. Poyo la kata kan? Haha.

Lunch and Dinner kitorang makan dekat luar. Jalan-jalan area PD. Petang pergi dekat pantai sebelah Avillion ni. Ada jual Mee Sup sedap dekat truck. I teringat ada sehari tu, Shein jatuh dari kerusi lepas tu dia muka terkejut confuse, lepas 5 second baru semua orang gelak. Shein pon gelak sekali. I suka Shein punya face expression time tu. Hahahaha. Padan muka jatuh, sapa suruh tak duduk diam?

Pool dekat sini ada 2 type. 1 Adult only and 1 lagi dekat sebelah restaurant is Adult and Child. Tak berapa ingat pool boleh guna sampai pukul berapa tapi tak silap I, Adult Pool boleh guna sampai midnight. I prefer Adult Pool sebab orang tak ramai and luas. Tapi Si Shein tak boleh la guna sebab dia kecik lagi. Tapi ada 1 day tu orang tak ramai and Pool Supervisor cakap kitorang boleh guna, until ada orang complaint then baru kena keluar. So kitorang anak beranak mandi dekat situ layan tengok kapalterbang dekat atas. Dekat Avillion ni bagi I semua petugas dia very warm (they better be sebab sini mahal). Semua petugas tu termasuk la pekerja yang buat gardening as well. Asal jumpa letak tangan dekat dada. Bagus sangat. Rasa macam nak bagi sorang dua ringgit.


Kita mulakan dari bilik. Ni bilik I, nampak tak ada ruang kosong atap terbukak tu? Situ tempat air hujan masuk sebelah toilet. Sebelah je bilik kitorang, situ tempat spa. I tak pernah try lagi. Ingat haritu nak try tapi Sazli pon nak jugak. Dah tu Shein macam mana? So takpe. Next time.



Ni bilik kitorang. Balcony mengadap laut.


Ni jalan nak keluar  ke pool and main building tempat nak breakfast


Si Shein sebok nak pakai mask untuk birthday dia tu. Lepas tu jalan pakai hidung.


Bilik-bilik lain. Sini korang tengok sendiri, bersih terjaga je. Shein suka ni lari-lari lepas tu kita kena la kejar. Masuk lorong-lorong macam main maze pulak.


Shein the zoro


Cantik kan? Tenang dan damai je. Hopefully nanti Sazli belanja datang sini lagi.


Shein suka la tengok laut dekat bawah tu. I mula la imagine, ni kalau Shein terjun ni macam mana.. Haha.


Tong sampah dia pon lawa


Traditional Malay Footwash. Kalau barefoot, lepas tu boleh la basuh kaki guna air dalam tempayan ni. Sejuk je.


See? Sini redup je. Pokok banyak and besar-besar. 


Ni kalau datang dengan kekasih boleh la lepak dekat kerusi ni sambil bergurau senda.


Spice Farm. pon always bersih.


Dari bilik nak sampai ke main building, sebelah tu ada kolam. Watch your heads people, takot kepala kena hempap dengan buah kelapa. Bocor mambanggggg.


Ni signage nak pergi mana-mana. Bilik, spa etc.


Pokok apa ni? Teratai ke?


Suka la Si Shein sebab banyak 'kokok!' sini ada ayam and rabbit. Kata Sazli, kalau dia jadik ayam, dia nak jadik ayam yang duduk dekat Avillion sebab rumah ayam tu macam hotel. Ada bilik-bilik. Hahaha. Sini tak busuk sebab always berjaga. Orang sapu sampah and kaut taik dia.


Ni kereta lembu kan? Lembu mana lembu?


Tu hotel ayam and pigeon. Siap ada kolam. Melampau tau ayam-ayam dekat sini? Haha.


Oh, ada gambar Mama satu. Tu pon buruk.


Sini ada certain time bebudak ni main menda ni. Dekat sini sekejap and dekat entrance sekejap. I suka la.


Jom check out pool.


Sini pool Adult and Child. Boleh ambik towel. 1 bilik dapat 2 towels.


Sini ada slide, dekat sebelah dia. Pon best. Tapi kitorang tak pergi pon sebab masa petang tu orang dah ramai. Ni awal pagi.


Sebelah tu restaurant. So macam tak privacy nak swimming especially yang macam I. Menyelam rasa macam dah tenggelam tapi bontot je timbul macam pelampung. Hahaha.


So duduk je la dekat kerusi. Sazli la melayan Shein mandi. Sini kena pakai swimsuit kalau nak guna pool. No shirts. Bagus la. Nampak la macam tempat ni berjaga sikit.


Ambik gambar macam bebudak hipster. Chia chia chia.


Sini Adult pool. Luas. Sazli buat 2 laps. Best giler pandai swimming. I 2 kali kuak je boleh, lepas tu blup blup blup tenggelam. Haha.


Sempat la Shein mandi dekat sini sekejap. Lepas tu kena preeeeeet. Hahaha.


Ok boys.. Pandang sini. Shein memang happy. I nak bagitau, if korang ada anak baya-baya Shein, takyah guna pelampung yang badan tu. Guna yang kat tangan tu je. Lepas tu campak masuk kolam, dorang sure happy sebab movement tak limited macam pakai pelampung. Nak kena pegang je.

Pokok sentiasa berjaga, sampah sentiasa berangkat. Pool bersih, jalan bersih. Housekeeping tip top. Cuma yang agak lembap ialah registration and check out. Kena pulak time kitorang datang tu, ada company check in ramai-ramai and receptionist pulak ada 2 orang je. So macam agak kelam kabut. I rasa, kalau dorang bagi welcome drinks, lagi best sebab dekat lobby tu panas membahang. Open space and takde aircond. I kan hyperthyroidism so mana boleh panas-panas nanti migraine. Hehe. Jom tengok gambar Shein dekat tempat makan pulak. Sini always full. Kalau breakfast, keluar la awal sebelum pukul 8.00am, sebab dalam pukul 9.00am onwards cafe dah start busy.


Orang suruh dia makan, dia suruh Hulk makan. Muncung tu memang boleh ikat. Fokus sangat. Sama macam Mama masa buat kerja. Haha.


Asalkan ko bahagia Shein.


Nasik lemak dia boleh la.. Shein punya pesen, kalau travel susah nak makan. Kitorang bawak bekas letak nasik and telur lepas tu letak dalam bag. Hahaha. Sebab tak boleh bungkus bawak balik. Tapi Shein bukan nak makan pon. Sudahnya yang makan sapa? Ok takyah jawab.


Ini la yang I ambik everyday. Pisang, toast and sosej. Dimsum pon ada tapi cepat habes.

Bagi I, sini kalau korang nak stay untuk rehat-rehat cukup la 3D2N sebab if more than that dah taktau nak buat apa selain dari mandi dekat pool. Yang syok Shein la boleh lari-lari dekat park, tengok burung, main dekat taman permainan etc. Kita ni takkan la nak mengejar dia je kerja-kerjanya... Kan? Tapi kalau datang Check in Sabtu Check Out Ahad macam sekejap sangat. 3D2N macam kitorang just nice. Parking dekat Hotel area is limited. Korang boleh parking seberang jalan. Kena jalan sikit la. Tapi Sazli jenis dia parking jauh mana pon, dia akan pick-up kitorang dekat lobby. Kalau I pulak, kalau parking jauh semua orang kena jalan sama. Hahahahaha.

Avillion Water Chalet Port Dickson
Batu 3, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan, Malaysia

-eNd-

2 comments:

adda syuhada said...

syoknya...

Chooyaya! said...

adda syuhada : best! nanti awak datang sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...