Wednesday, March 9, 2016

Mana sambungan entry Korea?

Assalamualaikum...

Dah masuk bulan 3 dah ni ha maksudnya dah 6 bulan balik dari Korea, mana sambungan entrynya??? Day 1 entry sampai sekarang tak masuk-masuk lagi entry Day 2. Hahahahah. Makanya pergi Korea 7 hari, nak tunggu siap berkurun la. Dulu pergi Europe pon tak complete entry. Pergi Milan, Barcelona pon nan ado I share. I memang tak boleh jadik Travelling Blogger la. Nak jalan tu suka, nak pilih gambar and masukkan dalam entry bapak la segala kepada malas. Tapi kalau bab MAKAN, memang paling hebat share dalam blog. Nampak sangat kuat makan. Sekarang pon dah nak masuk musim bunga rasanya dekat Korea. Tak lama lagi sakura bloom la. Bestnyaaaaaaa.

InsyaAllah I akan masukkan slowly. Sayang pulak bila fikir dulu pergi Europe, entry tak complete. Takpe, nanti ada masa, sampai roh rajin dia zaaaaappppp I share ok? Nak share gambar tu takpe, nak menulis tu takpe jugak lagi tapi I sejenis kalau entry Travel, nak kena siap semua info sejarah tempat. Tu yang jadik lambat. Kalau tak complete rasa macam tak sempurna je. Dapat yang readers jenis appreciate takper, dapat macam Si Yatie, tengok lepas tu scroll sampai bawah. Tak baca pon. Wajaq. Pepenat I stressed depan PC tau? Anyway, nah I belanja satu gambar Shein and Sazli dekat Bukchon Hanok Village. I suka sini. Lagipon banyak orang tanam buah persimmon belakang rumah. Geram nak petik. Sini I tengok ala-ala Bangsar pon ada. Kedai deret-deret. Nak mendaki naik keatas boleh tahan la penat.



Sazli half way je naik. Lepas tu dia layan minum coffee dekat Coffee Beans dengan Shein. I, Ellis, Kaklong Besar and Kaklong Kecik meneruskan perjalanan.

Nanti I share gambar lain pulak ye? Tapi nanti tu taktau la bila. Kbye.

-eNd-

3 comments:

ease elias said...

hoi..mengah sini kak..kurus rasa..

wong meimot said...

rindu korea jugak.. huhu dulu pegi rase macam xnak balik..

Chooyaya! said...

ease elias : kurus la sangat. hehe

wong meimot : nanti kumpul duit and pergi sana balik ok?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...